FOLLOWERS

Friday, March 4, 2011

Aduyai... oh internet!~

Assalamualaikum

Isy an ni...
Lepas kawen terus 'diam' eh...
Aduss...
Mintak ampuuunnn... mintak maaaaf... sangat2....

Ambil masa nak sesuaikan diri ngn status baru ke?

Em... tu tak jadi masalah kot...
Alhamdulillah... syukur dgn nikmat bergelar isteri
walaupun wat masa ni cuma jadi weekend wife ja... huu...

Yang jadi masalahnya = sebulan lepas saya tak dapat talian internet! gulp!
streamyx ditamatkan penggunaannya kt tmpt kerja saye...
lagi sedey...
bila hndset saya rosak! agaga...
tak boleh nak update FB, tgk emel, update blog...
sangat sedey okeh...

boleh update kalau balik rumah parents ja...
nak beli berokband... sini memang tiada talian
officemate beli pun... udahnya pulangkan blk sebab bayar TANPA ade line internet
tolong kasihani saya...
sob... sob...

Hm... maaf eh..
luahan perasaan pagi2 jumaat ni...
ntah bile la nak upload gambo kawen
sila marahkan liputan internet yang 'tak menyinggah' ke tmpat saye, k?
saya tak bersalah... huuu...







****
tanpa internet... tanpa telefon... rasa macam duduk dalam akuarium...
rasa 'offline' dari berkomunikasi dengan manusia..
tapi...
syukurlah masih ada rahmat dan cintaNya...
Yang sentiasa 'online' pada bila2 masa...
Alhamdulillah... ruh masih bernyawa....


Terima kasih ya Allah...
Aku belajar erti syukur... Alhamdulillah...


.: AN :.

Thursday, February 24, 2011

Nak beli silver & gold doorgift box?

Assalamualaikum



ingin mencari KOTAK SILVER / GOLD /GREY ?


saiz

4 x 6 x 3 inci
@
10 x 15 x 7 1/2 cm

harga?
murah sangat2...

50 sen je... =)

murah kan? kan?
hehe...


** boleh sms/whatsapp no ni
013-7549184

ok, kat sini ada beberapa cadangan hiasan....














dan...
ini cadangan hiasan cara an walimahpedia!






Wassalam~


.: AN :.

Thursday, February 10, 2011

Teaser majlis kami =)

Assalamualaikum

Alhamdulillah...
selesai sudah urusan majlis walimah kami

trimas pada mereka yang sudi hadir ke majlis kami
ampun dan maaf atas segala kekurangan
bagi yang tak dapat hadir, terima kasih atas doanya
semoga kita sentiasa dalam naungan rahmatNya... insyaallah =)



alkisah...
kami belum 'outdoor' lagi...
sebabnya? hujan seharian masa majlis tempoh hari
jadi, OP bagi cadangan agar outdoor kami ditunda ke hari lain
yang bestnya... 'free!'
ngee...

yang tak bestnya?
sampai sekarang kami tak boleh nak tetapkan tarikh...
bila agaknya nak wat outdoor
puncanya?
PJJ-Perkahwinan Jarak Jauh punya angkara...
satu polar kutub barat, satu lagi polar kutub selatan
hua2....



*** ramai yang bertanyakan tentang giftbox
maaf sangat2 sebab an baru buka blog dan emel
insyaallah nanti an reply msg kalian...
mungkin an akan wat entri baru tentangnya =D

wassalam~

.: AN :.

Saturday, January 29, 2011

Sederhana saja...

Assalamualaikum


pos berjadual
waktu ni mungkin an tengah siapkan kerja2 yang belum selesai
bila berkelapangan nanti, insyaallah an balas komen kalian, k? =D


insyaallah majlis kami sederhana sahaja...


mungkin lebih pada meraikan tetamu yang sudi hadir ke majlis kami...
kerana...
datangnya tetamu itu membawa BERKAT dan perginya MENGHAPUSKAN DOSA.


subhanallah...


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menghormati tetamunya. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia menyambung silaturahim.”

