FOLLOWERS

Wednesday, July 28, 2010

Walimatul Urus... antara syariat vs adat

Assalamualaikum...

An pernah rasa buntu dalam usaha menyediakan kelengkapan untuk Walimatul Urus ni... Kenapa buntu? Hm... antaranya, buntu memikirkan...

1)Bagaimana suasana Walimatul Urus an nanti? Adakah ianya lebih tertumpu pada persiapan semata-mata, berbanding hikmah pembinaan Baitul Muslim itu sendiri?
2)Bagaimana mahu berlapang dada jika berdepan dengan situasi kita wajib mendahulukan syariat, tetapi dalam masa yang sama mahu meraikan adat dan pendapat sanak saudara, sahabat-sahabat dan mereka yang banyak memberi makna dalam hidup ini?
3)Bagaimana busana pengantin an nanti?
4)Kat mana nak sewa baju pengantin yang benar-benar 'lulus' ujian menutup aurat dengan sempurna?
5)Ada tak DJ yang menyediakan pakej yang benar-benar menepati syariat... tiada sesi karaoke, tarian2... atau sebarang konsep yang boleh membawa lagha?
6)Adakah an juga akan terjebak dengan sikap membazir lagi berlebih-lebihan dalam perlaksanaan majlis ni?


dan... macam-macam lagilah soalan yang menerjah pemikiran an. Rasanya topik berkenaan 'perlaksanaan Majlis Perkahwinan' ini seringkali menjadi topik hangat. Kerana realitinya... industri 'Majlis Perkahwinan' di Malaysia penuh dengan lambakan adat dan fesyen yang... kebanyakkannya tidak menepati piawaian syariat Islam.

Sedih rasanya bila melihat.. terutamanya ikhwah dan akhwat yang 'terpaksa' akur dengan kehendak semasa... Jujur an katakan, sebenarnya an tidak berani untuk berkata lebih... kerana an masih tidak selesai melalui fasa persiapan ini. Namun... dalam hati... an mengharapkan, semoga Allah memperkenankan permintaan hambaNya ini yang mendambakan sebuah perkahwinan yang diredhaiNya... yang mana seharusnya... ia bermula dari persiapan yang berlandaskan syariatNya... malah persiapan pembinaan individu Muslim juga harus berjalan seperti kehendakNya...

Buat bakal pengantin@B2B yang lain... adakah anda juga merasakan apa yang an rasa?? Apa yang anda lakukan? Harap ada yang sudi berkongsi hujah, pendapat, idea... atau apa-apa saja dengan an... =)

.: AN :.

2 comments:

  1. kita punya rasa yg sama..antara adat&syariat..
    kalo ikutkan nk je bt mjlis paling simple..kata org yg wajib je..tp tuntutan dari keluarga, sedara mara..hmm..mcm2 nk kena pk.
    tp alhamdulillah mjlis belah sy nnti, tiada mjlis renjis2 dipilis..hehe..(setelah abah sy pun bersetuju dgn cdgn sy)
    tp kan, perlu ke x pelamin?myb sekadar utk bergambar bersama family..hmm..apa pendpt an?

    ReplyDelete
  2. ikutkan syariat... mudah ja urusan akad nikah ni. cuma.. bila ia dtg dgn adat... kat situla datang 'susahnya'...
    cuma... kdg2 kita kena berlapang dada. lg la urusan nikah kahwin ni melibatkan ahli keluarga. mcm2 pendapat2, mcm2 ragam. pndpt an, selagi xmelanggar syariat, xmengapa kalau kita meraikan pndgn mrk.
    ok, ttg pelamin. Blh bc artikel dr blog ust. Nazrul ni, seorang ulama muda dari malaysia yg menuntut di mesir. Hrp blh mmberi mnfaat =D

    http://nazrulnasir.blogspot.com/2009/05/hukum-bersanding.html

    ReplyDelete