FOLLOWERS

Thursday, July 2, 2015

buku mini 'mudahnya menjemput rezeki'

Assalamualaikum

Ingin mencari sesuatu yang 'rare' untuk diberikan di pagi raya??
sesuatu yang boleh menggantikan tradisi duit raya?

 buku mini 'MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI'

1 = RM 2.50
10 =RM 2.00/ buku
100 = RM 1.80/ buku
500 = RM 1.80/buku

Sesuai dijadikan doorgift, hadiah ramadhan dan syawal. menggantikan duit raya untuk adik-adik remaja =)
 
BERMINAT?
sms/whatsapp 013-7549184=an
 
p/s= terus sms atau whatsapp an ea. takut an tak berkesempatan nak tgk kat blog ni. 




Wednesday, December 18, 2013

tiramisu, jelly kelapa dan apam polkadot untuk majlis anda!

Assalamualaikum

Sedang mencari doorgift yang bersesuaian untuk majlis anda?
ini cadangan dari walimahpedia!


tiramisu! boleh dijadikan doorgift!

tiramisu: RM 2.50 per cup
50 cup and above = RM 2.30 per cup






apam polkadot!
dijamin halal. tiada ovallate =)


apam polkadot
20 pcs = RM 5.00
8pcs =  RM 2.50
4 pcs = RM 1.30


jelly kelapa. original receipe. no artificial ingredients!

jelly kelapa = RM1
50 and above = RM0.90
100 and above = RM0.80




sedap dimakan ketika sejuk! nyum... nyum...

c.o.d - JOHOR BAHRU, PONTIAN


 BERMINAT?
sms/whatsapp 013-7549184=an
p/s= terus sms atau whatsapp an ea. takut an tak berkesempatan nak tgk kat blog ni. 



Tuesday, December 17, 2013

Manusia datang dengan pakejnya (part 2)

Assalamualaikum

Andainya anda sudah melepasi fasa memilih pasangan dan sudah mendirikan rumahtangga
Alhamdulillah... syukur...
Separuh dari agama sudah terlaksana


Namun...
Jika kita sudah cuba menjaga rumahtangga sebaik mungkin
Tetapi... takdirnya...
Ikatan perkahwinan yang dibina terlerai di tengah jalan
Berkahwin itu menjadi sebab datangnya pelbagai masalah dan konflik dalam rumah tangga...
Percayalah
Allah Maha Mengetahui bahawa kita ‘perlukan’ ujianNya itu untuk memperbaiki diri menjadi hambaNya yang lebih baik
Bersabarlah... juga.. usahalah untuk memperbaiki diri
Doa dan tawakkal...

Juga...
jika jodoh anda masih lagi belum tiba sehingga kini...
Atau...
Jika permintaan tidak diperkenankan dalam tempoh terdekat...
sesungguhnya Allah mengetahui bahawa menangguhkan permintaan itu adalah yang terbaik untuk hambaNya
Kerana apa?
Kerana perancangan Allah Maha hebat... lebih hebat dari dunia dan segenap isinya...
Jadi
Bersangka baik padaNya
Jika kita merasakan kita sudah cuba menjadi perempuan yang terbaik
Sesungguhnya kita sangat beruntung kerana Allah telah menjauhkan lelaki yang tidak secocok dengan kebaikan yang kita ada... begitu juga sebaliknya
Mungkin juga... 'bersendirian' itu lebih baik dari dikurniakan suami yang buruk perangainya'...



(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
(An-Nuur 24:26)


”Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar kaki sunyi tanpa berjalan,
tapi jangan biar aqal sunyi tanpa ilmu
dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah SWT,”


Jadi...
Jangan putus asa...
Percayalah...
Allah sentiasa berada disisimu...




** teringat....
masa awal2 an beritahu pada kawan2 yang an akan berkahwin...
ada beberapa orang yang menangis...
menangis kerana terharu...
menangis kerana gembira...
juga menangis kerana tertekan dengan status 'solo' mereka sehingga kini...
malah... ada juga yang menangis kerana tertekan dengan masalah rumahtangga yang dihadapi.

mungkin peristiwa itulah menjadi penyebab an menulis entri ni...



muhasabah...
jika kamu gembira, ingatlah masa sukarmu
jika kamu bersedih, ingatlah nikmat2 yang telah Allah kurniakan padamu
bersyukur selalu.... =D






Wassalam~

.: AN :.

Friday, March 4, 2011

Aduyai... oh internet!~

Assalamualaikum

Isy an ni...
Lepas kawen terus 'diam' eh...
Aduss...
Mintak ampuuunnn... mintak maaaaf... sangat2....

Ambil masa nak sesuaikan diri ngn status baru ke?