(Hadis riwayat Bukhari).
Buku Hadis 40-karya Imam Nawawi. hadis ke-15

Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:
” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”


(Muslim)

jemput datang ea! =D



***
cuba untuk menghargai setiap detik2 yang sedang dan bakal dilalui...
cuba untuk menghargai setiap insan yang pernah, sedang dan akan bersama diri ini...
cuba untuk bersyukur dengan setiap pemberian Allah SWT...
nikmat senang... juga nikmat susah...
kerana setiap yang berlaku...
Allah telah rencanakan hikmah yang besar untuk setiap hambaNya...
subhanallah...

** saat2 'genting' sebegini...
adakalanya menyebabkan diri ini lupa untk muhasabah diri

Ya Allah...
ampunkanlah kami jika kami terlupa atau tersilap...
bantulah kami untuk sentiasa berada di jalan yang diredhaiMu
Perkenankanlah permintaan kami
juga... peliharalah kami dari azab siksa api nerakaMu

semoga... hari ini lebih baik dari semalam...
ameen...


wassalam~

.: AN :.

Friday, January 28, 2011

Penunjuk arah kami!

Assalamualaikum



pos berjadual
waktu ni mungkin an tengah siapkan kerja2 yang belum selesai
bila berkelapangan nanti, insyaallah an balas komen kalian, k? =D

*
*
*
*


letakkan nota dari setiap arah
tujuan? nak mudahkan orang yang pasang penunjuk arah ni nanti... =)

sila abaikan ejaan + tulisan saye yang buruk itu... huhu...


Wassalam~

.: AN :.

DIY veil~ pink belacan

Assalamualaikum

pos berjadual
waktu ni mungkin an tengah siapkan kerja2 yang belum selesai
bila an berkelapangan nanti, insyaallah an balas komen kalian, k? =D


Alhamdulillah~
Siap juga DIY veil
An jahit sendiri veil untuk majlis walimah sebelah pihak an. Mungkin ringkas saja veilnya… Buat cukup syarat ja… kebetulan baju lace an tu ada kain lebih. Jadi… ambil saja lace tu dan tampal di kain net.
** Tips: jika nak beli net untuk buat veil, cari net yang lembut. Sebab jenis net ni pun berbeza-beza. Boleh tanya dengan jurujual.
1) Harga net 1.5meter = RM11.25
2) Gam untuk tampal lace di net = RM 4.50
Mula-mula potong dulu border lace. Pastu patch (gam) kat kain net. Kalau rajin, boleh jahit border lace tu kat kain net.
SIAP! Alhamdulillah.... suka! =D

sowi... tone warna kat gmbar ni 'lari' sket...

sebelum


ting!!

gigih ooo jahit satu2...
(tu pun sebab botol gam patch an ilang! beli masa tunang dulu... pastu dah tak ingat letak kat mana. cari kat kedai, bukan semua kedai jual benda tu. udahnya... an... sila gigih! jait!!)
hua... hua...

Ramai dah mula tanya...
'An, ape warna tema majlis?'
'Warna peach ngan pink belacan'
Pink belacan? belacan warna coklat kan?


'cari belacan yang segar... belacan yang baru proses warnanya pink2 sket...'



** hurm... sapelah yang mula2 bagi nama 'pink belacan' tu ea??'
huhu...

wassalam~

.: AN :.

Thursday, January 27, 2011

camne nak cuci chiffon bead?

Assalamualaikum

haritu an hantar baju bertandang untuk dry clean
sedey~
bead tu ada yang tercabut! huuuu...

nak tanye la... ada sesiapa yang tahu macam mana nak cuci chiffon bead?

ada caranya kan?

tolong ea! baju nikah an tak cuci lagi... huhu...

wassalam~

.: AN :.

kisah kotak silver@silver box saya~

Assalamualaikum

al-kisah~

ni antara benda paling 'susah banget mau ketemuin'...
KOTAK SILVER
saiz
4 x 6 x 3 inci

@
10 x 15 x 7 1/2 cm


banyak yang an jumpa warna putih ja...
telefon syarikat itu, syarikat ni, kedai tu, kedai ni....
sedey...
banyak yang dah tak jual kotak silver ni
lepas baca entri syafa... rasa macam ada sedikit pencerahan (haha... ayat tak hengat...)
telefon kilang tu...
sedey lagi~~ sebab dia kata dah tak jual kotak silver macam saiz yang an nak...
sob2...

