FOLLOWERS

Showing posts with label Islam Itu Indah. Show all posts
Showing posts with label Islam Itu Indah. Show all posts

Tuesday, December 17, 2013

Manusia datang dengan pakejnya (part 2)

Assalamualaikum

Andainya anda sudah melepasi fasa memilih pasangan dan sudah mendirikan rumahtangga
Alhamdulillah... syukur...
Separuh dari agama sudah terlaksana


Namun...
Jika kita sudah cuba menjaga rumahtangga sebaik mungkin
Tetapi... takdirnya...
Ikatan perkahwinan yang dibina terlerai di tengah jalan
Berkahwin itu menjadi sebab datangnya pelbagai masalah dan konflik dalam rumah tangga...
Percayalah
Allah Maha Mengetahui bahawa kita ‘perlukan’ ujianNya itu untuk memperbaiki diri menjadi hambaNya yang lebih baik
Bersabarlah... juga.. usahalah untuk memperbaiki diri
Doa dan tawakkal...

Juga...
jika jodoh anda masih lagi belum tiba sehingga kini...
Atau...
Jika permintaan tidak diperkenankan dalam tempoh terdekat...
sesungguhnya Allah mengetahui bahawa menangguhkan permintaan itu adalah yang terbaik untuk hambaNya
Kerana apa?
Kerana perancangan Allah Maha hebat... lebih hebat dari dunia dan segenap isinya...
Jadi
Bersangka baik padaNya
Jika kita merasakan kita sudah cuba menjadi perempuan yang terbaik
Sesungguhnya kita sangat beruntung kerana Allah telah menjauhkan lelaki yang tidak secocok dengan kebaikan yang kita ada... begitu juga sebaliknya
Mungkin juga... 'bersendirian' itu lebih baik dari dikurniakan suami yang buruk perangainya'...



(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
(An-Nuur 24:26)


”Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar kaki sunyi tanpa berjalan,
tapi jangan biar aqal sunyi tanpa ilmu
dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah SWT,”


Jadi...
Jangan putus asa...
Percayalah...
Allah sentiasa berada disisimu...




** teringat....
masa awal2 an beritahu pada kawan2 yang an akan berkahwin...
ada beberapa orang yang menangis...
menangis kerana terharu...
menangis kerana gembira...
juga menangis kerana tertekan dengan status 'solo' mereka sehingga kini...
malah... ada juga yang menangis kerana tertekan dengan masalah rumahtangga yang dihadapi.

mungkin peristiwa itulah menjadi penyebab an menulis entri ni...



muhasabah...
jika kamu gembira, ingatlah masa sukarmu
jika kamu bersedih, ingatlah nikmat2 yang telah Allah kurniakan padamu
bersyukur selalu.... =D






Wassalam~

.: AN :.

Saturday, January 29, 2011

Sederhana saja...

Assalamualaikum


pos berjadual
waktu ni mungkin an tengah siapkan kerja2 yang belum selesai
bila berkelapangan nanti, insyaallah an balas komen kalian, k? =D


insyaallah majlis kami sederhana sahaja...


mungkin lebih pada meraikan tetamu yang sudi hadir ke majlis kami...
kerana...
datangnya tetamu itu membawa BERKAT dan perginya MENGHAPUSKAN DOSA.


subhanallah...


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menghormati tetamunya. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia menyambung silaturahim.”

(Hadis riwayat Bukhari).
Buku Hadis 40-karya Imam Nawawi. hadis ke-15

Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:
” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”


(Muslim)

jemput datang ea! =D



***
cuba untuk menghargai setiap detik2 yang sedang dan bakal dilalui...
cuba untuk menghargai setiap insan yang pernah, sedang dan akan bersama diri ini...
cuba untuk bersyukur dengan setiap pemberian Allah SWT...
nikmat senang... juga nikmat susah...
kerana setiap yang berlaku...
Allah telah rencanakan hikmah yang besar untuk setiap hambaNya...
subhanallah...

