FOLLOWERS

Thursday, December 30, 2010

diari seminggu

Assalamualaikum
diari seminggu yang lepas... =D

jumaat
alhamdulillah... kad kawen, bunting & banner dah siap!


dan...
terima hadiah kahwin yang pertama! trimas c.mas! (tak boleh bukak lagi... dia pesan, tunggu W Day... baru boleh buka... huhu)

sabtu
akhi datang ziarah. bagi borang nikah, baju bertandang... selesaikan tmpat pnginapan sebelah pihak lelaki semasa kenduri n etc...
jumpe roe B2B... thnks 4 detox foot patch! =D

ahad
pergi kenduri kahwin & pertunangan kawan. sambil2 edarkan kad kahwin. lepas tu... pergi kl... cari gajet!

isnin
ziarah cikgu zaman sekolah. edarkan kad kahwin. oh~ nostalgianya... huu...
balik terus beli baki kain langsir

selasa
batuk selsema semakin menjadi2. suhu badan makin naik. pasrah... terpaksa pegi klinik. hak badan perlu dijaga. huu..

balik dari klinik ade hati nak pergi cari baju pengapit! gagahkan diri... cari... alhamdulillah... jumpa! beli aje... malas nak pikior dah...

rabu
meeting pertama tahun 2011. ziarah kawan... suaminya meninggal. alfatihah~

khamis
uruskan borang nikah sebelah pihak perempuan. alhadulillah... siap! an dah blh kawen!

err... alamak! kad pun tak siap tulis alamat lagi! aiyoh... ok, jom sambung keja!


Wassalam~

.: AN :.

Wednesday, December 22, 2010

Contest Bunga-Bunga Cinta!

Assalamualaikum

mood contest la plak...
Ok, dah ada bunga tangan untuk kenduri kawen?


kalau belum, jom join contest ni - contest bunga-bunga cinta
tarikh tutup = 24 disember 2010, 1 pm
gudluck ea! =D

wassalam~

.: AN :.

Tuesday, December 21, 2010

DIY: jahit langsir & ujian HIV... kompius!

Assalamualaikum

Update...


** abaikan botol minyak angin kat tepi mesin jahit tu... huhu...**

1) misi menjahit langsir 30 meter
tiada penerangan langkah demi langkah
sebab langsir saya jahit lurus ja... huhu...

alhamdulillah... dah siap langsir tingkap bawah....

terkini... jahit langsir bilik atas lak
chayok an! chayok! =D

2) semalam dah wat ujian HIV - klinik shah alam
(maaflah.. xde gmbo... org sgt2 ramai + berkejar2 nak habis awal...)

alhamdulillah... kejap ja... 30 minit
tapi kan... diorang tak bagi pun result @ surat dalam sampul putih ka..
an cuma dapat borang kuning mengesahkan yang si penama dah ambil ujian HIV
bila ditanya... jururawat kata 'awak dah boleh balik'
huh???

nanti diorang akan poskan result tu ea?
ade sesiapa yang tahu?


Wassalam~
.: AN :.

Sunday, December 19, 2010

Darah manis?

Assalamualaikum

Darah manis?


Owh... bukan sebab 'darah' tu rasanya manis berperisa strawberi, cokelat, vanilla pink2 menyebabkan semut suka harung... huhu...
Darah manis tu merujuk kepada mereka yang sedang mengikat tali pertunangan. Yang menghitung hari untuk melangsungkan hari perkahwinan.

Orang2 tua selalu pesan supaya kita lebih berhati2... masa 'darah manis' ni, macam2 perkara boleh jadi
Hurm... entah betul atau tidak... kan?

tapi rasionalnya... dugaan dalam tempoh pertunangan ni sangatla mencabar ye...
tetiba masa bertunang TERexcident la, TERhampir lemas la, TERkerat jari la...
Aduyai...
Lagi tragis lagi bila...
masa ni la ada orang lain nak masuk meminang,
encik tunang pula kena 'kacau' ngan pompuan lain,
tak pun bergaduh macam kena ribut taufan sampai nak putus tunang bayar ganti rugi saman malu tikam sana sini bla... bla... bla... nauzubillahi minzalik!! minta dijauhkan...