Em... tu tak jadi masalah kot...
Alhamdulillah... syukur dgn nikmat bergelar isteri
walaupun wat masa ni cuma jadi weekend wife ja... huu...

Yang jadi masalahnya = sebulan lepas saya tak dapat talian internet! gulp!
streamyx ditamatkan penggunaannya kt tmpt kerja saye...
lagi sedey...
bila hndset saya rosak! agaga...
tak boleh nak update FB, tgk emel, update blog...
sangat sedey okeh...

boleh update kalau balik rumah parents ja...
nak beli berokband... sini memang tiada talian
officemate beli pun... udahnya pulangkan blk sebab bayar TANPA ade line internet
tolong kasihani saya...
sob... sob...

Hm... maaf eh..
luahan perasaan pagi2 jumaat ni...
ntah bile la nak upload gambo kawen
sila marahkan liputan internet yang 'tak menyinggah' ke tmpat saye, k?
saya tak bersalah... huuu...







****
tanpa internet... tanpa telefon... rasa macam duduk dalam akuarium...
rasa 'offline' dari berkomunikasi dengan manusia..
tapi...
syukurlah masih ada rahmat dan cintaNya...
Yang sentiasa 'online' pada bila2 masa...
Alhamdulillah... ruh masih bernyawa....


Terima kasih ya Allah...
Aku belajar erti syukur... Alhamdulillah...


.: AN :.

Thursday, February 24, 2011

Nak beli silver & gold doorgift box?

Assalamualaikum



ingin mencari KOTAK SILVER / GOLD /GREY ?


saiz

4 x 6 x 3 inci
@
10 x 15 x 7 1/2 cm

harga?
murah sangat2...

50 sen je... =)

murah kan? kan?
hehe...


** boleh sms/whatsapp no ni
013-7549184

ok, kat sini ada beberapa cadangan hiasan....














dan...
ini cadangan hiasan cara an walimahpedia!






Wassalam~


.: AN :.

Thursday, February 10, 2011

Teaser majlis kami =)

Assalamualaikum

Alhamdulillah...
selesai sudah urusan majlis walimah kami

trimas pada mereka yang sudi hadir ke majlis kami
ampun dan maaf atas segala kekurangan
bagi yang tak dapat hadir, terima kasih atas doanya
semoga kita sentiasa dalam naungan rahmatNya... insyaallah =)



alkisah...
kami belum 'outdoor' lagi...
sebabnya? hujan seharian masa majlis tempoh hari
jadi, OP bagi cadangan agar outdoor kami ditunda ke hari lain
yang bestnya... 'free!'
ngee...

yang tak bestnya?
sampai sekarang kami tak boleh nak tetapkan tarikh...
bila agaknya nak wat outdoor
puncanya?
PJJ-Perkahwinan Jarak Jauh punya angkara...
satu polar kutub barat, satu lagi polar kutub selatan
hua2....



*** ramai yang bertanyakan tentang giftbox
maaf sangat2 sebab an baru buka blog dan emel
insyaallah nanti an reply msg kalian...
mungkin an akan wat entri baru tentangnya =D

wassalam~

.: AN :.

Saturday, January 29, 2011

Sederhana saja...

Assalamualaikum


pos berjadual
waktu ni mungkin an tengah siapkan kerja2 yang belum selesai
bila berkelapangan nanti, insyaallah an balas komen kalian, k? =D


insyaallah majlis kami sederhana sahaja...


mungkin lebih pada meraikan tetamu yang sudi hadir ke majlis kami...
kerana...
datangnya tetamu itu membawa BERKAT dan perginya MENGHAPUSKAN DOSA.


subhanallah...


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menghormati tetamunya. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia menyambung silaturahim.”

(Hadis riwayat Bukhari).
Buku Hadis 40-karya Imam Nawawi. hadis ke-15

Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:
” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”


(Muslim)

jemput datang ea! =D



***
cuba untuk menghargai setiap detik2 yang sedang dan bakal dilalui...
cuba untuk menghargai setiap insan yang pernah, sedang dan akan bersama diri ini...
cuba untuk bersyukur dengan setiap pemberian Allah SWT...
nikmat senang... juga nikmat susah...
kerana setiap yang berlaku...
Allah telah rencanakan hikmah yang besar untuk setiap hambaNya...
subhanallah...

** saat2 'genting' sebegini...
adakalanya menyebabkan diri ini lupa untk muhasabah diri

Ya Allah...
ampunkanlah kami jika kami terlupa atau tersilap...
bantulah kami untuk sentiasa berada di jalan yang diredhaiMu
Perkenankanlah permintaan kami
juga... peliharalah kami dari azab siksa api nerakaMu

semoga... hari ini lebih baik dari semalam...
ameen...


wassalam~

.: AN :.