** saat2 'genting' sebegini...
adakalanya menyebabkan diri ini lupa untk muhasabah diri

Ya Allah...
ampunkanlah kami jika kami terlupa atau tersilap...
bantulah kami untuk sentiasa berada di jalan yang diredhaiMu
Perkenankanlah permintaan kami
juga... peliharalah kami dari azab siksa api nerakaMu

semoga... hari ini lebih baik dari semalam...
ameen...


wassalam~

.: AN :.

Friday, January 21, 2011

istihdad vs brazillian wax

Assalamualaikum

Ok, entri kali ni tentang bedah buku lak
Tajuk buku 'Hadiah Buat Muslimah'
Panduan Asas Fiqh Wanita

Sebenarnya an pun tak habis baca lagi. Baru nak masuk bab 4
Tapi... saja nak kongsi ilmu yang an dapat dari buku ni

Salah satunya tentang Istihdad (detail? klik sini)

Istihdad? Ape tuh?
Maksudnya... mencukur bulu kemaluan, baik lelaki mahupun wanita


Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu, dia berkata:

وُقِّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيْمِ اْلأَظْفَارِ وَنَتْفِ اْلإِبْطِ وَحَلْقِ الْعَانَةِ أَنْ لاَ نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِيْنَ لَيْلَةً

“Ditetapkan waktu bagi kami dalam memotong kumis, menggunting kuku, mencabut rambut ketiak dan mencukur rambut kemaluan, agar kami tidak membiarkannya lebih dari empat puluh malam.” (HR. Muslim no. 598)



rasanya ramai yang dah tau tentang kepentingan cukur bulu di kawasan 'V' tu kan...
cuma... nak kongsi satu perkara yang...
mungkin ada di antara kita tak tahu tentangnya....



"Mencukur rambut kemaluan ini tidak boleh/haram dilakukan oleh orang lain, terkecuali orang yang dibolehkan menyentuh dan memandang kemaluannya seperti suami dan isteri."(petikan dari kitab Al-Majmu’ Syarhul Muhadzdzab 1/342, Fathul Bari 10/423)

Jujur an cakap...
an pun baru tahu tentang istihdad ni hanya boleh dilakukan
secara sendiri @ sesama pasangan suami isteri SAHAJA.
maknanya kan...
servis brazillian wax tu tak termasuk tau...
melainkan yang bagi servis tu suami/isteri kita...



takpelah... kita sama2 kongsi ilmu, k?
dari tak tahu pada tahu...
Insyaallah kita sama2 baiki diri...


*** hurm... tak tahu camne nak 'uruskan' kebersihan di kawasan cik 'V'?
boleh baca laman web kotex ni
banyak info dan tips!




Wassalam~

.: AN :.

Wednesday, January 19, 2011

Bila 'kepala hantaran' ditiadakan...

Assalamualaikum

Kepala hantaran = sirih junjung

sirih junjung berubah mengikut zaman

fuh... besar dan berat!

sirih junjung bentuk tradisional di zaman sekarang

gubahan ni cute kan?



Mak: An, kalau hantaran nanti takde sirih junjung... ok tak?
An: gulp! betul ke mak? lagi an suka!!
Mak: Betul la... mak dah bincang ngan abah. lagipun adat je kan... takde kegunaan pun kalau kita buat sirih tu. Sekarang mane ade orang makan ha. kita tukar benda lain, ok?
An: Suka!!!! (senyum sampai telinga!!)

Tentang sirih junjung ni... memang kena bincang elok2 dengan keluarga...k? Sebab... ada sesetengah keluarga yang memang pentingkan adat2 ni...
Alhamdulillah... mak abah an agak terbuka tentang adat ni...

Tapi kan...
Kalau ada yang saja nak takut2kan kita dengan 'kepentingan' sirih junjung ni... kononnya kalau takde sirih, nanti ade bala+malapetaka ke... toksah percaya... k? tu namanya khurafat.

Tu belum lagi kalau sirih junjung terjatuh la... sirih junjung perempuan lagi tinggi dari lelaki la... haih~ semuanya nak 'kepochi'... hua2...