Sebab tu la kalau boleh tempoh bertunang tu janganlah terlalu lama.
tu baru dugaan masa tempoh bertunang... sedangkan cabaran hidup selepas berumahtangga pun lebih hebat lagi kan?

tapi itu bukan jadi alasan untuk mengelakkan diri dari melaksanakan separuh dari tuntutan agama ini...
lagipun... mungkin ada hikmahnya kenapa ujian2 ini 'dihadiahkan' kepada kita.

Teringat pesan akhi...
mungkin ujian tu nak mengingatkan diri kita... muhasabah diri... Mungkin selama ni kita 'terlalu' menyayangi makhlukNya sehingga kita lupa padaNya yang mencipta rasa cinta, kasih dan sayang ni...
Mungkin juga sebagai peringatan pada kita... yang dah semakin lalai dan leka dengan cinta manusia sehingga lupa tanggungjawab kita sebagai hamba padaNya

Firman Allah:
Katakanlah: “jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNYA dan dari berjihad di jalan NYA, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA“. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
(surah At-Taubah: 24)

Jom muhasabah diri... perbetulkan balik amal2 soleh yang terlopong di sana sini. Solat... puasa... qiamullail... tutup aurat... amal jariah... dakwah... semuanya...
kerana... Jika kita mencintai Allah, maka Dia akan mencintai kita, dan memerintahkan SELURUH makhluk-Nya untuk mencintai kita.

Seronoknya jika seluruh makhluk, baik makhluk yang tampak mahupun makhluk ghaib yang tak kelihatan, semuanya mencintai diri kita. (bukan maksudnya cinta' yang tangkap angau tu ea... huhu... cinta kat sini bermaksud rasa sayang sesama makhluk , sentiasa ingin berbuat baik dengannya dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya, wallahu'alam...) Semuanya akan mencintai kita jika berhak dimuliakan lantaran kita mencintai Allah, Tuhan kita dan Tuhan seluruh makhluk itu.

Dahsyatnya cinta suci ini dibenarkan Rasulullah SAW:

Ketika Allah mencintai seorang hamba, Allah menyeru kepada malaikat Jibril, “Hai Jibril, sungguh Allah mencintai si Fulan, maka cintailah ia olehmu!” Jibril pun mencintainya. Kemudian Ia menyeru kepada seluruh penduduk langit, “Sungguh Allah mencintai si Fulan, maka cintailah ia oleh kalian!” Ia pun dicintai oleh penduduk langit. Setelah itu, ia diterima di muka bumi.

Ketika Allah membenci seorang hamba, Allah menyeru kepada malaikat Jibril, “Hai Jibril, sungguh Allah membenci si Fulan, maka bencilah ia olehmu!” Jibril pun membencinya. Kemudian Ia menyeru kepada seluruh penduduk langit, “Sungguh Allah membenci si Fulan, maka bencilah ia oleh kalian!” Ia pun dibenci oleh penduduk langit. Setelah itu, kebencian diletakkan baginya di muka bumi”

(HR Muslim dari Abu Hurairah RA).


Jom tingkatkan rasa cinta padaNya, insyaallah setiap masalah dapat diatasi dengan rasa tenang dan redha... =D

Wassalam~

.: AN :.

Thursday, December 16, 2010

bridezilla mode ::pause::

Assalamualaikum

ok, nak lari sekejap dari bridezilla mode
entri kali ni khas untuk hero yang an caaaayang sangat2!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

my beloved abah!
wah! wah!
ni operasi semalam
dan abah sebagai kapten operasi masak asam pedas!

selingan jap...
abah pesan kat ajim... suruh beli daun kesum & bendi
daun kesum dah betul daaahh...
aih? apsal bendi tu rupa buncis??
haha!
ajim.. ajim... kena ada sesi orientasi sayur & bahan2 dapur ni... ngeee....


taraaa!!! dah siap!
perghh... memang terangkat
orang johor la katakan... =D


** psst... dengar tak bunyi abah an tengah masak sekarang ni?
kurang asam betul anak pompuan die ha.
abah tengah masak, awak main belog! wink! wink!
selamat berbuka puasa abah, mak, ajim + readers! =D

Wassalam~

.: AN :.