takpe2... cuba cari lagi...
tanya pakcik google... survey sana sini...
pastu kan... jumpa satu kedai. dia supply kotak silver. yeay!!!
cuba telefon...
tapi kan... dia bagi quotation 1 kotak=RM1. tu pun kalau beli kotak sebanyak 2K
waaa!!! mahalnya!!!
bertambah-tambah sedehh!

hampir2 mau surrender....
entah macam mana...
1 hari tu... ngadu ngan saudara an...
cerita pasal box ni...
pastu kan.... apa dia kata?
napela tak cakap awal2 ngan dia...
dia boleh tolong supply kotak untuk an
paling best...
1 kotak= 50sen!!!
(an beli 1800 kotak... harga tu mungkin berbeza berdasarkan jumlah tempahan...)

hah? terkezut!
terus setuju nak beli ngan dia...
huhu...
ada 3 warna
an rembat semua warna!
dah ilang matlamat asal nak beli warna silver ja
haha!

warna = silver, gold, shining silver
saiz
4 x 6 x 3 inci

@
10 x 15 x 7 1/2 cm


konklusi?
malu bertanya... sesat jalan... (hah? boleh ke??)

kalau nak contact number ako, nanti emel an ea. insyaallah nnti an emel no fon dia =)

wassalam~

.: AN :.

Wednesday, January 26, 2011

teaser... hantaran 'pelangi'

Assalamualaikum

post berjadual

kenapa pelangi?
sebab banyak warna... pink, hijau, krim... bakul lak warna gold...
walaupun sebenarnya takla macam pelangi...
tapi... saya sukaa!!!
haha!!!

awal tu mak rancang nak gubah sendiri.
siap dah buat contoh sebelum pergi haji tuu...
udahnya... last minute... mak kata...
'an, xsempat nak buat sendiri ni... mak bagi kat kawan mak je la eh tolong buatkan'
huh? ok... redha...
mak bagi contoh gubahan... minta tolong kawannya buatkan
alhamdulillah... 3 hari... siap!!

teaser sket...
Hantaran...

nak minta pendapat B2B, mantan, readers....
masa majlis an nanti, insyaallah ketibaan pengantin jam 2 petang...

rasanya kan... lebih baik sesi bergambar kat pelamin dulu atau.... makan beradap dulu ea?

kalau bergambar dulu kat pelamin, nanti kelaparan pulak rombongan pengantin lelaki...
kalau makan beradap dulu pulak, takut nanti lepas selesai makan, saudara ramai balik plak... tak sempat bergambar....

mana satu eh? eh?
kompius~~~

wassalam~

.: AN :.

kisah doorgift

Assalamualaikum

Alhamdulillah... hujung minggu lepas dah mula bungkus2 barang untuk doorgift.
Jiran2... sedara2... alhamdulillah datang tolong.
terharu~~

borong2!
** hati2 pilih ea... pastikan ada tanda logo halal JAKIM...
sebab, biasanya makanan ringan ni ada juga yang import dari China...
++ kita tak tahu status halalnya...

beli kat kedai ni... depan pasar borong Klang

ting!!

waa!! manyak lagi yang tak selesai! hmm...

An rasa... dalam banyak2 hal yang perlu diselesaikan untuk majlis walimah ni,
doorgift la yang paaaaaaaling banyak kesahnya...
mula dari kotak, isi, hiasan... cancel tempahan, tukar kotak, tukar isi, hiasan pun sama...
tukar barang... tambah2 barang... tolak2 barang... beli lain... komen2...
aih... tukar lagi!
dari sedekat2 shah alam... sampai ke sungai besar... fuh~

macam2 drama...
adegan merajuk anak beranak pun ade! haha! klakar2...

iyelah... kahwin ni 'hal keluarga'... hal bersama...
dari sebesar2... sampai sekecik cenonet perkara...
tapi kan... dari sudut positif... an rasa syukur sangat2...
mereka bertindak sebegitu sebab mereka prihatin

cuba bayangkan...
apa akan jadi kalau tiada siapa pun yang kesah tentang majlis kita...
nak buat apa? buatlah...
nak beli apa? belilah...
nak jadi apa? jadilah...
mesti kita lagi pening + sedey + stress... kan?

++ pengalaman mantan2 pengantin pun banyak membantu...
belajar untuk 'redha'....

hadapi dengan senyuman!

Wassalam~

.: AN :.