Tapi...
Kalau Allah takdirkan...
KEBETULAN terjadi sesuatu yang tidak diingini... itu memang ketentuan Allah
dan ia TIADA kaitan dengan amalan2 khurafat tu...
Benda ni kita WAJIB percaya... Qada dan Qadar Allah... Rukun Iman tu...

Tepuk dada... tanya IMAN!! =D



Alhamdulillah...
Dah bincang ngan akhi.
Dia lagi suka...
So, kena cari barang lain nih...
Nak ganti ngan ape eh?
huhu...


Wassalam~

.: AN :.

Friday, January 14, 2011

Let's WIR@Wear It Right!

Assalamualaikum

mesti ramai yang pernah tengok poster ni kan?
rasa terpanggil gak nak promo benda2 baik ++ amal makruf ni =D

kredit tu sue anna joe, maera, reen...


klik untuk tumbesaran =)

"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:
"Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka".
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,
karana itu mereka tidak diganggu.
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
Surah Al.Ahzab (59)

"Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara kemaluannya,
dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya,
dan janganlah menampakkan perhiasannya,
kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka,
atau putera-putera mereka, atau putra-putra suami mereka,
atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka,
atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam,
atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki
yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)
atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan.
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".
Surah An.Nuur (31)
_____________________

kita selalu mengeluh...
kenapalah terlalu banyak masalah sosial sekarang ni kan?
lebih2 lagi 'ancaman' pada kita... kaum wanita... dah TERLALU banyak...
kes rogol, bunuh, gangguan seksual...
rasa tak selamat, rasa terancam... walaupun duduk dalam negara Islam
hmm... dah sampai masa kita tengok balik diri sendiri...
juga masyarakat sekeliling

amal makruf nahi mungkar...
dah jadi tanggungjawab WAJIB atas diri kita

peringatan untuk DIRI SENDIRI...
untuk semua perempuan... wanita... anak2 dara... mak dara...
lepas ni boleh jenguk2 wardrobe kita...
cara pemakaian kita...

B2B juga
(baju kahwin kita... menepati piawai syariat atau sebaliknya... k?)
untuk kebaikan kita juga... kan?

let's WIR@Wear It Right!
JOM! JOM!

Wassalam~

.: AN :.

Thursday, November 25, 2010

Manusia datang dengan pakejnya

Assalamualaikum

Mungkin dia seorang lelaki hartawan TETAPI dia juga kaki perempuan
Mungkin dia seorang lelaki yang bijak dan bergaji tinggi TETAPI dia juga si penipu dan suka berbohong
Mungkin dia seorang lelaki yang kacak lagi segak TETAPI dia juga kaki pukul
Mungkin dia seorang lelaki yang miskin TETAPI dia ringan tulang dan suka membantu orang lain
Mungkin dia seorang lelaki yang hodoh TETAPI dia sangat menghormati orang tua
Mungkin dia seorang lelaki yang hanya bekerja kampung TETAPI dia kuat imannya


Atau...

mungkin dia seorang lelaki yang kaya, kacak, baik hati dan berjawatan profesional... TETAPI hidupnya sentiasa sibuk. Kurang masanya untuk diri juga keluarganya

Atau...

mungkin dia seorang lelaki yang buruk rupa lagi pemalas. Tetapi cukup pandai mengambil hati dan menyusun kata-kata manis yang bisa mencairkan hati



Masyaallah...
sukarnya mencari lelaki sejati!
Lelaki yang lengkap pakejnya...
Lelaki idaman Malaya!



Istighfar...
Ingat kembali kejadian diri
Kerana...

Tiada manusia yang dilahirkan sempurna serba serbinya...



Hua... hua...

Hm..


Allah tidak akan beri apa yang kita mahu
Tetapi
Allah akan beri apa yang kita perlukan


"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.
dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu),
sedang kamu tidak mengetahuinya. "

Al-Baqarah:216



Ketika ini mungkin ada yang sedang diuji untuk membuat pilihan jodoh yang terbaik



Istikharah... berdoa... mintalah pada Allah sepuas-puasnya.... fimanNya:


“Dan apabila hamba-hambaKu bertanyakan engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk
Surah Al-Baqarah ayat 186



Subhanallah... Allah sangat2 baik kan?
DIA ada pada setiap waktu susah dan senang kita...
TAPI...
jangan lupa...
laksanakan segala suruhanNya... tinggalkan segala laranganNya...

