FOLLOWERS

Saturday, July 31, 2010

Rancang Wang Dalam Perkahwinan

Assalamualaikum

Bila lihat perancangan mengadakan majlis Walimatul Urus ni kan… an teringat kat satu ceramah yang disampaikan oleh Encik Haron Mohd Yusof atau nama penanya HAMDY. Ceramah tu bertajuk ‘Rancang Wang dalam Perkahwinan’. Ok, ni sedikit perkongsian nota MS PPT nya:
















Ini sebahagian dari nota MS PPT Encik HAMDY. Tapi kalau nak baca detail, boleh cari buku bertajuk Rancang HIDUP Rancang WANG’.


Secara keseluruhannya, an juga sukakan pendekatan atau cara penyampaian isi buku ni. Sebab ia berkonsepkan satu buku tapi cerita semua. Bermula dari Kehidupan Ini, Kerjaya, Merancang Kewangan, Mendidik Anak, Konsep Rezeki, Apa Ertinya Saya Memeluk Islam dan topik hangat... Hanya 60% Dividen ASB Halal. Jadi lepas ni, boleh la cari kat kedai-kedai buku. Buku ni terbitan IMEDIA. Sebarang info berkenaan buku ni juga boleh lihat di
http://www.rancanghidup.blogspot.com/

Wassalam~

.: AN :.

Friday, July 30, 2010

Al-Kisah... Baju Nikah dan Walimah

Assalamualaikum…

Memandangkan an tak jumpa butik/kedai Pengantin yang menyediakan khidmat sewa baju pengantin yang menepati ‘piawai’ diri, jadi an ambil keputusan untuk tempah baju nikah dan baju Majlis Walimah. Awalnya an berfikir… ‘nampak gayanya, kenalah berbelanja lebih sedikit jika tempah baju 1st hand ni’. Sebab setakat yang an survey, kebanyakan pakej yang menyediakan kelengkapan baju pengantin lelaki dan perempuan bermula dari harga RM1K keatas! Tu pun baju untuk satu majlis sahaja. Kalau 3 majlis? Takkan RM3K? Duh…

Mungkin ada yang pelik…

‘haih… berkira betul si an ni. Kahwin kalau boleh sekali seumur hidup… Takkan benda ni pun nak berkira…’

hm.. senyum… Sebenarnya kalau boleh… an cuba untuk bersederhana… Sebab bagi an, RM3K tu jika kita streeeeeeeeeeeeetch sepanjang yang boleh, cukup baaaaaannnyaaaak benda yang boleh dilakukan dengan $ sebanyak itu. Tapi… itula… benda ni sekadar jadi angan2 an sahaja, di samping doa yang tidak putus2 agar Allah permudahkan urusan ni.

Sehinggalah satu hari, an terbaca iklan promosi ‘dios astana’ dalam majalah Pesona Pengantin edisi Julai 2010 (gambar Acha). Teruja tengok harga baju Melayu pengantin (berpesak) dan seluar slack=RM150. Sampin, bengkung dan tanjak pula RM 50. Dan yang an lebih teruja… set baju songket lelaki dan perempuan serta sampin, bengkung dan tanjak (complete set) serendah RM 350. An tak fikir panjang, hujung minggu terus singgah ke dios astana@puchong prima.

Alhamdulillah… 3 jam di situ (sampai pening kepalo den nak pilih design baju.. huhu…) an tempah 3 baju:

1) Baju nikah (P) : harga tempah = RM 200 (kain an beli sendiri. 2 pieces, baju & kain + chiffon beaded & satin )
2) Baju Majlis Walimah (L) beserta set sampin, tanjak dan bengkung = rm 150 + RM 50 = rm200
3) Baju Majlis Walimah (P) : harga tempah = RM 180 (kain lace an beli sendiri, satin provided. 2 pieces, baju & kain + lace beaded & satin)

JUMLAH PERBELANJAAN DI DIOS ASTANA = RM 580.


Hehe… yup… simple aje design baju an. Mesti ramai yang dah pernah lihat baju Sabrina masa Majlis Walimahnya kan? An sukakan idea kain berombak (betulkan an kalau an salah eh… an main ikut ja cakap tukang jahit yang amik ukuran baju an tu.. tak tahu apa nama jenis jahitannya tu.. huu.. )


Sumber: sabrina

Scatch baju nikah tu, lupa plak nak ambil gambar. Hua2…

Kesemuanya persalinan yang akan dipakai ketika majlis di sebelah pihak an. Asalnya berminat untuk beli set baju songket tu, tapi… akhi minta agar majlis di sebelah pihak dia, biarlah dia dan keluarganya yang uruskan. Hm.. salah an juga, sebab sebelum ni memang kami dah buat keputusan sebegitu. Maafkan an… hm…

Ok, rasanya cukup setakat ni. Harap2nya baju tu menepati ‘QS’... ngee...

