FOLLOWERS

Showing posts with label dekorasi. Show all posts
Showing posts with label dekorasi. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Lampu bling2 + remote!

Assalamualaikum

Pertama kali tengok lampu macam ni kat majalah IMPIANA... subhanallah... cantiknya!!!



nama lampu ni 'Fibre Optic Starry Ceiling'
rasa macam duduk bawah cahaya bintang kan?
huhu...



berangan... kalaula bilik an boleh letak lampu macam tu... huu...
haih... udah2 an... satu kerja plak nak bukak plaster ceiling bagai ha...
lagipun... duit awak berkepuk keee??
haha!!

pastu kan...
hujung minggu lepas
jalan2 cari barang lain, udahnya jumpa lain!

senang cerita...
Alhamdulillah… dah beli lampu bilik peranten!

Ada lampu biasa

Lampu LED

Dan kedua2nya...

Dapat 1 kaki pun jadi la…


saya soooka!
Dan yang paling penting…

*
*
*
*
*
*
*
*


Ade menda alah ni!
Makin malas la an nak bergerak… agaga…


An cari kat kawasan subang lama
(sebelah tol bukit jelutong-guthrie highway)

lampu=rm199
remote: rm80

harga cincai... siap upah pasang
rm260 =)

harap2 pasni boleh jimat elektrik.
takde dah isu 'malas nak bangun tutup lampu' lagi okey... hihi...

update kad kawen...
ade sesiapa lagi yang belum bagi alamat?
baik isi skrg... haha!
hrp dpt jumpa kalian di majlis an nanti, insyaallah... =D

Wassalam~

.: AN :.

Sunday, October 10, 2010

Wednesday, August 25, 2010

Rumah saiz S? Tak Jadi Masalah...

Assalamualaikum

Tengah survey perabot? Ok, jom layan youtube ni =D





Cuci mata di bulan puasa ni... Setakat berangan je... boleyla... huhu~

.: AN :.

Monday, August 23, 2010

Bakal suami siapa ea...

Assalamualaikum

Alhamdulillah... sudah 13 hari berpuasa...

Sudah masuk fasa ke-dua... sepatutnya momentum juga perlu berganda. Insyaallah kita cuba lipat gandakan amal makruf nahi mungkar sepanjang tempoh berada di madrasah ramadhan ni... =D

Ok... kesah hujung minggu lepas..

1) Tilam & Katil
Alhmdulillah... dah beli 2 benda ni. Kenapa an tak beli set? Almari? meja solek? etc? Ok, insyaallah lain masa an akan cari set perabot bilik pengantin. Cuma baru2 ni... kebetulan... parent dan adik an pun nak beli tilam gak.... jadi kami singgah 1 gudang tilam kat USJ (belakang summit). Memandangkan adik an dah pernah survey jnis katil & harga... jadi kami beli jnis ni

Harga kat kedai ni (katil saiz Queen) selepas diskaun =
Jenis 1= RM 639
Jenis 2= RM 860 (recommended)
Jenis 3= RM 1100

kalau tilam, dicadangkan untuk beli yang berkualiti. Kalau boleh, tak mau la pakai setahun dua... tapi dah rasa besi spring... tilam dah 'melendut' bagai ha... kan... Camnepun terpulang.. ikut bajet k?

Kalau set perabot tu... mahal @ murah... terpulang pada selera & bajet masing2... Mungkin yang mahal itu lebih berkualiti... Mahal pun ada standard kualitinya... Standard 1@2@3. Tapi sebab an pernah berdepan dengan 1 situasi... buat an ubah terus pemikiran an... Masa tu kami bergambar kat bilik sorang kawan yg kawen ni. Agaknye ramai yang excited nak bergambar dengan pengantin ATAS KATIL... Tetiba... PRAAKKK!!!! uih... katil pengantin patah! Dapat bayangkan tak camne muka kami yang terpatahkan katil tu....??? unsangkarable... Terkejut sebab katil tu dari KAYU JATI! yup... kayu jati.. puas kami minta maaf... memang kami saaaaaangat serba salah. Tapi... kawan an ni sangat cool + relax +senyum + ayat 'takpe korang, dun't worry... katil ni masih dlm warranty'... waa!! dia pula yang tenang2kan kami... sangat redhanya dia... Iyelah... kalau orang lain... (an la tu... huhu...) belum tentu lagi boleh jadi setabah dia... Memandangkan masa tu kami jadi bridesmaid dia... Jadi, masa dia bersanding... masa tu la kami alihkan katil yang patah... tinggikan tilam guna bantal2 kecik. Cam kata kawan an 'biar nampak fluffy'.. huu...

*** pengajaran ***
a) B2B... sila sediakan 1 tempat khas jika kawan2 nak bergambar di bilik pengantin. Seboleh2nya elakkan bergambar di atas katil. Mungkin cara 'taburkan silk rose petal' kat atas tilam tu boleh membntu. Iyela.. takkan ade orang yang tergamak nak duduk atas 'bunga2' tu kan... huhu.. Tapi... jika terjadi juga benda2 yang kita tak duga... sabar + redha ea... insyaallah ada hikmah yang besar disebalik kejadian tu...
Ok, ni tips beli perabot jati

b) jika kita sbg kawan yg datang kenduri... elak2kanlah bergambar kat katil kawan tu ea... Kat mana2 pun boleh bergambar kan... huhu... (an... pasni jgn buat perangai mcm hrtu lg... okei... =p)

2) Baju Nikah & Baju Walimah

Alhamdulillah... an dah fitting baju hari ahad lepas. Suka sebab designnya seperti yang an gambarkan. Cuma sedeh sket... sebab baju tu agak ketat (bukan sebab an 'mengembang' ea... ngee...). Syukurla dia buat basi lebih. Insyaallah kalau dh siap nnti dia akan call.