Insyaallah...
Akan ada jawapannya =D


Wassalam~

.: AN :.

Tuesday, November 23, 2010

Panduan Solat Istikharah

Assalamualaikum

Pernah tak berhadapan dengan situasi camni... Kadang2 kita keliru antara dua@tiga atau terlalu banyak pilihan. Nak pilih A atau B ea? A best yang ni... B plak best yang ni... Compius2...

Ha... kalau dah kompius semacam... Seelok2ya kita solat istikarah... Tujuan solat istikharah ni dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan dilakukan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan.

Biasanya kalau nak pilih jodoh... memang digalakkan untuk solat istikharah ni

Hehe... tapi kan... sebenar-benarnya la...
Tujuan wat solat istikharah ni luas sebenarnya.... Contohnya kalau kita compius nak pilih pekerjaan yang terbaik untuk diri ke...nak pilih tempat kediaman ke... atau... em... macam2 lagi lah...

Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.

Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.

Sahaja aku solat istikharah dua rakat kerana Allah Taala

- Rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

Sesudah salam, bolehlah dibaca doa ini:



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).


Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan Penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.

Allah telah berfirman:


"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".



Wassalam~

.: AN :.

Friday, October 8, 2010

Pelembut hati

Assalamualaikum

(PERINGATAN! Amalkan ayat ni untuk tujuan yang baik-baik je ea...)

Dalam hidup ni kita jumpa ramai orang. Baik - jujur - rajin - kedekut - pemarah - keras hati.... etc.
Macam-macam perangai... macam-macam ragam kan?

Kalau yang baik tu... alhamdulillah.. moga kita mendapat manfaat bila berkawan dengan orang-orang yang baik ni. Tapi kalau yang pemarah, keras hati, cakap dia je yang betul, jenis manusia yang suka buat orang 'sakit jiwa' ni? Duh~ selagi boleh sabar, kita sabar la kan... tapi kadang-kadang kita pun sama-sama hangin gak! huhu...

Atau...
kita berdepan ngan situasi... semua orang baik-baik... tapi bila berbincang untuk selesaikan satu perkara, masih tak dapat keputusan. -BUNTU- Hm... Camne nak buat?

Ok... salah satu ikhtiar jika kita berdepan ngn situasi ni = doa pelembut hati. Agar dibukakan pintu hati dia untuk berubah ke arah yang lebih baik. juga dapat terima keputusan yang terbaik. Salah satu ayatnya:



“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya…”al-Isra’, 17 : 82


Juga... bacalah surah Taha

Semoga Allah lembutkan hati'nya'... Insyallah...



** Boleh juga baca ayat ni untuk diri sendiri... =D




Wassalam~

.: AN :.

Tuesday, September 28, 2010

Sujud syukur @ solat sunat nikah?

Assalamualaikum

Biasanya kita lihat camni...





Sebenarnya boleh juga seperti ini....

sumber



Tu tengah wat ape ea?

Namanya SUJUD SYUKUR. Kalau ikutkan gambar di atas, ia dilakukan selepas akad nikah. Istimewanya kerana itulah aktiviti pertama yang dilakukan selepas bergelar suami isteri... =)


Tapi... bukan ke ada solat sunat selepas nikah?

(Tidak ada solat khusus yg dinamakan solat sunat nikah. Cuma ada hadis Ibn Mas'ud (HR Ibn Abi Syaibah dgn isnad hasan) yg menyatakan sunat solat dua raka'at bersama isteri di malam pertama di mana suami menjadi Imam kepada isteri. Tujuan solat itu memohon keberkatan Ilahi supaya terhadap perkahwinannya. WaLlahu a'alam) sumber

juga... ulasan dari Dr. Asri Zainal Abidin



Owh... camtu rupanya... Em... camne cara nak wat sujud syukur ea? Ape niatnya?