Jom custom kasut sesukahati @ GAVY!

Assalamualaikum

Tajuk entri tu nampak la... la... la...! suka! kan?
Alhamdulillah... kasut kawen an dah siap!
Ok, jom teaser sket...


yup... memang an nak design yang simple ja...
xmo terlalu bling2... nanti segan kalau nak recycle balik. huhu...

alhamdulillah... rasa puas hati sangat2 deal ngan asyraf GAVY.
bagi an, dia saaaaaangat penyabar nak layan customer yang cerewet macam an ni.
nampak kasut tu simple je kan?
tapi... ade kisah sebenarnya di sebalik kasut yang simple tu...
nama pun customade.
jadi?
jom kita minta dia wat kasut ikut sukahati kita la... kan? huhu...
insyaallah lepas kawen nanti an cerita, blh? blh kan?





nak tahu tentang GAVY? ok, boleh klik kat blog huda.



GAVY @ Maju Junction (Wedding City)

=D



** update contest kesayanganku.
alhamdulillah, tersenarai dalam top-4.
jika berkesempatan, bolehlah luangkan masa mengundi kisah kami.
anda baca + anda tentukan... kisah yg terbaik, k?
camne nak ngundi?
ok, boleh klik di sini, dekat poll nuffnang.
mekacih ea! =D


Wassalam~


.: AN :.

Wednesday, December 15, 2010

BB, update contest kesayanganku + baju melayu... kamu di mana?

Assalamualaikum

Hah... hambik... semua nak update sepukal! huhu.. ok, jom update satu persatu

1) BB bukannya blackbrry, TAPI... bunting & banner.
Alhamdulillah... dah siap design. semalam terus hantar kat tmpt printing. harap2 semuanya ok...


2) hari ni check blog... + lompat2 blog org lain termasuklah blog kina...
sebelum tu... ingat lagi contest ni?

an terkezut!!! sebab....
*
*
*
*
*
*
**
***
****
***
**
*
*
*
*
*
*


alhamdulillah...walimahpedia tersenarai dalam top 10!
walaupun masih tak diumumkan lagi siapa pemenangnya...
tp alhamdulillah... rasa syukur sangat sebab tersenarai dalam kelompok ni


trimas pada juri2! an percaya, insyaallah mereka boleh pilih yang TERBAIK sebagai pemenang
pada contestant yang lain, gudluck! doa banyak2 okay! hehe...



3) pss.... nak tanye la... ade sesiapa yang tau, kat mana nak beli baju melayu yang jual sepasang + kedai tu jual banyak warna ea? rasanya masa nak raya dulu je banyak jual baju melayu...
tapi sekarang ni, macam dah tak banyak pilihan warna & saiz pulak... ada sesiapa yang tau? kalau boleh kedai sekitar shah alam / kl/ klang valley & sewaktu dengannya...
trimas!!!


Wassalam~

.: AN :.

Friday, December 10, 2010

50 hari lagi!!

Assalamualaikum

Kejapnya masa berlalu...
sedar tak sedar....


psst no 1: umliyana... kamu juga harus rasa nebes mcm saya...
tp, kamu lagi beruntung sebab ada WP! saya lak harus buat sendiri! owh!!! huu...

psst no 2: nape ea... bila majlis dah makin dekat, mood tu mcm makin menurun...
makin dasat lak rasa malas nak habiskan kerja2 persiapan kahwin
B2B lain rasa tak ape yang an rasa ni?
ke an je yang tak normal?
waaa!!!

ok, nak packing barang, weekend ni mau ke terengganu! vrooommm!!! vrooomm!!! =D

wassalam~

.: AN :.

