FOLLOWERS

Saturday, August 14, 2010

Jom Masak2!

Assalamualaikum

Fuh... 1st time an masuk peraduan masak2... Kebetulan terbaca entri dari blog Pn. Shalin ni... Menariknya peraduan ni sebab... Pn. Shalin nak resepi yang simple2... jadi... an rasa berminat nak kongsi 1 resepi kegemaran an + keluarga + kawan2... =D

Okay, sebelum tu, ni BATCH peraduan

Nama resepinya? TRIFLE!
Kenapa TRIFLE? sebab... ada 3 lapisan...
lapisan bawah=kek, lapisan tengah= kastard, lapisan atas=jelly.
resepi yang an bagi ni untuk saiz 2 bekas plastik transparent.

Ok, jom mula!

Bahan-bahan

1) 1 tin susu creamer cair IDEAL
2) 6 sudu besar kastard (masa kaut kastard tu, jangan banyak sangat dan jangan sikit sangat. sedang2 aje..)
3) 2 cawan (cawan teh) air
4) ¾ @ ½ cawan (cawan teh) gula (kalau nak manis = ¾ cawan, tapi kalau nak jaga kesihatan ½cawan pon okei)
5) 1 tin fruit cocktail (elok yang bukan tropical)
6) 1 kotak instant crystal jelly. Jello nona flavor strawberry paling sodap
7) kek asal tutup semua (kawan2 an ramai guna appolo layer cake.. yang jual banyak2 kat kdai borong, tp an suka pakai kek gulung. Beli satu je. Byk jual kat supermarket)

Cara-Cara

1. Susun kek di bekas rapat2 (kek tu potong nipis sikit. bajet cukup untuk 2 bekas transparent).
2. Campurkan susu IDEAL dan tepung kastard dlm besin (tepung kastard dimasukkan sedikit demi sedikit. kacau sampai takde tepung yang berketul-ketul).
3. Campurkan air dan gula dalam periuk tebal. Panaskan on slow fire. biarkan sampai mendidih.
4. Bila air dan gula dah mendidih, masukkan campuran dalam besin tadi ke dalam periuk tebal. kacau (gune api yang paling besar, tapi kena kacau non stop takut hangit kat bawah) sampai kastard tu jadi pekat (bila angkat sudu, banyak kustard yang melekat pada sudu.)

4. Tutup api.
5. Tuangkan kastard tadi ke atas susunan kek tersebut. (tuang masa panas sebab kalau dah sejuk, dia akan set kat dalam periuk)

6. Didihkan 440 ml air.
7. Sambil2 tu, susun buah cocktail di atas kastard, tolak buah ke bawah supaya separuh buah timbul dan separuh lagi tenggelam di bawah kastard (ni pon buat masa kastard panas lagi)


8. Selepas air mendidih masukkan instant jelly. Masak selama 5 minit dan tutup api.


9. Tuang jelly ke atas kastard dengan senduk sedikit demi sedikit supaya x rosakkan kastard punya smooth surface.
10. Letak dalam peti ais bila trifle dah agak-agak sejuk.

12. jom makan (*_*)... enjoy (potong dengan pisau dulu, baru kaut dengan sudu, biar nampak cantik walaupon orang dan amik berkali2 =p)

Enchek model bermuka 'ketat' kat atas tu = adik an= enchek ajim=D. masa ni dia buat untuk 5 bekas plastik transparent. Kebetulan masa tu kawan dia nak datang rumah. Jadi, dia buat la trifle ni...

Slogan:
Resepi ini bersesuaian untuk Puan Shalin memasak kepada Incik Fahmi kerana resepi ini sesuai untuk pembuka selera, lebih-lebih lagi sebagai juadah berbuka puasa. Sangat sedap jika dimakan sejuk-sejuk dan yang paling penting ianya mudah disediakan. Golongan lelaki pun boleh mencubanya!

Okay... selamat mencuba ea! =D

Wassalam~
.: AN :.

7 comments:

  1. alamak terliur tengok time pose2 ni hehe byw gud luck dear !!

    ReplyDelete
  2. auch! hm.. kalu nora wat, lg terliur.. sebab dah nmpak depan mate... kan? hehe... selamat berpuasa nora! =D

    ReplyDelete
  3. saya pun suke buat puding triffle nie!! makan sejuk-sejuk sedap kan. hehe

    ReplyDelete
  4. sedapnya nmpk puding triffle ni!!terliur pulak time bulan pose ni hehe. thanks for the recipi. nmpk macam senang jeh. nk try buat lah =)

    ReplyDelete
  5. 2 cik belle: kan? kan? tp kan.. pernah sekali tu, an gatal smpan dlm ice box. udahnye kastard trifle tu beku! hah.. sengal tul.. huhu...
    2 masmona: mmg senang, seyes.. cube la! =D

    ReplyDelete
  6. an, macam best jer. nanti saye nak try buat la :) thanks for sharing the recipe ("_") suka-suka

    ReplyDelete