Cara Mengerjakan Sujud Syukur:

Sujud syukur ini hanya dilakukan di luar sembahyang kerana ia tidak berhubungan dengan soal sembahyang. Syaratnya sama seperti sujud tilawah iaitu:
1. Suci dari segala najis di badan, pakaian dan tempat.
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat

Rukunnya pula ialah :
1. Berniat untuk sujud syukur
2. Membaca takbiratul ihram, ketika sujud
3. Satu kali sujud
4. Memberi salam sesudah duduk
sumber

niat dan bacaan:

(klik gambar untuk besarkan imej)


Ertinya: “Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya,
yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta”



Alhamdulillah... dah faham tentang sujud syukur kan? Harapnya lepas ni kita boleh amalkan sama-sama! =D

Wassalam~

.: AN :.

Friday, August 20, 2010

Kahwin vs Duit

Assalamualaikum

(**pss... post kali ni panjang berjela... harap mentalnya bersedia.. ngee...)

Bila ingat kahwin... mesti ingat duit
Kalau duit tak cukup? Alamat tak boleh kahwin la... waa!!!
Bukan sikit2 duit nak pakai untuk kahwin woo~
Hm... okie


Jom kita tengok kehidupan seharian kita
Berapa gajet yang kita ada?
Telefon? Ipod? Laptop?
GPS? Kamera digital eh... DSLR?
Pompuan ade yg suke PS2 tak? Kalau ada tu, kira sekali la... hehe...
Benda dah jadi fenomena... orang lain ada... kita pun kena ada gak, kan?
Pastu... kena la pilih yang branded... sebab yang branded tu berkualiti...
Kalau takde duit pun, mesti kena ada gak...
Sanggup la kumpul duit gaji bulan2

Kalau masih belajar, duit pinjaman/biasiswa la jadi sasaran
Takpe kalau tak beli buku... boleh pinjam kat perpustakaan
Tapi gajet harus ade... hokei~


Ok... Jom tengok almari/rak kat rumah plak
Handbag, shawl, baju, aksesori, kasut...
Make-up, toiletries, perfume...
Tengok2... belek2... Eh, ade lagi yang tak pernah pakai?
Bukan saje tak nak pakai kan...
Masa beli nampak ok, tapi bila sampai rumah, takde lak yang matching...
Owh~

Hujung minggu mesti keluar pergi SHOPPING... kan?
Awalnya niat nak ‘window shopping’
Sampai rumah, ade la 3-4 plastik barang yang kita beli... ngee...



Hm.... okay....


Tarik nafas jap...


Hummmph.... haaaaahh...


Relax~





Jom sambung balik
kalau mase2 tengah ‘insaf’ la kan...
Mesti kita terfikir.. kenapalah aku membeli ikut kehendak, bukan ikut keperluan...
Lebih mengikut nafsu melebihi dari pertimbangan akal...



Rasanya kalau kita wat kira2...
Berapa banyak duit yang sudah kita habiskan untuk beli dan bela barang2 ni ea?
Ada sesiapa yang pernah kira ea?


Kadang2 terfikir...
Agak2nya la...

Jumlah wang yang telah kita leburkan untuk melayan hobi2 kita ni...
Rasanya dah boleh mencecah 5 angka
Lagi frust kalau barang2 tu kita tak guna sampai sekarang... adoi~

Lagi sakit ati kalau teringat zaman2 masuk MLM+duit dah habis beribu lemon+tapi MLM tak menjadi = hampeh!



Mood..... menyesal~~ =(



Pastu baru terfikir...

Kan bagus kalau duit tu guna untuk perkara2 bermanfaat...
Dipendekkan cerita...
Salah satunya... belanja untuk kahwin la kan...


Huh... chop!

Dah nak raye ni...
Ingat2 sket bajet duit2 raye budak2 kecit yang beratur depan awak mase pagi raye k...
Waaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



**** Haha! ****


Realitinya... duit sentiasa menghantui diri... kan?