Saturday, January 22, 2011

pengantin perempuan + kaca mata

Assalamualaikum

Diskus2...
Apa pandangan anda kalau pengantin perempuan pakai cermin mata masa majlis?
An cuba google, tapi tak jumpa plak pengantin perempuan (melayu) yang pakai spec...


Any comment??
Wassalam~

.: AN :.

Friday, January 21, 2011

istihdad vs brazillian wax

Assalamualaikum

Ok, entri kali ni tentang bedah buku lak
Tajuk buku 'Hadiah Buat Muslimah'
Panduan Asas Fiqh Wanita

Sebenarnya an pun tak habis baca lagi. Baru nak masuk bab 4
Tapi... saja nak kongsi ilmu yang an dapat dari buku ni

Salah satunya tentang Istihdad (detail? klik sini)

Istihdad? Ape tuh?
Maksudnya... mencukur bulu kemaluan, baik lelaki mahupun wanita


Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu, dia berkata:

وُقِّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيْمِ اْلأَظْفَارِ وَنَتْفِ اْلإِبْطِ وَحَلْقِ الْعَانَةِ أَنْ لاَ نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِيْنَ لَيْلَةً

“Ditetapkan waktu bagi kami dalam memotong kumis, menggunting kuku, mencabut rambut ketiak dan mencukur rambut kemaluan, agar kami tidak membiarkannya lebih dari empat puluh malam.” (HR. Muslim no. 598)



rasanya ramai yang dah tau tentang kepentingan cukur bulu di kawasan 'V' tu kan...
cuma... nak kongsi satu perkara yang...
mungkin ada di antara kita tak tahu tentangnya....



"Mencukur rambut kemaluan ini tidak boleh/haram dilakukan oleh orang lain, terkecuali orang yang dibolehkan menyentuh dan memandang kemaluannya seperti suami dan isteri."(petikan dari kitab Al-Majmu’ Syarhul Muhadzdzab 1/342, Fathul Bari 10/423)

Jujur an cakap...
an pun baru tahu tentang istihdad ni hanya boleh dilakukan
secara sendiri @ sesama pasangan suami isteri SAHAJA.
maknanya kan...
servis brazillian wax tu tak termasuk tau...
melainkan yang bagi servis tu suami/isteri kita...



takpelah... kita sama2 kongsi ilmu, k?
dari tak tahu pada tahu...
Insyaallah kita sama2 baiki diri...


*** hurm... tak tahu camne nak 'uruskan' kebersihan di kawasan cik 'V'?
boleh baca laman web kotex ni
banyak info dan tips!




Wassalam~

.: AN :.

cop situ sana sini

Assalamualaikum

Tengok orang lain ade cop... an pun nak ade cop sendiri gak... haha...
Design sendirian berhad... pastu pergi kedai rubber stamp.

Siap je cop... mulalah datang penyakit gatal tangan...
semua benda nak dicopnya!
haha!

An wat kat Plaza Alam Sentral (PAS) tingkat 4.
Tak ingat, ape nama kedai tu, tapi kalau tak silap, dekat ngan kedai Stiker Master
Harga? RM 25.
Siap lebih kurang 10 minit. Sebab ni guna flash rubber stamp


** sekadar cadangan... kalau nak buat cop flash rubber stamp,
guna saiz tulisan yang besar dan tidak bold.
kalau silap pilih, tulisan akan jadi kembang + tak boleh dibaca
(cam situasi an... awal2 cop tu... banyak yang kembang! hua2...)
** kalau nak design sendiri, pastikan save dalam bentuk adobe illustrator
senang sket nak ubah saiz & etc...

Wassalam~

.: AN :.

Wednesday, January 19, 2011

kisah 10 dan 100 =D

Assalamualaikum

10?
sebab... tinggal 10 HARI lagi!!
huh... hah~~



100?
Alhamdulillah... follower walimahpedia genap 100 orang

Terima kasih banyak2 pada mereka yang mengikuti perkembangan walimahpedia...
Segan rasanya... sebab an tak rajin nak update blog macam B2B blogger yang lain...

Tapi kan...

Dari blog ni... an belajar banyak perkara...
Persiapan perkahwinan...
Hal2 rumahtangga...