Wassalam~

.: AN :.

Thursday, July 29, 2010

Persiapan Perkahwinan - milestone

Assalamualaikum

Ni pula perancangan persiapan Walimatul Urus dalam bentuk milestone (terima kasih banyak2 Xora sebab sudi berkongsi perancangan yang sistematik ni! =D ).


Kalau diperhatikan dalam milestone tu, pembahagian masa menyiapkan kelengkapan majlis seperti tidak seimbang, kan? Sebabnya... Jika mak dan abah an ada rezeki, insyaallah mereka merancang untuk menunaikan fardu haji tahun ni. Jadi, jadual persiapan perkahwinan an juga perlu diselarikan dengan jadual mereka.

Sebolehnya an cuba untuk menyiapkan beberapa persiapan penting ni sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci. Memandangkan an anak sulung dan ini pertama kali rumah an mengadakan majlis kenduri kahwin, tidak dapat tidak penglibatan mak abah sangat2 diperlukan. Sebab tu la bulan September dan Oktober tu, progress agak lengang. Hanya berkaitan beberapa perkara yang insyaallah an boleh selesaikan sendiri. Huhu…

Harap2nya milestone ni dapat membantu an untuk menyediakan persiapan perkahwinan dengan lebih terurus dan tersusun, insyaallah...

Seperti kata akhi, ‘plan your work & work your plan’ =)

Ok, wassalam~

** Jika nak contoh salinan MS Excel ni, boleh tinggalkan alamat emel kat bawah ni ea… Harapnya dapat membantu B2B yang lain… Sharing is caring! (motto B2B.. ngee… ) =)

.: AN :.

Bajet Perkahwinan

Assalamualaikum

Rasanya ramai yang pernah lihat contoh bajet perkahwinan ni… baik untuk pengantin lelaki mahupun pengantin perempuan.

Ok, bajet yang ini ada sedikit ubahsuai dari an. An bahagikan kepada 3 perkara:
1) bajet
2) perbelanjaan
3) kredit/vendor

Ni pun secara umum je. Cuma ada sedikit sahaja perbezaan antara bajet lelaki dan perempuan. Jadi boleh rujuk pada MS Word ni:



Bajet Pengantin Lelaki


Bajet Pengantin Perempuan


Jika nak contoh salinan MS Word ni, boleh tinggalkan alamat emel kat bawah ni ea… Harapnya dapat membantu B2B yang lain… =)

Wassalam~

.: AN :.

Wednesday, July 28, 2010

Walimatul Urus... antara syariat vs adat

Assalamualaikum...

An pernah rasa buntu dalam usaha menyediakan kelengkapan untuk Walimatul Urus ni... Kenapa buntu? Hm... antaranya, buntu memikirkan...

1)Bagaimana suasana Walimatul Urus an nanti? Adakah ianya lebih tertumpu pada persiapan semata-mata, berbanding hikmah pembinaan Baitul Muslim itu sendiri?
2)Bagaimana mahu berlapang dada jika berdepan dengan situasi kita wajib mendahulukan syariat, tetapi dalam masa yang sama mahu meraikan adat dan pendapat sanak saudara, sahabat-sahabat dan mereka yang banyak memberi makna dalam hidup ini?
3)Bagaimana busana pengantin an nanti?
4)Kat mana nak sewa baju pengantin yang benar-benar 'lulus' ujian menutup aurat dengan sempurna?
5)Ada tak DJ yang menyediakan pakej yang benar-benar menepati syariat... tiada sesi karaoke, tarian2... atau sebarang konsep yang boleh membawa lagha?
6)Adakah an juga akan terjebak dengan sikap membazir lagi berlebih-lebihan dalam perlaksanaan majlis ni?


dan... macam-macam lagilah soalan yang menerjah pemikiran an. Rasanya topik berkenaan 'perlaksanaan Majlis Perkahwinan' ini seringkali menjadi topik hangat. Kerana realitinya... industri 'Majlis Perkahwinan' di Malaysia penuh dengan lambakan adat dan fesyen yang... kebanyakkannya tidak menepati piawaian syariat Islam.

Sedih rasanya bila melihat.. terutamanya ikhwah dan akhwat yang 'terpaksa' akur dengan kehendak semasa... Jujur an katakan, sebenarnya an tidak berani untuk berkata lebih... kerana an masih tidak selesai melalui fasa persiapan ini. Namun... dalam hati... an mengharapkan, semoga Allah memperkenankan permintaan hambaNya ini yang mendambakan sebuah perkahwinan yang diredhaiNya... yang mana seharusnya... ia bermula dari persiapan yang berlandaskan syariatNya... malah persiapan pembinaan individu Muslim juga harus berjalan seperti kehendakNya...

