FOLLOWERS

Sunday, November 28, 2010

Entri edisi... 10 minit!

Assalamualaikum

Ok, update laju-laju
Assignment untuk induksi esok tak siap lagi!
Tapi... rase tak boleh wat keja kalau tak update blog (aih, boleh gitu?! B2B yang lain pernah rase macam tu gak kan? kan? ngee...)



Ape yang an dah buat seminggu ni?

Survey + beli + cuci2 mata... barang2 hiasan untuk bilik pengantin. Punyelah banyak tempat dah pergi, udahnye beli bantal2 gebu & langsir je! huhu...

Tempah tudung walimah. insyaallah satu masa nnti an wat entri tentang tudung =)

Selesaikan draf kad kahwin dan bunting.

Beli barang hiasan untuk meja guessbook (waa... bile tengok balik barang2 tu, rase macam nak buat baby shower lak... sungguh kebudak2an... uhuhu~)

Baca buku dan baca buku... Bila membaca buku2 motivasi + buku2 agama tentang alam perkahwinan ni.. Bila makin banyak membaca...rupa2nya banyak benda yang an tak tahu. Sibuk camnepun... memang kena selitkan juga masa2 untuk membaca ni. Harap2 boleh beri impak pada diri, insyaallah


Ok! dah abis 10 minit!
Wa.... gambo pun sekeping jak! tak berkaitan lak tu! Ish2...

** Esok an dah mula induksi. Doakan an boleh buat yang terbaik ea! Ameen...

Wassalam~

.: AN :.

Thursday, November 25, 2010

Manusia datang dengan pakejnya

Assalamualaikum

Mungkin dia seorang lelaki hartawan TETAPI dia juga kaki perempuan
Mungkin dia seorang lelaki yang bijak dan bergaji tinggi TETAPI dia juga si penipu dan suka berbohong
Mungkin dia seorang lelaki yang kacak lagi segak TETAPI dia juga kaki pukul
Mungkin dia seorang lelaki yang miskin TETAPI dia ringan tulang dan suka membantu orang lain
Mungkin dia seorang lelaki yang hodoh TETAPI dia sangat menghormati orang tua
Mungkin dia seorang lelaki yang hanya bekerja kampung TETAPI dia kuat imannya


Atau...

mungkin dia seorang lelaki yang kaya, kacak, baik hati dan berjawatan profesional... TETAPI hidupnya sentiasa sibuk. Kurang masanya untuk diri juga keluarganya

Atau...

mungkin dia seorang lelaki yang buruk rupa lagi pemalas. Tetapi cukup pandai mengambil hati dan menyusun kata-kata manis yang bisa mencairkan hati



Masyaallah...
sukarnya mencari lelaki sejati!
Lelaki yang lengkap pakejnya...
Lelaki idaman Malaya!



Istighfar...
Ingat kembali kejadian diri
Kerana...

Tiada manusia yang dilahirkan sempurna serba serbinya...



Hua... hua...

Hm..


Allah tidak akan beri apa yang kita mahu
Tetapi
Allah akan beri apa yang kita perlukan


"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.
dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu),
sedang kamu tidak mengetahuinya. "

Al-Baqarah:216



Ketika ini mungkin ada yang sedang diuji untuk membuat pilihan jodoh yang terbaik



Istikharah... berdoa... mintalah pada Allah sepuas-puasnya.... fimanNya:


“Dan apabila hamba-hambaKu bertanyakan engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk
Surah Al-Baqarah ayat 186



Subhanallah... Allah sangat2 baik kan?
DIA ada pada setiap waktu susah dan senang kita...
TAPI...
jangan lupa...
laksanakan segala suruhanNya... tinggalkan segala laranganNya...

Insyaallah...
Akan ada jawapannya =D


Wassalam~

.: AN :.

Wednesday, November 24, 2010

Berjangkit mimpi gak...

Assalamualaikum

Rasanya an pun dah 'berjangkit' ngan B2B lain. berjangkit ape? berjangkit mimpi pasal kawen ni ha!!
Ape yang an mimpi?

