FOLLOWERS

Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Sunday, November 14, 2010

Hanya kerana saya 'rendang'...

Assalamualaikum

Maksud perkataan 'rendang' di sini bukan untuk menceritakan tentang sejenis makanan yang dihidang ketika hari raya... atau sejenis lauk yang dimakan bersama ketupat atau lemang (mentang2 la dah nak raye haji yer...)

Rendang di sini bermaksud... er... 'cute'... atau omputeh kate 'petite'.. (hah! taknak ngaku pendek!) hua!hua!!!


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Ok... ni sempadan untuk anda berhenti menggelakkan saya. Sebab lepas ni saya nak cerita tentang.... satu impian... yang hanya tinggal kenangan...


sebelum tu, jom layan gambar ni
(sila fokus pada kain sahaja)







cantik kan? kan? saya pernah veeerrrrrangan... mahukan kain seperti itu ketika hari pernikahan. Tapi, setelah berbincang dengan orang yang menjahit baju nikah... Dengan berat hatinya dia memberitahu saya...

'Design kain tu kurang sesuai dengan saiz badan awak... bla... bla... blaaaa..... awak comel, kalau pakai design kain macam tu, nanti badan awak nampak tenggelam.... bla... bla... blaaaaaa...'


ade la dekat 4-5 minit die explain pasal kain ja...


haha... kesian betul kat cik tukang jahit. bersusah payah nak mencari ayat yang sesuai.

kalau ayat paling senang nak faham...


'an, ko pendek. kalau pakai design kain tu, nanti nampak macam pokok bonzai bergerak'

hoho...

ok, nak cerita tu ja...

konklusi?
ukur baju di badan sendiri! (eh... sesuai tak? hah... hentam sajalah labu!)

wassalam~

.: AN :.