Buat bakal pengantin@B2B yang lain... adakah anda juga merasakan apa yang an rasa?? Apa yang anda lakukan? Harap ada yang sudi berkongsi hujah, pendapat, idea... atau apa-apa saja dengan an... =)

.: AN :.

Tuesday, July 27, 2010

Takrif Pos Baru

Assalamualaikum

Rasanya ramai yang dah tahu tentang takrif pos baru kan... memandangkan nak pos kad kahwin memerlukan setem, maka B2B pun perlulah tau juga tentang takrif pos ni kan...


hm... nampaknya lepas ni ade la yang menyusung kad kahwin mase kenduri kahwin kawan2... sambil2 boleh jimat $ setem! huhu...

wassalam

.: AN :.

Dengan Secara Kebetulan

Assalamualaikum

Sabtu minggu lepas, sis ajak pergi Janda Baik. Saja2... Kebetulan mak an outstation - ke Lumut. Jadi... apelagi... kemas barang dan chow! (sian abah... tinggal sorang2 kat rumah... ajim pergi memancing dgn officemate... ayim lak kerja...) huhu...

Sebenarnya dah lama auntie mun ajak sis datang ke situ. Cuma baru minggu lepas sis ada rezeki.. Bila dah sampai di Janda Baik, kami tersesat jalan... err... bukan sesat la... tersasar ke depan... sebelum tu, an ternampak 1 resort ni. Subhanallah... lawa sangat! dalam hati ni berkata2... 'bestnya kalau tu tempatnya...' huhu... tetiba auntie mun beritahu kami dah terlajak ke depan dan perlu patah balik... bila patah balik.... rupa2nya resort tadi tu lah tempatnya! subhanallah! seronoknya! wink!wink!




Memandangkan kami lambat sampai, apelagi... lepas jumpa auntie mun dan owner resort tu... terus tukar baju dan.... bumm!! terjun sungai! huh... sejuk! dan... rase t.e.n.a.n.g bila lihat ciptaanNya ni...~~



Malam lepas solat, makan dan sis siapkan MS PPT untuk esok, kami jalan2 sekitar kawasan tu. Pukul 12 baru kami tidur.

Sekitar pukul 5 am... ada slot Qiamullail... secara berjemaah. Kebetulan tempat ini juga ada menyediakan Dewan Terbuka yang bersebelahan sungai... Kesannya... subhanallah... dapat bayangkan tak bagaimana kita dapat nikmat solat taubat, tahajjud, hajat... sambil kedengaran bunyi deruan air dan unggas2 malam? subhanallah... tenangnya~~ bisa gugur air mata... T_T


Memandangkan sis ada pembentangan di Holiday Inn Glenmarie pukul 9 pagi, maka terpaksalah kami bertolak awal... (walaupun rase xpuas duduk situ! huhu...) Kalau ada rezeki, insyaallah 1 masa nanti an akan ke situ lagi... =)

detail? boleh singgah di blog ni: http://assakinahresort.blogspot.com/

wassalam

** boleh juga dijadikan destinasi berbulan bintang... bermuhasabah diri sambil melihat nikmat penciptaanNya... =)

.: AN :.

Thursday, July 15, 2010

Hand Flower

Assalamualaikum...

topik hari ni: bunga tangan =)





enchek google

cantik kan? memandangkan bunga tangan termasuk dalam pakej pelamin, jadi an akan reconfirm balik dgn vendor... jenis bunga tangan idaman... =)

ok! wassalam.

.: AN :.

Sunday, July 11, 2010

Haramkah bersanggul tinggi atau bersanggul palsu ni?

Assalamualaikum...


Rasanya fesyen bersanggul tinggi dan bersanggul palsu ni semakin menjadi trend... kan? Lebih-lebih lagi saat menjadi Ratu Sehari... Katanya... kelihatan lebih 'cantik' dan 'elegan'... persis wanita Arab gitu... hurm?

Baik, mari kita kongsi hadith yang berkaitan dengan topik ni :

“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
– hadith riwayat Muslim. Hadith no 212.

sharing is caring, rite? Semoga... walau apapun yang hendak kita lakukan, terlitilah hukum hakam terlebih dahulu. Dahulukan syariat berbanding adat. Insyaallah kita terpelihara dan selamat. Semoga kita semua terhindar dari laknatNya... ameen... (^o^)Y

Wassalam~

.: AN :.

Tuesday, July 6, 2010

Alhamdulillah... entri yang pertama

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah...
Akhirnya blog ni berjaya juga direalisasikan...

Penghasilan blog ini khusus untuk menceritakan perjalanan hidup seorang hamba dalam merealisasikan Maratib Amal yang kedua mengikut syariatNya, insyaallah...


Semoga akad nikah yang bakal terpatri adalah semata-mata keranaNya... diberkati dan dirahmatiNya... bahagia berkekalan sehingga ke hujung nyawa... ameen...
wassalam

.: AN :.