Uncle tmpat printing kad kawen tu terus jumpe an... pastu tanye...

'U bila mau kasi itu softcopy kad kawen ha?
Nanti u lambat hantar, tak siap ma...'

Waaa!!! Okay... salah saye....
Pulak tu... bangun je tido... orang yang an tempah kotak untuk doorgift lak call...

'Kak, bila nak tempah kotak? Akak nak berapa ea?
'Alamak... belum finalize la dik... insyaallah bulan 12 nanti akak cnfirm balik'

Orang lain dok sibuk call@msg nak update kad, doorgift etc... tanya dah siap ke belum...
An lak main bertangguh kerja2 kawen ha
Uit cik an... nak kawen ke tak?
Lagi 2 bulan lagi weyh!!!
Gugu~~

Akhi pun dah mula risau...
Syukurla dia dah siapkan peta rumah untuk kedua2 pihak...
wink! wink!
suka2! sebelum ni an wat... comot ya amat...
udahnya akhi tolong wat kat MS visio... =D





Okay2... an tau... peta umah an memang complicated! beza sangat ngan peta nak gi umah akhi... takpe2... mase wat petunjuk jalan nanti, insyaallah an letak dari federal highway...! waa!! giler kentang semangatnye ha! (haha! rase nak gelak dulu budak pompuan ni.... tengok la... ntah hape la hasil die tu nanti.. huu...)

An dah siapkan design kad bhgn hadapan dan jemputan untuk pengantin lelaki dan perempuan. Tapi belum finalize lagi. tunggu akhi komen dan tambah pape yang patut

Ok, nak update tu ja...
Hari ni kena gi pejabat. Amik surat2 cintan dari kerajaan. Minggu depan insyaallah an induksi! Wuh~ Siapla... bercintan nak bukak buku... siapkan assignment + nak exam ni... Doakan yang terbaik untuk an ea! An pun doakan yang terbaik juga untuk kalian... insyaallah... =D


Wassalam~

.: AN :.

Tuesday, November 23, 2010

Panduan Solat Istikharah

Assalamualaikum

Pernah tak berhadapan dengan situasi camni... Kadang2 kita keliru antara dua@tiga atau terlalu banyak pilihan. Nak pilih A atau B ea? A best yang ni... B plak best yang ni... Compius2...

Ha... kalau dah kompius semacam... Seelok2ya kita solat istikarah... Tujuan solat istikharah ni dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan dilakukan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan.

Biasanya kalau nak pilih jodoh... memang digalakkan untuk solat istikharah ni

Hehe... tapi kan... sebenar-benarnya la...
Tujuan wat solat istikharah ni luas sebenarnya.... Contohnya kalau kita compius nak pilih pekerjaan yang terbaik untuk diri ke...nak pilih tempat kediaman ke... atau... em... macam2 lagi lah...

Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.

Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.

Sahaja aku solat istikharah dua rakat kerana Allah Taala

- Rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

Sesudah salam, bolehlah dibaca doa ini:



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).


Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan Penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.

Allah telah berfirman:


"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".



Wassalam~

.: AN :.

Friday, November 19, 2010

Kasut tumit tinggi... buat saye takot!!

Assalamualaikum

Cantik! cantik!
Tapi kan... ada fakta yang tak best tentang pemakaian kasut tumit tinggi ni...


FAKTA : Risiko kasut tumit tinggi

* Jejaskan peluang untuk dapat anak
* Punca rambut gugur
* Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita
* Sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit
* Boleh sebabkan pening kepala, gangguan haid




Ni plak yang akan jadi kalau pakai kasut tumit tinggi yang tirus di hadapan


Sumber bacaan lain tentang kasut tumit tinggi:




*** aiyoh... baru je tempah kasut kat Gavy... gugu... takotnye!!! =(

Wassalam~

.: AN :.