Dan yang paling penting
erti bersahabat dengan kalian
Kalian banyak bantu an... beri pandangan, pendapat, komen...
Sungguh... an sangat2 menghargainya...

Harap2 pasni kita sama2 dapat 'keep in touch'
Insyaallah...

Caaaaayaaang kalian! muax!

Wassalam~

.: AN :.

Bila 'kepala hantaran' ditiadakan...

Assalamualaikum

Kepala hantaran = sirih junjung

sirih junjung berubah mengikut zaman

fuh... besar dan berat!

sirih junjung bentuk tradisional di zaman sekarang

gubahan ni cute kan?



Mak: An, kalau hantaran nanti takde sirih junjung... ok tak?
An: gulp! betul ke mak? lagi an suka!!
Mak: Betul la... mak dah bincang ngan abah. lagipun adat je kan... takde kegunaan pun kalau kita buat sirih tu. Sekarang mane ade orang makan ha. kita tukar benda lain, ok?
An: Suka!!!! (senyum sampai telinga!!)

Tentang sirih junjung ni... memang kena bincang elok2 dengan keluarga...k? Sebab... ada sesetengah keluarga yang memang pentingkan adat2 ni...
Alhamdulillah... mak abah an agak terbuka tentang adat ni...

Tapi kan...
Kalau ada yang saja nak takut2kan kita dengan 'kepentingan' sirih junjung ni... kononnya kalau takde sirih, nanti ade bala+malapetaka ke... toksah percaya... k? tu namanya khurafat.

Tu belum lagi kalau sirih junjung terjatuh la... sirih junjung perempuan lagi tinggi dari lelaki la... haih~ semuanya nak 'kepochi'... hua2...

Tapi...
Kalau Allah takdirkan...
KEBETULAN terjadi sesuatu yang tidak diingini... itu memang ketentuan Allah
dan ia TIADA kaitan dengan amalan2 khurafat tu...
Benda ni kita WAJIB percaya... Qada dan Qadar Allah... Rukun Iman tu...

Tepuk dada... tanya IMAN!! =D



Alhamdulillah...
Dah bincang ngan akhi.
Dia lagi suka...
So, kena cari barang lain nih...
Nak ganti ngan ape eh?
huhu...


Wassalam~

.: AN :.

Tuesday, January 18, 2011

Polar kutub utara kutub selatan ! (^o^)Y

Assalamualaikum

Dah banyak kali dengar lagu ni... tapi tak pernah ambil tahu liriknya
Pagi ni kawan post kat FB.. + youtube...
dan...



An pn xtau kenapa..
tapi nak 'hahaha'
~sweet lah!!
** owh... lambat betul an ni.. orang lain dah lama layan lagu ni kan?... hahar....



LIRIK LAGU KEKANDA ADINDA – MONOLOQUE & ATILIA

Verse_1
(P) Oh Kekanda jangan irihati, Dinda naik pangkat lagi..
(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..

Chorus_1:
(P) Jadi Dinda mahu mengambil masa
(L) Tapi Kanda mahu segera,
(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,
(L) Tapi Kanda mahu cahaya mata,
(P) Dinda belum bersedia,
(L) Kanda dah beria ria,
(P) Jadi yg mana satu?
(P+L) Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

Verse _2:
(L) Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
(P) Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,

Chorus_2
(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,
(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,
(L) Ini semua demi masa depan keluarga,
(P) Dengan Dinda atau sebaliknya?
(L) Kanda kerja malam,
(P) Dinda kerja siang,
(L) Jadi bila nak bertemu?
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

Bridge:
(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
apa keputusannya?

Verse-3
(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

Chorus_3
(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,
(L) Kanda polar kutub Utara,
(P) Dinda kutub Selatan
(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

coda*
(L) Walau kita sering dgn cara masing2,
(P)Kanda yg Perdana,
(L) Dinda yg Utama,
(P)Kanda segalanya..
(L) Dindalah Nyawa,
(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama-lamanya!



Wassalam~
.: AN :.

Monday, January 17, 2011

E-kad percuma!

Assalamualaikum

Kad jemputan dah siap ke belum?
Dah?
Ok... bagus2...

E-kad dah ada ke belum?
Hah? belum lagi?
Er... e-kad tu ape?