3) Baju keluarga
Asalnya cari kat JAKEL shah alam. Ade la sejam lebih kat situ... Tapi tak jumpa ape yang dicari. Jadi... 'lari' ke PAS@Plaza Alam Sentral. Alhamdulillah... jumpa! baju mak abah n adik2 dah selesai =D.

4) Official Videography
Minggu lepas untuk pertama kali... jumpa enchek OV. Jumpa + borak + tengok hasil kerja + bincang2 harga = Alhamdulillah... selesai... An pun dah bank in 1st deposit. Insyaallah 1 masa nanti an cerita enchek OV ni

Syukur... dah selesai beberapa perkara. Tapi... baaaanyak lagi kerja yang menunggu. Huhu... minggu ni kena fokus jahit baju raya. Huh~ mampukah??



** Alhamdulillah... hujung minggu lepas dapat terawih kat masjid negeri s.alam... 3 mlm berturut2 adik Muhammad Ahmad Zahid (Naib Juara AQ-4) mengimamkan solat terawih. ~sejuk hati~ merdunya suara dia.. bakal suami siapa dia ni ea... huhu...


Wassalam


.: AN :.


Tuesday, August 10, 2010

Hasil Tangkapan di Jalan Taiping

Assalamualaikum

Entri kali ni nak cerita tentang bunga telur. Asalnya nak DIY sendiri. Sebab masa gi SSF Sri Damansara ritu, dah terjatuh cintan kat bunga SSF yg jenis span ni. Masa pergi SSF, niatnya nak beli barang hiasan untuk gubahan hantaran je la… Bunga untuk wat bunga telur tu, KIV dulu.

Sampai kat rumah... mak an merangkap ‘vendor untuk hantaran’ (ngee...) terus wat cubaan 1...2...3... untuk hiasan bunga. Sambil-sambil mak cuba wat gubahan bunga untuk hantaran, mak ada gak cuba wat untuk bunga telur… Saje2 je… Tapi... lupe lak nak ambil gambarnya. Konklusi... Saye suuukeeeee!! =D

Tapi… ngenangkan kena pergi SSF balik… rase malas la pulak… sebabnya jauh… jalan sesak plak tu… huh~ Jadi… plan B…. mak ajak pergi Jalan Taiping…

Dipendekkan cerita… ni la tempat kedai bunga telur tu…
(tunggu kami keluar... barula die tutup kedai... huu...)

huh~ bertingkat2 ha… cari dan cari bunga telur yang bersesuaian dengan warna tema an… wah! Jumpa bunga telur yang pakai bunga span tu!

(SILA ABAIKAN SUSUN ATUR YANG BERSEPAH2 TU... HUU...)

Em… memanglah bunga telur jual ni sempoi je… tapi… bila fikir2 balik… rembat aje la… selesai satu kerja… Huhu… Harga pun Alhamdulillah… ikut bajet an =D

Pastu… ntah camne… ‘ternampak’ bakul2 hantaran kat sini… Oleh kerana rancangan asal barang hantaran tak melibatkan penggunaan bakul, jadi pandang sebelah mata je la… Cuma an tengok mak suka sungguh kat bakul tu. Jadi… mulut an ni ‘gatal’ la… tanya berapa harganya…


Untuk 1 set (3 bakul berlainan saiz) = RM 38. Tawar punya tawar… untuk 2 set… an dapat….

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
RM 60! (2 set = 6 bakul)

An tengok, mak an dah suka sangat.. jadi beli ajela… ikut ‘selera n idea’ mak… an tak kesah… lagipun, untuk anak die jugak… hahar…

Jumlah RM yang 'rabak' = RM210

Sebenarnya dia ada 2 kedai. Ni lagi satu kedainya

Yang baju kuning ni, namanya aini... sape2 yang boleh cakap jawe, boleyla ‘speaking’ ngan budak ni... Seronok beli barang ngan dia... lagi banyak kita ngomong jowo ngan dia... lagi banyak dia membantu beri pilihan dan harga yang best2. (Alah... kalau tak cakap jawe pun kompem2 gak la dia akan membantu gak kan... dah namanya pelanggan...) =D

Wassalam~

.: AN :.

Wednesday, August 4, 2010

Silk Rose Petal

Assalamualaikum
Ok, kita layan gambar jap...



An ingatkan selama ni wat pakai bunga ros hidup, then tabur je kat katil. Tapi... baru-baru ni bila kawan an buat guna bunga hidup, ia 'mengotorkan' ... sebab.. ianya mendatangkan kesan warna merah kat cadar.




sumber : enchek google

Bila google, rupe2nye ade gak artificial... Ade orang panggil bende ni = silk rose petal. Ade gak yg panggil soap rose petal. Dan.. rupa2nya ade macam2 jenis.








Ada sesiapa yang tau, kat mana nak beli benda ni ea? kalau kat kedai-kedai bunga, ada jual tak? Berapa RM eh?

.: AN :.