FOLLOWERS

Tuesday, August 10, 2010

Hasil Tangkapan di Jalan Taiping

Assalamualaikum

Entri kali ni nak cerita tentang bunga telur. Asalnya nak DIY sendiri. Sebab masa gi SSF Sri Damansara ritu, dah terjatuh cintan kat bunga SSF yg jenis span ni. Masa pergi SSF, niatnya nak beli barang hiasan untuk gubahan hantaran je la… Bunga untuk wat bunga telur tu, KIV dulu.

Sampai kat rumah... mak an merangkap ‘vendor untuk hantaran’ (ngee...) terus wat cubaan 1...2...3... untuk hiasan bunga. Sambil-sambil mak cuba wat gubahan bunga untuk hantaran, mak ada gak cuba wat untuk bunga telur… Saje2 je… Tapi... lupe lak nak ambil gambarnya. Konklusi... Saye suuukeeeee!! =D

Tapi… ngenangkan kena pergi SSF balik… rase malas la pulak… sebabnya jauh… jalan sesak plak tu… huh~ Jadi… plan B…. mak ajak pergi Jalan Taiping…

Dipendekkan cerita… ni la tempat kedai bunga telur tu…
(tunggu kami keluar... barula die tutup kedai... huu...)

huh~ bertingkat2 ha… cari dan cari bunga telur yang bersesuaian dengan warna tema an… wah! Jumpa bunga telur yang pakai bunga span tu!

(SILA ABAIKAN SUSUN ATUR YANG BERSEPAH2 TU... HUU...)

Em… memanglah bunga telur jual ni sempoi je… tapi… bila fikir2 balik… rembat aje la… selesai satu kerja… Huhu… Harga pun Alhamdulillah… ikut bajet an =D

Pastu… ntah camne… ‘ternampak’ bakul2 hantaran kat sini… Oleh kerana rancangan asal barang hantaran tak melibatkan penggunaan bakul, jadi pandang sebelah mata je la… Cuma an tengok mak suka sungguh kat bakul tu. Jadi… mulut an ni ‘gatal’ la… tanya berapa harganya…


Untuk 1 set (3 bakul berlainan saiz) = RM 38. Tawar punya tawar… untuk 2 set… an dapat….

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
RM 60! (2 set = 6 bakul)

An tengok, mak an dah suka sangat.. jadi beli ajela… ikut ‘selera n idea’ mak… an tak kesah… lagipun, untuk anak die jugak… hahar…

Jumlah RM yang 'rabak' = RM210

Sebenarnya dia ada 2 kedai. Ni lagi satu kedainya

Yang baju kuning ni, namanya aini... sape2 yang boleh cakap jawe, boleyla ‘speaking’ ngan budak ni... Seronok beli barang ngan dia... lagi banyak kita ngomong jowo ngan dia... lagi banyak dia membantu beri pilihan dan harga yang best2. (Alah... kalau tak cakap jawe pun kompem2 gak la dia akan membantu gak kan... dah namanya pelanggan...) =D

Wassalam~

.: AN :.

2 comments:

  1. dear bunga telur ni kalo kita beli mahal2 or buat cantik2 pown lum tentu org simpan kan

    ReplyDelete
  2. ha... tu la... an pun pk camtu gak. kira an beli ni pun wat cukup syarat ja =D

    ReplyDelete