FOLLOWERS

Showing posts with label PERSIAPAN: Majlis Nikah. Show all posts
Showing posts with label PERSIAPAN: Majlis Nikah. Show all posts

Friday, November 12, 2010

Teaser baju nikah =D

Assalamualaikum

Teaser baju nikah (ahaha.. teaser la sangat... )



Bila bincang ngan akhi, kami sepakat untuk pilih warna krim. Design baju an wat kebarung moden. Simple. Sebab manik dah agak sarat di bahagian hadapan. Kain an wat bentuk A-line ja... Baju akhi pun memang cari yang kosong saja tanpa jahitan kerawang di lengan dan leher. Lepas nikah insyaallah boleh pakai lagi baju tu. Tak lah segan sangat n nampak macam 'baju kawen'

Alhamdulillah... selesai baju nikah + veil. Tudung an tak beli lagi. Masih kompius... Kalau boleh nak cari jenis kain chiffon (eh... betul ke chiffon ea? huu....) bentuk selendang. Macam selendang pink yang Datuk Siti pakai ni...

pss... sila fokus pada slendang pink shj ea... baju an tak se'vogue ini... huhu...



An nak cari warna krim...


setakat ni tak jumpa lagi... rasanya... lagi susah nak cari tudung berbanding bajunya... uhuhuuuuu.... hmm... ada sesiapa yang tau... kat mane boleh cari selendang tu warna krim ea?


Wassalam~

.: AN :.

Wednesday, September 22, 2010

Update Selambak!

Assalamualaikum

Ok update! update! =D

1) Bunga Pahar
Minggu lepas an gi SSF... an perlu tambah lagi 60 bunga macam dalam entri ni. Cari punya cari... alamak! stok bunga tu dah abis! call SSF Jalan TAR... stok abis licin gak! restock = bulan 6 tahun depan. aduyai... lomah smangat den... dah siap 25 tangkai lak tu... takkan nak ubah bunga lain? =( udahnya cuba gak cari tempat lain. Alhamdulillah... jumpa gak la bunga span. Tapi bentuk & warnanya lain la... hmm... xmo sedih2 la... bersedih bukannya boleh membantu apa2. Nekad... terus beli 100! malas nak ulang2 banyak2 kali + takut stok abis! hua....

2) Baju Nikah & Baju Walimah
Alhamdulillah... setelah maaaacaaaam2 kisah/drama/konflik yang jadi (cuma an tak bukak cerita jer... takut makin 'bengkak' hati ni... huhu...) akhirnya..... baju nikah & walimah dah siap! set baju akhi untuk majlis walimah pun alhamdulillah dah siap. cuma akhi belum fitting baju tu. Harap2 ok...

3) DJ & PA System
Semalam baru booking. Kebetulan pernah mengenali AFE team ni. Insyaallah 1 masa nanti an akan wat 1 entri ttg AFE

4) Kad Kahwin
Sekarang ni tengah nak siapkan peta. Insyaallah awal bulan depan selesaikan urusan kad kahwin


** Alhamdulillah... mak abah an dah dapat tarikh penerbangan haji. Pertengahan bulan 10. Kebelakangan ni mak abah pun dah makin rajin tinggalkan macam2 pesan. Entah... tak tau nak respon camne. Gembira sebab mak abah akhirnya dijemput menjadi tetamu Allah di sana.. kekadang sedih gak... biasanya an yang 'tinggalkan' mak abah... sekarang ni... perasaan 'ditinggalkan' tu dah mula rasa.... cuma selalu gak cuba pujuk2 diri... Jangan fikir yang bukan2... harap semuanya berjalan dengan baik... insyaallah...

Wassalam~

.: AN :.

Monday, August 23, 2010

Bakal suami siapa ea...

Assalamualaikum

Alhamdulillah... sudah 13 hari berpuasa...

Sudah masuk fasa ke-dua... sepatutnya momentum juga perlu berganda. Insyaallah kita cuba lipat gandakan amal makruf nahi mungkar sepanjang tempoh berada di madrasah ramadhan ni... =D

Ok... kesah hujung minggu lepas..

