FOLLOWERS

Friday, August 27, 2010

Hantaran Al-Quran

Assalamualaikum

Sekarang ni kerap kita lihat bakal pengantin menjadikan Al-Quran sebagai barang hantaran. Alhamdulillah.... masyarakat kita semakin ada kesedaran untuk membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian. Rasanya ramai yang dah pernah baca kisah 'hantaran al-Quran' ni kan?

Harap2nya Al-Quran yang dibeli itu bukan kerana eksklusif atau cantiknya fizikal al-Quran... atau warnanya sama seperti warna tema perkahwinan kita... Tapi kita membelinya kerana kita sedar... pentingnya membaca al-Quran dalam kehidupan seharian kerana ia sumber makanan jiwa dan rohani kita.

Secara peribadi... an sukakan Al-Quran yang ada terjemahan. Samada bahasa Melayu atau Inggeris, terpulang pada citarasa individu. Jika kita tiada wudhu’, kita masih lagi boleh memegangnya. Lebih memudahkan jika ia bersaiz kecil (saiz diari). Mudah untuk dibawa kemana2.


Selain tu, kalau di pasaran sekarang sudah ada Al-Quran beserta hukum tajwid, index berdasarkan surah, asbab nuzul (sebab ayat tersebut diturunkan) malah ada juga al-Quran yang telah diterjemahkan perkata! Jadi, mudahlah bagi golongan yang tidak memahami bahasa Arab menjiwai isi kandungan al-Quran.



Selain tu, ada juga dalam bentuk digital. Terkini... al-Quran beserta pen digital (e-qalam) yang boleh membaca Al-Quran berkod yang dialunkan oleh Qari terkenal, antaranya Imam Masjidil Haram, Syeikh Saad Said Al-Ghamidi. Ia membantu kita membaca al-Quran dengan cara yang betul.


Tanggungjawab kita terhadap al-Quran bukan setakat meletakkannya di tempat yang tinggi semata-mata, tapi apabila sudah dibeli maka mestilah dibaca. Jika ada lebih dari sebuah al-Quran, maka tanggungjawab kita untuk membaca setiap al-Quran tersebut. Janganlah al-Quran itu dibeli kerana menganggapnya sebagai ‘pendiding’ tanpa membaca atau mengamalkannya. Lebih malang lagi jika ia sekadar perhiasan... sehingga berhabuk tanpa kita membukanya.

Jika ramadhan sebelum ini kita berazam untuk mengkhatamkan bacaan al-Quran, tahun ni kita cuba target untuk mentadabur (memahami) isi kandungan al-Quran. Mungkin mengambil masa... tetapi sedikit masa yang diperuntukkan untuk membaca terjemahan al-Quran boleh memberikan kesan yang besar pada jiwa dan rohani kita, insyaallah.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:

Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

Salam Nuzul Quran. Semoga taman rohani kita semakin subur dengan qalamNya, insyaallah...

Wassalam~

.: AN :.


6 comments:

  1. thanks for sharing. teringin jgk nak bg al-quran as hantaran tp x tahu nak bg yg mcm mane. now dh ade idea sket :)

    ReplyDelete
  2. zaman skrg mmg ramai yg wat hantaran al-quran or tafsir quran. kdg2 mcm trend. bagus entry ni. bg info yg sgt berguna :)

    ReplyDelete
  3. 2 Pancy Princess: welcome dear =D
    2 mysarah: bgus jika trend membeli quran utk dibaca. yg tak bestnye kalu beli quran tapi... jadi hiasan... nauzubillah... hrp kite xtergolong dlm klompok tu kn...

    ReplyDelete
  4. hantaran sy haritu tafsir quran biru tu utk hubby, pink utk sy..
    tafsir quran tu sgt2 bagus..sambil bace leh tau ape maknanya. :)

    ReplyDelete
  5. Salam.

    I was blog-walking and saw your link. I found your blog to be very useful for someone yg cetek Ugama mcm saya. Thank you very much for your informative blog! I will keep on reading your blog :)
    Oh! I'm gna link you to my blog ye? :)

    xx- Dinda

    ReplyDelete
  6. 2 khumaera: yup! betul2x... dapat pahala sebab membaca... ++ pahala sebab nak memahaminya.. =D
    2 dinda: juz a simple blog dear... sharing is caring... rite? ok, kite exchnge link ea... =D

    ReplyDelete