Wednesday, November 17, 2010

Raya orang bujang

Assalamualaikum

Rasanya ramai yang dah sampai kampung masing-masing... kan? Nampaknya tahun ni an dan adik2 beraya di sini ja. Adik2 cuti satu hari. Tapi petang ni insyaallah akan ziarah rumah pakcik yang sekangkang kera je dari rumah an ni. hehe...

Orang lain masak, rumah ni pun harus masak okei. Malam tadi mau macam bersilat kat dapur nak menyiapkan rendang semata je. Tu pun sebab lauk jiran sebelah dah menyengat masuk ke kawasan rumah an. Aduhai~ mane boleh jadi... kite pun kena masak gak! huhu...



Abaikan tone warna yang berbeza. Satu pakai kamera, satu lagi pkai handphone


Malam tadi (abaikan gak adik an yg tengah khusyuk makan tu... huhu...)

Pagi ni

Haha! ringkas ja... raya orang bujang... huhu...



Rasa lain sket pagi ni... Iyela... biasanya kalau pergi masjid... mesti jalan sama mak. Hm...


Usai solat... salam2... tersempak ngan jiran yang sorang ni.. Borak2 jap... Lama rasanya tak jumpa dia... awak nampak sangat cantik bila berbusana macam ni... =D



Buat elyana dan pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan hujung minggu ni...

Barakallah! Semoga berkekalan sehingga ke syurga! =)





Buat rakan2 bloggers dan tetamu walimahpedia...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!
** MAAF ZAHIR BATIN **


'Daging (haiwan korban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya adalah ketakwaan kamu, Demikianlah Dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia berikan kepadamu. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.'

(surah al-Hajj: 37)




** muhasabah hari raya aidiladha... medan untuk an jadi lebih berdikari... Kena tingkatkan lagi persiapan diri. Lebih2 lagi nak masuk fasa alam perkahwinan ni. Hm... cantiknya perancangan Allah tu kan? Subhanallah~

Wassalam~

.: AN :.

Tuesday, November 16, 2010

Jom puasa Arafah!

Assalamualaikum...

Mulai dari semalam... Mak abah an dah mula wukuf di arafah... 1 hari setengah. hari ni bermalam di muzdalifah dan esok terus ke mina... 2 hari 2 malam. mohon doa... semoga mak abah dan semua jemaah haji dipermudahkan urusan mereka dan memperoleh haji yang mabrur... ameen...

wukuf di arafah

bermalam di muzdalifah

melontar di mina


Bagi sesiapa yang berkesempatan, jangan lupa untuk berpuasa pada hari Arafah!

Hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;

“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang”
(Riwayat Imam Muslim).


ini kerana kelebihannya ialah dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang akan diampunkan
( hadis riwayat Imam Muslim)……AbuAqil Adnan

Nabi s.a.w. bersabda;

“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah”
(Riwayat Imam Muslim).


** hari Arafah = 16 November (9 zulhijjah) = hari ni...

Wassalam~

.: AN :.

Sunday, November 14, 2010

Tri-Shutter Album untuk dirembat!!

Assalamualaikum

Ok... ni satu lagi blog yang wat giveaway...
Hanya untuk warganegara Malaysia.
Tarikh tutup: 31 Disember 2010.


Hadiahnya? Tri-Shutter Album yang saaaaangat chantek!!



detail? klik sini

cantik kan? boleh jadi decor kat bilik pengantin... boleh gak jadi props mase post wedding!
(verrrannnnngaaaan mode**)

apelagi? jom ramai2 terjah blog ni! mane tau.... ade rezeki boleh menang... kan? =D

Wassalam~

.: AN :.

Hanya kerana saya 'rendang'...

Assalamualaikum

Maksud perkataan 'rendang' di sini bukan untuk menceritakan tentang sejenis makanan yang dihidang ketika hari raya... atau sejenis lauk yang dimakan bersama ketupat atau lemang (mentang2 la dah nak raye haji yer...)

Rendang di sini bermaksud... er... 'cute'... atau omputeh kate 'petite'.. (hah! taknak ngaku pendek!) hua!hua!!!


