ok, nak lari sekejap dari bridezilla mode entri kali ni khas untuk hero yang an caaaayang sangat2! * * * * * * * * * * * * * * * * *
my beloved abah! wah! wah! ni operasi semalam dan abah sebagai kapten operasi masak asam pedas!
selingan jap... abah pesan kat ajim... suruh beli daun kesum & bendi daun kesum dah betul daaahh... aih? apsal bendi tu rupa buncis?? haha! ajim.. ajim... kena ada sesi orientasi sayur & bahan2 dapur ni... ngeee....
taraaa!!! dah siap! perghh... memang terangkat orang johor la katakan... =D
** psst... dengar tak bunyi abah an tengah masak sekarang ni? kurang asam betul anak pompuan die ha. abah tengah masak, awak main belog! wink! wink! selamat berbuka puasa abah, mak, ajim + readers! =D
Rasanya ramai yang dah sampai kampung masing-masing... kan? Nampaknya tahun ni an dan adik2 beraya di sini ja. Adik2 cuti satu hari. Tapi petang ni insyaallah akan ziarah rumah pakcik yang sekangkang kera je dari rumah an ni. hehe...
Orang lain masak, rumah ni pun harus masak okei. Malam tadi mau macam bersilat kat dapur nak menyiapkan rendang semata je. Tu pun sebab lauk jiran sebelah dah menyengat masuk ke kawasan rumah an. Aduhai~ mane boleh jadi... kite pun kena masak gak! huhu...
Abaikan tone warna yang berbeza. Satu pakai kamera, satu lagi pkai handphone
Malam tadi (abaikan gak adik an yg tengah khusyuk makan tu... huhu...)
Pagi ni
Haha! ringkas ja... raya orang bujang... huhu...
Rasa lain sket pagi ni... Iyela... biasanya kalau pergi masjid... mesti jalan sama mak. Hm...
Usai solat... salam2... tersempak ngan jiran yang sorang ni.. Borak2 jap... Lama rasanya tak jumpa dia... awak nampak sangat cantik bila berbusana macam ni... =D
Buat elyana dan pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan hujung minggu ni...
Barakallah! Semoga berkekalan sehingga ke syurga! =)
Buat rakan2 bloggers dan tetamu walimahpedia...
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA! ** MAAF ZAHIR BATIN **
'Daging (haiwan korban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya adalah ketakwaan kamu, Demikianlah Dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia berikan kepadamu. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.'
(surah al-Hajj: 37)
** muhasabah hari raya aidiladha... medan untuk an jadi lebih berdikari... Kena tingkatkan lagi persiapan diri. Lebih2 lagi nak masuk fasa alam perkahwinan ni. Hm... cantiknya perancangan Allah tu kan? Subhanallah~
Fuh... 1st time an masuk peraduan masak2... Kebetulan terbaca entri dari blog Pn. Shalin ni... Menariknya peraduan ni sebab... Pn. Shalin nak resepi yang simple2... jadi... an rasa berminat nak kongsi 1 resepi kegemaran an + keluarga + kawan2... =D
Okay, sebelum tu, ni BATCH peraduan
Nama resepinya? TRIFLE! Kenapa TRIFLE? sebab... ada 3 lapisan...
lapisan bawah=kek, lapisan tengah= kastard, lapisan atas=jelly.
resepi yang an bagi ni untuk saiz 2 bekas plastik transparent.
Ok, jom mula!
Bahan-bahan
1) 1 tin susu creamer cair IDEAL
2) 6 sudu besar kastard (masa kaut kastard tu, jangan banyak sangat dan jangan sikit sangat. sedang2 aje..)
3) 2 cawan (cawan teh) air
4) ¾ @ ½ cawan (cawan teh) gula (kalau nak manis = ¾ cawan, tapi kalau nak jaga kesihatan ½cawan pon okei)
5) 1 tin fruit cocktail (elok yang bukan tropical)
6) 1 kotak instant crystal jelly. Jello nona flavor strawberry paling sodap
7) kek asal tutup semua (kawan2 an ramai guna appolo layer cake.. yang jual banyak2 kat kdai borong, tp an suka pakai kek gulung. Beli satu je. Byk jual kat supermarket)
Cara-Cara
1. Susun kek di bekas rapat2 (kek tu potong nipis sikit. bajet cukup untuk 2 bekas transparent).
2. Campurkan susu IDEAL dan tepung kastard dlm besin (tepung kastard dimasukkan sedikit demi sedikit. kacau sampai takde tepung yang berketul-ketul).
3. Campurkan air dan gula dalam periuk tebal. Panaskan on slow fire. biarkan sampai mendidih.
4. Bila air dan gula dah mendidih, masukkan campuran dalam besin tadi ke dalam periuk tebal. kacau (gune api yang paling besar, tapi kena kacau non stop takut hangit kat bawah) sampai kastard tu jadi pekat (bila angkat sudu, banyak kustard yang melekat pada sudu.)
4. Tutup api.
5. Tuangkan kastard tadi ke atas susunan kek tersebut. (tuang masa panas sebab kalau dah sejuk, dia akan set kat dalam periuk)
6. Didihkan 440 ml air.
7. Sambil2 tu, susun buah cocktail di atas kastard, tolak buah ke bawah supaya separuh buah timbul dan separuh lagi tenggelam di bawah kastard (ni pon buat masa kastard panas lagi)
8. Selepas air mendidih masukkan instant jelly. Masak selama 5 minit dan tutup api.
9. Tuang jelly ke atas kastard dengan senduk sedikit demi sedikit supaya x rosakkan kastard punya smooth surface.
10. Letak dalam peti ais bila trifle dah agak-agak sejuk.
12. jom makan (*_*)... enjoy (potong dengan pisau dulu, baru kaut dengan sudu, biar nampak cantik walaupon orang dan amik berkali2 =p)
Enchek model bermuka 'ketat' kat atas tu = adik an= enchek ajim=D. masa ni dia buat untuk 5 bekas plastik transparent. Kebetulan masa tu kawan dia nak datang rumah. Jadi, dia buat la trifle ni...
Slogan:
Resepi ini bersesuaian untuk Puan Shalin memasak kepada Incik Fahmi kerana resepi ini sesuai untuk pembuka selera, lebih-lebih lagi sebagai juadah berbuka puasa. Sangat sedap jika dimakan sejuk-sejuk dan yang paling penting ianya mudah disediakan. Golongan lelaki pun boleh mencubanya!