Bagi sesiapa yang sedang merancang untuk berkahwin... barakallah... teruskan perncangan anda
Semoga pernikahan itu menjadi kenyataan insyaallah
Bagi sesiapa yang masih ragu2...
(Kahwin = duit) menjadi isu utama


Ingatlah...
Nikah itu fitrah
Seperti mana anda memerlukan makan untuk hidup
Anda juga perlu bernikah untuk meneruskan fitrah hidup manusia
Yang perlukan hidup berpasangan berlainan jantina

Bukankah perkahwinan itu perlu ada kewangan yang cukup?
Belanja rumah, belanja anak, beli rumah, pendidikan anak...

Ya... memang banyak belanja


Tapi...

Bila waktunya duit kita akan CUKUP ea?
Kenapa kita tidak seiringkan kedua2 matlamat tu?
Bernikah sambil mencari nafkah...


Firman Allah SWT:

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."

An-Nur: 32


Allahuakbar

Terpukul rasanya dengan firman Allah ni

Maknanya Allah dah kata...
Akan ada lorong2 rezeki setelah bernikah
Sebelum tu... kena la buka pintu masuknya dengan cara menikah... kan...


Abu Bakar Ash-Shidiq ketika menafsirkan ayat itu berkata,

“Taatilah Allah dengan menikah. Allah akan memenuhi janjinya dengan memberimu kekayaan yang cukup.”


Al-Qurthubi berkata,

“Ini adalah janji Allah untuk memberikan kekayaan bagi mereka yang menikah untuk mencapai ridha Allah, dan menjaga diri dari kemaksiatan.”

(lihat Tafsirul Quthubi, Al Jami’ liahkamil Qur’an juz 12 hal. 160, Darul Kutubil Ilmiah, Beirut).


Rasulullah saw. pernah mendorong seorang sahabatnya dengan berkata,

“Menikahlah dengan penuh keyakinan kepada Allah dan harapan akan ridhaNya, Allah pasti akan membantu dan memberkahi.”
(HR. Thabarni).


Dalam hadits lain disebutkan: Tiga hal yang pasti Allah bantu, di antaranya:

“Orang menikah untuk menjaga diri dari kemaksiatan.”
(HR. Turmudzi dan Nasa’i)


Subhanallah...
Allah itu sangat2 baik kan...
Kita selalu risau ngn sesuatu perkara yang tak pasti...
Sedangkan Allah sentiasa ‘menawarkan pertolongan’ untuk kita...


Manusia akan marah kalau kita selalu meminta2 darinya
Tapi Allah sangat suka jika hambaNya selalu meminta2 dan berdoa kepadaNya...


Yang paling penting adalah kesiapan mental dan kesungguhan untuk memikul tanggungjawab tersebut secara maksima...


Ok... salah satu tip untuk dipermudahkan rezeki? klik sini

Buat B2B atau sesiapa yang membaca blog ni (walaupun an tau, blog cikai an ni tiade hape2... huhu...) jom kita renew niat. Minta agar Allah permudahkan urusan ini. Minta Allah jauhkan kita dari perkara2 maksiat yang boleh buat Allah murka + tak redha pada kita. Moga pernikahan ini sentiasa diberkatinya sehingga ke syurga, insyaallah...


Wassalam

.: AN :.

Wednesday, August 18, 2010

Pembuka Rezeki

Assalamualaikum

Selalu kita dengar orang mengeluh... (bukan orang lain je... kita pun sama... huhu!) '

'Duit keringla bulan ni'...

'Sorry beb, aku tak dapat join la... bajet bulan ni takde'...

'Mane la nak dapat duit lebih ni ea...'

dan... macam2 lagi la yg seangkatan dengannya... Baik yang dah berkahwin... mahupun yang bujang @ anak dara.... masalah duit sentiasa menghantui + buat kita mengigau.... huaaa....

Ok... agak2nya la.... ada tak cara yang dianjurkan oleh Islam agar rezeki kita dimudahkan? Ada tak ibadah yang dapat membantu kita untuk mempermudahkan rezeki?

ada atau... tiada?

jawapannya....











ADA

iaitu..









SOLAT SUNAT DHUHA


Kenapa solat dhuha dikatakan pembuka pintu rezeki?