Thursday, December 9, 2010

Borang Permohonan Nikah

Assalamulaikum

Sedang gigih isi borang permohonan nikah
(Tunggu abah balik baru boleh isi... huhu...)

ok, jika anda bakal pengantin perempuan-(selangor) boleh download borang kat: borang permohonan nikah-perempuan (selangor)

PERCUMA!

Wassalam~

.: AN :.

CONTEST KESAYANGANKU

Assalamualaikum

kesayanganku...
hurm... subjektif kan?

okay... tak mau cerita 'sayang2' kat luar tu... tapi nak cerita 'my sayang' yang satu ni
dan buat an maaaakin rindu kalau tak tengok walaupun hanya satu hari!
???

hehe...
okay... ni la dia...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


WALIMAHPEDIA!
a.k.a blog kawen saya!

ntah nape... makin hari, dah makin sayang kat blog ni
iyelah... bila dah dibela dengan penuh rasa kasih dan sayang mustilah rasa itu
makin segar lagi membugar... (haha... metafora... sungguh!)
cuma... mujurlah blog ni 'kejadiannya' takde nak kena bagi makan minum macam bela manusia, haiwan, pokok. dah la an ni 'sangat rajin' update blog! kalau tak, ade lak blog yang jadi arwah! hoho..


BERTAMBAH SAYANG...
bila melalui blog ni an kenal B2B, ex-B2B, silent reader + blogger2 yang lain.
seronok bila kita dapat bertukar2 cerita, pendapat, idea, luahan hati...
dah la an ni spesis yang sorokkan kisah 'nak kawen' ni dari pengetahuan kawan2 an
(tp ritu ade beberapa orang kawan an yang tanye tentang blog ni.
TERjumpe & TERbaca... owh... kantoi suda.. huhu..
xpe2... korang, tunggu kad an siap dulu la eh
insyaallah pastu baru an bgtau kat yang lain.. =D )


plak tu...
sebulan lepas... mak abah an pergi haji.
haa... dapat bayangkan tak betapa feninnye an kalau TAKDE walimahpedia?
kat sini ajelah tmpat hmba nak mengadu nasib kisah persiapan kawen ni.. huu...
pelik kah? eh, jangan pelik ea...
an percaya ada hikmah yang besar dari 'diam' ni... masanya akan tiba, insyaallah... =D


MAKIN BERTAMBAH SAYANG...
bila dapat jumpa blogger masa majlis kahwin B2B!
selama ni kenal kat alam maya ja...
sorok2 identiti gitu... haha!
sekali dah jumpa, macam dah kenal lama!



ntahla... an pun tak pasni nak explain camna...
tapi... an rasa, blogger yang lain pun dapat rasa bile dah bela blog ni kan? kan?

konklusi...
an caaaayang banget sama WALIMAHPEDIA!
Sebab ia menghubungkan an dengan kalian!!
huhu...

okay..
saya tag: cik belle! (tak kire... nak gak! ngee!!!)



+++ 2 all my sayangs... luv u all sooooo much!



wassalam~

.: AN :.

rindunya!!

Assalamualaikum

hah~ akhirnya... dapat gak nak entri baru. wink2!
saaaangat rindu nak berbelog + kengkawan blogger + pembaca walimahpedia!
huhu...

alhamdulillah... selesai induksi. harap2 lulus dgn cemerlang, ameen.
alhamdulillah... mak abah an dah balik dari menunaikan haji. syukur mereka sihat + ceria + ramai tetamu datang ziarah = seronok!!
alhamdulillah... adik an pun dah selesai majlis konvonye.. tumpang suka!
alhamdulillah... 3 barang hantaran untuk akhi sudah dibeli!
alhamdulillah... kasut dan tudung kawen dah siap! insyaallah nanti an wat entri tentang ni
alhamdulillah... kad kahwin dah hantar untuk dicetak! akhirnya... fuh~
alhamdulillah... sudah beli langsir untuk rumah. dengar tak bunyi mak yang tengah menjait tuh?!

syukur... syukur... syukur... =D


SELAMAT TAHUN BARU 1432 HIJRAH!
Apa azam anda untuk tahun baru hijrah ni?