Owh... ok... e-kad tu maksudnya kad jemputan dalam bentuk digital media. Lebih bersifat 'mesra alam' sebab... tidak melibatkan penggunaan kertas seperti kad ucapan yang ada di pasaran.

Sesiapa yang mahukan e-kad sendiri untuk majlis perkahwinan, bolehlah jenguk2 kat website ni : http://www.walimatul-urus.com/


Bolehlah 'cuba try test' wat e-kad sendiri. Yang penting... free! hihi...

Ok, wassalam~

.: AN :.

Saturday, January 15, 2011

e-kad Walimatul 'Urus

Assalamualaikum

* Post Bertampal *
Sila skrol ke bawah untuk baca entri terkini. Terima kasih

klik gambar untuk melihat e-kad walimatul 'urus kami


terima kasih!



Wassalam~


.: AN :.

Friday, January 14, 2011

Let's WIR@Wear It Right!

Assalamualaikum

mesti ramai yang pernah tengok poster ni kan?
rasa terpanggil gak nak promo benda2 baik ++ amal makruf ni =D

kredit tu sue anna joe, maera, reen...


klik untuk tumbesaran =)

"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:
"Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka".
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,
karana itu mereka tidak diganggu.
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
Surah Al.Ahzab (59)

"Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara kemaluannya,
dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya,
dan janganlah menampakkan perhiasannya,
kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka,
atau putera-putera mereka, atau putra-putra suami mereka,
atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka,
atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam,
atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki
yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)
atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan.
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".
Surah An.Nuur (31)
_____________________

kita selalu mengeluh...
kenapalah terlalu banyak masalah sosial sekarang ni kan?
lebih2 lagi 'ancaman' pada kita... kaum wanita... dah TERLALU banyak...
kes rogol, bunuh, gangguan seksual...
rasa tak selamat, rasa terancam... walaupun duduk dalam negara Islam
hmm... dah sampai masa kita tengok balik diri sendiri...
juga masyarakat sekeliling

amal makruf nahi mungkar...
dah jadi tanggungjawab WAJIB atas diri kita

peringatan untuk DIRI SENDIRI...
untuk semua perempuan... wanita... anak2 dara... mak dara...
lepas ni boleh jenguk2 wardrobe kita...
cara pemakaian kita...

B2B juga
(baju kahwin kita... menepati piawai syariat atau sebaliknya... k?)
untuk kebaikan kita juga... kan?

let's WIR@Wear It Right!
JOM! JOM!

Wassalam~

.: AN :.

Thursday, January 13, 2011

Lampu bling2 + remote!

Assalamualaikum

Pertama kali tengok lampu macam ni kat majalah IMPIANA... subhanallah... cantiknya!!!



nama lampu ni 'Fibre Optic Starry Ceiling'
rasa macam duduk bawah cahaya bintang kan?
huhu...



berangan... kalaula bilik an boleh letak lampu macam tu... huu...
haih... udah2 an... satu kerja plak nak bukak plaster ceiling bagai ha...
lagipun... duit awak berkepuk keee??
haha!!

pastu kan...
hujung minggu lepas
jalan2 cari barang lain, udahnya jumpa lain!

senang cerita...
Alhamdulillah… dah beli lampu bilik peranten!

Ada lampu biasa

Lampu LED

Dan kedua2nya...

Dapat 1 kaki pun jadi la…


saya soooka!
Dan yang paling penting…

*
*
*
*
*
*
*
*


Ade menda alah ni!
Makin malas la an nak bergerak… agaga…


An cari kat kawasan subang lama
(sebelah tol bukit jelutong-guthrie highway)

lampu=rm199
remote: rm80

harga cincai... siap upah pasang
rm260 =)

harap2 pasni boleh jimat elektrik.
takde dah isu 'malas nak bangun tutup lampu' lagi okey... hihi...

update kad kawen...
ade sesiapa lagi yang belum bagi alamat?
baik isi skrg... haha!
hrp dpt jumpa kalian di majlis an nanti, insyaallah... =D

Wassalam~

.: AN :.

Tuesday, January 11, 2011

Jemputan Fasa 1... selesai!