1) Tilam & Katil
Alhmdulillah... dah beli 2 benda ni. Kenapa an tak beli set? Almari? meja solek? etc? Ok, insyaallah lain masa an akan cari set perabot bilik pengantin. Cuma baru2 ni... kebetulan... parent dan adik an pun nak beli tilam gak.... jadi kami singgah 1 gudang tilam kat USJ (belakang summit). Memandangkan adik an dah pernah survey jnis katil & harga... jadi kami beli jnis ni

Harga kat kedai ni (katil saiz Queen) selepas diskaun =
Jenis 1= RM 639
Jenis 2= RM 860 (recommended)
Jenis 3= RM 1100

kalau tilam, dicadangkan untuk beli yang berkualiti. Kalau boleh, tak mau la pakai setahun dua... tapi dah rasa besi spring... tilam dah 'melendut' bagai ha... kan... Camnepun terpulang.. ikut bajet k?

Kalau set perabot tu... mahal @ murah... terpulang pada selera & bajet masing2... Mungkin yang mahal itu lebih berkualiti... Mahal pun ada standard kualitinya... Standard 1@2@3. Tapi sebab an pernah berdepan dengan 1 situasi... buat an ubah terus pemikiran an... Masa tu kami bergambar kat bilik sorang kawan yg kawen ni. Agaknye ramai yang excited nak bergambar dengan pengantin ATAS KATIL... Tetiba... PRAAKKK!!!! uih... katil pengantin patah! Dapat bayangkan tak camne muka kami yang terpatahkan katil tu....??? unsangkarable... Terkejut sebab katil tu dari KAYU JATI! yup... kayu jati.. puas kami minta maaf... memang kami saaaaaangat serba salah. Tapi... kawan an ni sangat cool + relax +senyum + ayat 'takpe korang, dun't worry... katil ni masih dlm warranty'... waa!! dia pula yang tenang2kan kami... sangat redhanya dia... Iyelah... kalau orang lain... (an la tu... huhu...) belum tentu lagi boleh jadi setabah dia... Memandangkan masa tu kami jadi bridesmaid dia... Jadi, masa dia bersanding... masa tu la kami alihkan katil yang patah... tinggikan tilam guna bantal2 kecik. Cam kata kawan an 'biar nampak fluffy'.. huu...

*** pengajaran ***
a) B2B... sila sediakan 1 tempat khas jika kawan2 nak bergambar di bilik pengantin. Seboleh2nya elakkan bergambar di atas katil. Mungkin cara 'taburkan silk rose petal' kat atas tilam tu boleh membntu. Iyela.. takkan ade orang yang tergamak nak duduk atas 'bunga2' tu kan... huhu.. Tapi... jika terjadi juga benda2 yang kita tak duga... sabar + redha ea... insyaallah ada hikmah yang besar disebalik kejadian tu...
Ok, ni tips beli perabot jati

b) jika kita sbg kawan yg datang kenduri... elak2kanlah bergambar kat katil kawan tu ea... Kat mana2 pun boleh bergambar kan... huhu... (an... pasni jgn buat perangai mcm hrtu lg... okei... =p)

2) Baju Nikah & Baju Walimah

Alhamdulillah... an dah fitting baju hari ahad lepas. Suka sebab designnya seperti yang an gambarkan. Cuma sedeh sket... sebab baju tu agak ketat (bukan sebab an 'mengembang' ea... ngee...). Syukurla dia buat basi lebih. Insyaallah kalau dh siap nnti dia akan call.

3) Baju keluarga
Asalnya cari kat JAKEL shah alam. Ade la sejam lebih kat situ... Tapi tak jumpa ape yang dicari. Jadi... 'lari' ke PAS@Plaza Alam Sentral. Alhamdulillah... jumpa! baju mak abah n adik2 dah selesai =D.

4) Official Videography
Minggu lepas untuk pertama kali... jumpa enchek OV. Jumpa + borak + tengok hasil kerja + bincang2 harga = Alhamdulillah... selesai... An pun dah bank in 1st deposit. Insyaallah 1 masa nanti an cerita enchek OV ni

Syukur... dah selesai beberapa perkara. Tapi... baaaanyak lagi kerja yang menunggu. Huhu... minggu ni kena fokus jahit baju raya. Huh~ mampukah??