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Ok... ni sempadan untuk anda berhenti menggelakkan saya. Sebab lepas ni saya nak cerita tentang.... satu impian... yang hanya tinggal kenangan...


sebelum tu, jom layan gambar ni
(sila fokus pada kain sahaja)







cantik kan? kan? saya pernah veeerrrrrangan... mahukan kain seperti itu ketika hari pernikahan. Tapi, setelah berbincang dengan orang yang menjahit baju nikah... Dengan berat hatinya dia memberitahu saya...

'Design kain tu kurang sesuai dengan saiz badan awak... bla... bla... blaaaa..... awak comel, kalau pakai design kain macam tu, nanti badan awak nampak tenggelam.... bla... bla... blaaaaaa...'


ade la dekat 4-5 minit die explain pasal kain ja...


haha... kesian betul kat cik tukang jahit. bersusah payah nak mencari ayat yang sesuai.

kalau ayat paling senang nak faham...


'an, ko pendek. kalau pakai design kain tu, nanti nampak macam pokok bonzai bergerak'

hoho...

ok, nak cerita tu ja...

konklusi?
ukur baju di badan sendiri! (eh... sesuai tak? hah... hentam sajalah labu!)

wassalam~

.: AN :.

Friday, November 12, 2010

Teaser baju nikah =D

Assalamualaikum

Teaser baju nikah (ahaha.. teaser la sangat... )



Bila bincang ngan akhi, kami sepakat untuk pilih warna krim. Design baju an wat kebarung moden. Simple. Sebab manik dah agak sarat di bahagian hadapan. Kain an wat bentuk A-line ja... Baju akhi pun memang cari yang kosong saja tanpa jahitan kerawang di lengan dan leher. Lepas nikah insyaallah boleh pakai lagi baju tu. Tak lah segan sangat n nampak macam 'baju kawen'

Alhamdulillah... selesai baju nikah + veil. Tudung an tak beli lagi. Masih kompius... Kalau boleh nak cari jenis kain chiffon (eh... betul ke chiffon ea? huu....) bentuk selendang. Macam selendang pink yang Datuk Siti pakai ni...

pss... sila fokus pada slendang pink shj ea... baju an tak se'vogue ini... huhu...



An nak cari warna krim...


setakat ni tak jumpa lagi... rasanya... lagi susah nak cari tudung berbanding bajunya... uhuhuuuuu.... hmm... ada sesiapa yang tau... kat mane boleh cari selendang tu warna krim ea?


Wassalam~

.: AN :.

Tuesday, November 9, 2010

Persiapan majlis kahwin vs persiapan berumahtangga

Assalamualaikum

Kebiasaannya
Berbulan-bulan malah bertahun-tahun memikirkan persiapan majlis perkahwinan
Baju Kahwin, Barang Hantaran, Kad Jemputan, Doorgift, Katering, Pelamin… etc….
Cari-cari… survey-survey…
Nak pastikan dapat barang dan servis yang teeeeerrrrrrrrbaik tapi harga mesti berpatutan (berkualiti tapi murah... haa... mane nak cari tuh? Huhu...)
Status persiapan majlis kahwin?
Erm... 40% kot... alhamdulillah... (tp sebenarnya an cuak sebab banyak benda tak selesai lagi!! uh~)

Ok...
Selesai satu perkara

Jom tengok persiapan berumahtangga pula
Camne persiapan bertukar status menjadi seorang isteri? Dan ibu?
Dah ade contoh checklist ‘isteri’ dan ‘ibu’?
(aisy... bab2 tettttt xmau cerita kat blog umum ni ea... =p)

Tugas lain?
Takkan nampak tugas masak, basuh baju, kemas rumah, beranak, jage anak ja kot?

Emm.. ape lagi ea??
Err... aaa... emm.... BLURR!!


Realitinya…
Majlis kahwin tu hanyalah 2-3 hari saja SEDANGKAN berumahtangga tu kalau boleh seumur hidup!