Rasulullah bersabda di dalam Hadis Qudsi:

“Allah SWT berfirman:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat solat dhuha, kerana dengan solat tersebut, Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
(HR Hakim dan Thabrani)

Hadis Rasulullah SAW berkaitan solat dhuha antara lain :

“Siapapun yang melaksanakan solat dhuha dengan berterusan, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu sebanyak buih lautan.”
(H.R Turmudzi)

Hadis Nabi :

"Allah berfirman :
Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang ( Solat Dhuha ) nescaya pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir harinya ”
( HR.Hakim dan Thabrani )

kalau sekarang ni, waktu dhuha masuk pada pukul 7.41 am hingga sekitar 12pm. (waktunya berubah2 juga ea... cara nak tau masuk waktu dhuha = 20 minit selepas waktu syuruk) Cara Melaksanakan Solat Dhuha :

Solat Dhuha sekurang-kurangnya dua rakaat dan paling banyak ialah dua belas rakaat, dilakukan secara Munfarid ( tidak berjemaah ), caranya seperti berikut:

1. Niat dalam hati berserta dengan Takbiratul Ihram

2. Membaca doa Iftitah
3. Membaca surat al Fatihah
4. Membaca satu surah di dalam Al-quran. Afdhalnya rakaat pertama surat Asy-Syams dan rakaat kedua surat Al-Lail, tapi jika tak hafal, baca mana2 surah/ayat Qur’an lain pun boleh
5. Ruku’ dan membaca tasbih tiga kali
6. I’tidal dan membaca bacaanya
7. Sujud pertama dan membaca tasbih tiga kali
8. Duduk diantara dua sujud dan membaca bacaannya
9. Sujud kedua dan membaca tasbih tiga kali
10. Setelah rakaat pertama selesai, lakukan rakaat kedua sebagaimana cara diatas, kemudian Tasyahhud akhir. Setelah selesai maka membaca salam dua kali. Rakaat-rakaat selanjutnya dilakukan sama seperti contoh diatas.

Alhamdulillah... dah tau satu fadhilat solat sunat dhuha. Tapi... Bila solat... janganlah kita meletakkan target... 'kalau aku solat dhuha, pasti dapat banyak duit.' jangan camtu ea... harapnya kita dapat lakukannya dengan ikhlas TANPA syarat.

Sebabnya... jika Allah uji kita dengan tidak dipermudahkan rezeki walaupun sudah solat dhuha... takut2 kita putus asa dan menyalahkan amalan sunat itu tidak memberi apa impak. Sebab... mungkin dari sudut yang lain, Allah tidak kayakan kita dengan nikmat duit atau wang, tapi mungkin kita dikayakan dengan nikmat kesihatan, nikmat masa lapang, nikmat kasih sayang keluarga rakan2.... dan yang PALING PENTING... nikmat Iman dan Islam yang tak terhitung nilainya...

Jadi... BERSYUKURLAH atas semua nikmatNya... =D

Ok... sempena bulan ramadhan ni, jom kita tambah lagi 1 amalan sunat iaitu solat sunat dhuha. Semoga kita istiqamah (konsisten) dengan perkara2 yang disukaiNya, insyaallah...

Wallahu’alam.


.: AN :.

Sunday, July 11, 2010

Haramkah bersanggul tinggi atau bersanggul palsu ni?

Assalamualaikum...


Rasanya fesyen bersanggul tinggi dan bersanggul palsu ni semakin menjadi trend... kan? Lebih-lebih lagi saat menjadi Ratu Sehari... Katanya... kelihatan lebih 'cantik' dan 'elegan'... persis wanita Arab gitu... hurm?

Baik, mari kita kongsi hadith yang berkaitan dengan topik ni :

“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
– hadith riwayat Muslim. Hadith no 212.

sharing is caring, rite? Semoga... walau apapun yang hendak kita lakukan, terlitilah hukum hakam terlebih dahulu. Dahulukan syariat berbanding adat. Insyaallah kita terpelihara dan selamat. Semoga kita semua terhindar dari laknatNya... ameen... (^o^)Y

Wassalam~

.: AN :.