Assalamualaikum

Jejak kasih...
masa ni la baru sibuk2 nak carik balik majalah sekolah... buku autograf...
masa ni la nak recall balik kawan2 yang dah lama kita tak jumpa...
rindu kat diorang... seyes~ huu....

terutamanya bila baca balik ucapan kawan2 kat dalam buku ni...
tak larat nak gelak sorang2...
owh~ nostalgianya...

alhamdulillah hujung minggu lepas mak abah dah pergi menjemput saudara2 di kampung... kenalan mereka n etc...

an? tinggal umah... siapkan langsir. alhamdulillah... langsir atas siap 80%.
arghh... tinggal sikit je lagi!! chaiyok an!!! huhu...

jemputan dari an fasa 1 (ahaha ayat... macam nak wat rumah!! huhu...) alhamdulillah dah selesai
skrg ni tunggu alamat dari B2B blogger n pembaca walimahpedia...
jemput isi data kat sini ea...
an tunggu...
(reen... alamat awak pn takde lagi kat an ni... hihi... )

terima kasih pada mereka yang dah berikan alamat
insyaallah nnti an kirimkan kad @ e-kadnya... =D




lagi satu...
borang untuk urusan nikah?
alhamdulillah... dah jumpa PPN, tok kadi... insyaallah dah selesai...
tinggal nak isi borang ni ja...
borang dari tok kadi

kompius sket kat no. 10- 'pemberian lain (jika ada)'
tu nak kena tulis ape ea?
tulis jumlah wang hantaran ke?
ke ada benda lain?
minta tolong mantan b2b atau sesiapa yang tau ea..
terima kasih!

wassalam~

.: AN :.

Tuesday, January 4, 2011

2 Blogger 'Dalam Hati Ada Taman'

Assalamualaikum
jalan2 kat blog B2B... termasukla blog lala
pastu kan... an TERnampak ini:

sila klik gambar untuk tumbesaran =)

owh... ade 2 blogger 'Dalam Hati Ada Taman'...
yang atas tu ALIZA...

yang bawah tu blog AN a.k.a WALIMAHPEDIA (an dah tak pakai nama 'Dalam Hati Ada Taman tu lagi... DHAT... in memory...)

saje je maklumkan... takut ade yang kompius... =)


an tak kenal Aliza... tapi an rase... macam 'kembar' lak ngan dia... (an jenguk2 blog die tadi... hehe...)
sama umur, sama bulan kelahiran...
sama bela blog sejak bulan Julai 2010...
sama B2B 2011
dan yang paling best...
sama 'instinct' untuk namakan blog ni dengan nama 'Dalam Hati Ada Taman'...!!
(tapi skrg an dah tukar pada walimahpedia sejak November 2010)

** Aliza, nice knowing u! **
pasni kite exchnge link ea! =D

untuk blogger yang link ke blog an, mungkin boleh tukar nama blog an kepada 'walimahpedia'...
*wink!wink!*


Wassalam~

.: AN :.

Monday, January 3, 2011

Pernah tak korang rase camni...

Assalamualaikum

26 hari lagi... Fuh... makin gedebuk gedebak bunyi jantung ni...
Nak countdown utk hari ke-30 pun tak sempat ha...

Pernah tak korang rase camni...
Nak siapkan kad, teringat barang hantaran tak siap lagi.
Nak siapkan hantaran, mak pulak suruh habiskan jahit langsir. satu umah tu... baru siap tingkat bawah je ha...
Nak siapkan veil... apek yang nak pasang lampu bling2 pulak datang... dan2 tu gak nak pasang... kena kemas bilik bagai le plak...

kawan2 siap call... 'an, kalau nak mintak tolong, roger2 ja...'
tapi an pulak blur... nak minta tolong wat ape?
mmg ancus la pngurusan cik an... aisy...
ke... minta tolong siapkan doorgift ea?
hurm...

xpun...
doraemon!! awak katne?

awak tolong siapkan SEMUA kerja2 ni, boleh?
nanti saye belanje awak makan dorayaki... nak? nak?

~ sengal suda~




*** barakallah iedayah! semoga berbahagia hingga ke syurga! =D ***



wassalam~

.: AN :.

Saturday, January 1, 2011

Akhirnya... Jemputan Walimatul 'Urus!

* Post Bertampal *
Sila skrol ke bawah untuk baca entri terkini. Terima kasih

Assalamualaikum
Khas buat B2B blogger & tetamu walimahpedia... =D


Wassalam~


.: AN :.