Jadi... Mana yang sepatutnya kita perlu dahulukan?

Ok, soalan tu takde skema jawapan... Masing-masing ada pandangan tersendiri kan...

Hm… Bila tengok ticker tu makin menyusut… rasa makin gelabah memikirkan apa lagi persiapan yang tak selesai, kan? Ok, Kali ni tak mau update ‘persiapan majlis kahwin’. Insyallah nak update ‘persiapan menuju alam rumahtangga’… mungkin secara ringkas ja. Saye tak khatam ilmu rumahtangga lagi… (sampai bila2 pun takkan abis belajar ilmunya...kan...) huu…

Camne nak tahu persiapan yang sepatutnya sebelum berumahtangga?
Mungkin kita boleh bertanya pendapat, berkongsi kisah/tips/panduan dari orang yang sudah berumahtangga… Mugkin dengan cara baca buku yang berkenaan… kalau nak lebih santai, mungkin boleh follow blog mereka yang sudah berumahtangga. Hm.. ade cara lain tak ea?

Alhamdulillah an dapat banyak info hasil dari cara-cara tu. buat masa ni an sedang cuba habiskan beberapa buah buku berkenaan alam rumahtangga. An lebih suka buku-buku yang berkonsepkan penceritaan, kronologi… lagi best kalau diselitkan dengan dalil al-Quran dan hadis juga fakta yang berkaitan dengan kisah tu.


Alhamdulillah, akhi pun suka hadiahkan buku dan cadangkan baca beberapa buah buku yang bagus. Banyak membantu an mencari dan membaca buku-buku yang bersesuaian. Harap dapat habiskan baca buku-buku ni sebelum walimah, insyaallah.

Ok, xberniat nak wat sinopsis bagi setiap buku yang an baca. Cuma an berminat nak kongsi 1 petikan dari buku 'Denyut Kasih Medik' ni:


"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami

dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami

dan tetapkanlah pendirian kami,

dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

( Surah 'Ali-Imran : 147 )

Wassalam~

.: AN :.

Monday, November 8, 2010

Surat Terdenda

Assalamualaikum

Bulan kenduri kawen sudah bermula! (hah... macam wat promosi le plak! huhu...) Rasanya hujung minggu bulan 11 dan 12 ni dah mula penuh dengan jemputan kenduri... kan? Kad kawen pun dah mula datang secara pukal! huhu...

Tapi kan...
Baru2 ni an ade dapat satu notis...

SURAT TERDENDA...
'Satu surat beralamat kepada tuan/puan (cik ea...hihi...) yang terdenda sebanyak 60sen ada tersimpan di pejabat pos yang tersebut di atas. Bla... bla... tempoh menuntut surat... bla.... bla...
Sekian, terima kasih'

Agak2nya... surat ape ea? An rasa... kad kahwin ni... nampaknya an tak boleh nak tuntut surat tu... sebabnya... masa hari bekerja, an di rumah sewa. hujung minggu ja baru balik rumah mak abah. rasa kesian kat pengirim... penat2 dia siapkan kad... tapi... tak dapat sampai pada penerima...

Jadi... buat B2B... pasni dah kena ambil perhatian ea... harga pos dah naik. mungkin tak jadi masalah untuk penerima bayar denda tu... cuma... adakalanya kita tiada masa nak luangkan masa pergi menuntutnya. Iyala... masing2 ada kekangan tersendiri... kan?

Kalau anda fikir nak berjimat dan mengharapkan pejabat pos boleh 'lepaskan' kad anda... fikir2kan juga risiko kad anda bakal terperap di situ... kan? peringatan untuk diri an juga...

Wassalam~

.: AN :.

Friday, November 5, 2010

Nota pokok

Assalamualaikum

Biasanya orang buat dalam bentuk buku kan? kalau gantung je kat pokok? ha.. jom layan gambar2 ni...






nak meriah lagi?
owh.... ade je....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

huhu

Wassalam~

.: AN :.