** Alhamdulillah... hujung minggu lepas dapat terawih kat masjid negeri s.alam... 3 mlm berturut2 adik Muhammad Ahmad Zahid (Naib Juara AQ-4) mengimamkan solat terawih. ~sejuk hati~ merdunya suara dia.. bakal suami siapa dia ni ea... huhu...


Wassalam


.: AN :.


Friday, July 30, 2010

Al-Kisah... Baju Nikah dan Walimah

Assalamualaikum…

Memandangkan an tak jumpa butik/kedai Pengantin yang menyediakan khidmat sewa baju pengantin yang menepati ‘piawai’ diri, jadi an ambil keputusan untuk tempah baju nikah dan baju Majlis Walimah. Awalnya an berfikir… ‘nampak gayanya, kenalah berbelanja lebih sedikit jika tempah baju 1st hand ni’. Sebab setakat yang an survey, kebanyakan pakej yang menyediakan kelengkapan baju pengantin lelaki dan perempuan bermula dari harga RM1K keatas! Tu pun baju untuk satu majlis sahaja. Kalau 3 majlis? Takkan RM3K? Duh…

Mungkin ada yang pelik…

‘haih… berkira betul si an ni. Kahwin kalau boleh sekali seumur hidup… Takkan benda ni pun nak berkira…’

hm.. senyum… Sebenarnya kalau boleh… an cuba untuk bersederhana… Sebab bagi an, RM3K tu jika kita streeeeeeeeeeeeetch sepanjang yang boleh, cukup baaaaaannnyaaaak benda yang boleh dilakukan dengan $ sebanyak itu. Tapi… itula… benda ni sekadar jadi angan2 an sahaja, di samping doa yang tidak putus2 agar Allah permudahkan urusan ni.

Sehinggalah satu hari, an terbaca iklan promosi ‘dios astana’ dalam majalah Pesona Pengantin edisi Julai 2010 (gambar Acha). Teruja tengok harga baju Melayu pengantin (berpesak) dan seluar slack=RM150. Sampin, bengkung dan tanjak pula RM 50. Dan yang an lebih teruja… set baju songket lelaki dan perempuan serta sampin, bengkung dan tanjak (complete set) serendah RM 350. An tak fikir panjang, hujung minggu terus singgah ke dios astana@puchong prima.

Alhamdulillah… 3 jam di situ (sampai pening kepalo den nak pilih design baju.. huhu…) an tempah 3 baju:

1) Baju nikah (P) : harga tempah = RM 200 (kain an beli sendiri. 2 pieces, baju & kain + chiffon beaded & satin )
2) Baju Majlis Walimah (L) beserta set sampin, tanjak dan bengkung = rm 150 + RM 50 = rm200
3) Baju Majlis Walimah (P) : harga tempah = RM 180 (kain lace an beli sendiri, satin provided. 2 pieces, baju & kain + lace beaded & satin)

JUMLAH PERBELANJAAN DI DIOS ASTANA = RM 580.


Hehe… yup… simple aje design baju an. Mesti ramai yang dah pernah lihat baju Sabrina masa Majlis Walimahnya kan? An sukakan idea kain berombak (betulkan an kalau an salah eh… an main ikut ja cakap tukang jahit yang amik ukuran baju an tu.. tak tahu apa nama jenis jahitannya tu.. huu.. )


Sumber: sabrina

Scatch baju nikah tu, lupa plak nak ambil gambar. Hua2…

Kesemuanya persalinan yang akan dipakai ketika majlis di sebelah pihak an. Asalnya berminat untuk beli set baju songket tu, tapi… akhi minta agar majlis di sebelah pihak dia, biarlah dia dan keluarganya yang uruskan. Hm.. salah an juga, sebab sebelum ni memang kami dah buat keputusan sebegitu. Maafkan an… hm…

Ok, rasanya cukup setakat ni. Harap2nya baju tu menepati ‘QS’... ngee...

Wassalam~

.: AN :.

Thursday, July 15, 2010

Hand Flower

Assalamualaikum...

topik hari ni: bunga tangan =)





enchek google

cantik kan? memandangkan bunga tangan termasuk dalam pakej pelamin, jadi an akan reconfirm balik dgn vendor... jenis bunga tangan idaman... =)

ok! wassalam.

.: AN :.