Thursday, November 4, 2010

Blogger Award

Assalamualaikum...

Segan sebenarnya... sebab blog ni tak seberapa... tapi... kalau orang nak bagi, kite amik aje la... kan? huhu...

Trimas kat:

Aya (http://thepansyprincess.blogspot.com/)

Lala (http://hanyakisahkita.blogspot.com/)

sebab sudi bagi award ni...


wink ! wink!

Alkisah... sebenarnya award ni diberi pada 'Dalam Hati Ada Taman'... Tapi... dengan tak malunye... Walimahpedia menggatal nak tolong claim... huhu...

Ok, Syarat-syarat award ni:

1) Thanks the person who give you this award- done
2) Link that person at your blogroll- done
3) Spread to 15 blogger which you think awesome- nak bagi kat semua orang yang baca entri ni... tak kira... nak gak! =D

4) Tell 7 things about yourself:

- Boleh panggil saya an... =D
- Pendiam... tapi... kalau ngn B2B... jadi peramah lak
- FB an makin bersawang sejak dua menjak bergiat aktif ngan blog2 kawen ni
- Blogwalking kat blog2 B2B + wifey + mommy... hobi baru an!
- Selalu bersemangat waja nak DIY barang kawen! semangat2! owh... silap2... an tulun bagi semangat kat mak untuk tolong siapkan DIY tu... uhuhu... (rindu banget kat mak abah... huk.. huk..)
- Tak suka kasut tumit tinggi. seyes tak suka... tapi, mase B2B's wed... boleh lak malam tu menggagahkan diri beli sepasang & sarung masa pegi majlis ha...
- Tak gemar warna pink... boleh ngantuk kalau dok tgk je... tapi... entah camne ntah... baju kawen an warna pink!

Memangla fasa ke alam perkahwinan ni benar2 mengubah diri an! huhu...

Wassalam~

.: AN :.

Pindah Blog... ++ Majlis Walimah Xora & Zaila

Assalamualaikum

Alhamdulillah… usai berpindah ke url baru… http://walimahpedia.blogspot.com/

Gerun jap bila senarai blog B2B saye hilang! Uhh… mula la proses jejak kaseh… ni pun ade gak url B2B yang an dah tak jumpa… =( Jika sudi… harapnya url blog B2B yang tiada dalam senarai blog list an dapat tinggalkan url blog kat sini ea… trimas! =D )


Sekitar majlis Xora







Sekitar majlis Zaila








balik je dari majlis, terus singgah pameran buku karangkraf. diskaun 30-60%!



Buku yang diborong +++ dapat novel percuma!
total? bawah RM 100 =D



Alhamdulillah.. walaupun penat... tapi menyeronokkan! seronok sangat dapat jumpa pengantin & B2B + exB2B! Harap2nya lepas ni kita boleh berjumpa lagi!


*** Maaf eh… rasanya an yang paaaaaaaaling lambat update cerita tentang majlis Xora & Zaila… Tu la… orang lain update cerita baru… an lak sibuk2 nak tukar url baru… hua… hua…

** Adoi… tak tenang kalau tak bagitau B2B… Ok… bukak cite yang sebenar. Sebab tukar url?

Saye segan okei… satu masa nanti blog ni bakal kantoi ngan
encik bakal suami@keluarga@kawan2 realiti saye…

Hah?? An? ‘Dalam Hati Ada Taman’???
Err.. gulp!!

Abisla ilang macho saye… Boleh bayangkan dah muka2 sape yang akan gelak guling2 depan an ha… Gugu… boleh ‘jadi bahan’ seumur hidup tu… okey… tengah sengal jap… abaikan
.
.
.
.
.

Ha…. Haip! Tak mo gelak! Nak gelak, gi jauh-jauh sket… gugu…
.
.
.
.

Babai Dalam Hati Ada Taman!

Ehem2… ‘Saya an… dari walimahpedia.blogspot…. awak??’ haha!

Wassalam~

.: AN :.