FOLLOWERS

Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Tuesday, December 17, 2013

Manusia datang dengan pakejnya (part 2)

Assalamualaikum

Andainya anda sudah melepasi fasa memilih pasangan dan sudah mendirikan rumahtangga
Alhamdulillah... syukur...
Separuh dari agama sudah terlaksana


Namun...
Jika kita sudah cuba menjaga rumahtangga sebaik mungkin
Tetapi... takdirnya...
Ikatan perkahwinan yang dibina terlerai di tengah jalan
Berkahwin itu menjadi sebab datangnya pelbagai masalah dan konflik dalam rumah tangga...
Percayalah
Allah Maha Mengetahui bahawa kita ‘perlukan’ ujianNya itu untuk memperbaiki diri menjadi hambaNya yang lebih baik
Bersabarlah... juga.. usahalah untuk memperbaiki diri
Doa dan tawakkal...

Juga...
jika jodoh anda masih lagi belum tiba sehingga kini...
Atau...
Jika permintaan tidak diperkenankan dalam tempoh terdekat...
sesungguhnya Allah mengetahui bahawa menangguhkan permintaan itu adalah yang terbaik untuk hambaNya
Kerana apa?
Kerana perancangan Allah Maha hebat... lebih hebat dari dunia dan segenap isinya...
Jadi
Bersangka baik padaNya
Jika kita merasakan kita sudah cuba menjadi perempuan yang terbaik
Sesungguhnya kita sangat beruntung kerana Allah telah menjauhkan lelaki yang tidak secocok dengan kebaikan yang kita ada... begitu juga sebaliknya
Mungkin juga... 'bersendirian' itu lebih baik dari dikurniakan suami yang buruk perangainya'...



(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
(An-Nuur 24:26)


”Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar kaki sunyi tanpa berjalan,
tapi jangan biar aqal sunyi tanpa ilmu
dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah SWT,”


Jadi...
Jangan putus asa...
Percayalah...
Allah sentiasa berada disisimu...




** teringat....
masa awal2 an beritahu pada kawan2 yang an akan berkahwin...
ada beberapa orang yang menangis...
menangis kerana terharu...
menangis kerana gembira...
juga menangis kerana tertekan dengan status 'solo' mereka sehingga kini...
malah... ada juga yang menangis kerana tertekan dengan masalah rumahtangga yang dihadapi.

mungkin peristiwa itulah menjadi penyebab an menulis entri ni...



muhasabah...
jika kamu gembira, ingatlah masa sukarmu
jika kamu bersedih, ingatlah nikmat2 yang telah Allah kurniakan padamu
bersyukur selalu.... =D






Wassalam~

.: AN :.

Sunday, December 19, 2010

Darah manis?

Assalamualaikum

Darah manis?


Owh... bukan sebab 'darah' tu rasanya manis berperisa strawberi, cokelat, vanilla pink2 menyebabkan semut suka harung... huhu...
Darah manis tu merujuk kepada mereka yang sedang mengikat tali pertunangan. Yang menghitung hari untuk melangsungkan hari perkahwinan.

Orang2 tua selalu pesan supaya kita lebih berhati2... masa 'darah manis' ni, macam2 perkara boleh jadi
Hurm... entah betul atau tidak... kan?

tapi rasionalnya... dugaan dalam tempoh pertunangan ni sangatla mencabar ye...
tetiba masa bertunang TERexcident la, TERhampir lemas la, TERkerat jari la...
Aduyai...
Lagi tragis lagi bila...
masa ni la ada orang lain nak masuk meminang,
encik tunang pula kena 'kacau' ngan pompuan lain,
tak pun bergaduh macam kena ribut taufan sampai nak putus tunang bayar ganti rugi saman malu tikam sana sini bla... bla... bla... nauzubillahi minzalik!! minta dijauhkan...

Sebab tu la kalau boleh tempoh bertunang tu janganlah terlalu lama.
tu baru dugaan masa tempoh bertunang... sedangkan cabaran hidup selepas berumahtangga pun lebih hebat lagi kan?

tapi itu bukan jadi alasan untuk mengelakkan diri dari melaksanakan separuh dari tuntutan agama ini...
lagipun... mungkin ada hikmahnya kenapa ujian2 ini 'dihadiahkan' kepada kita.

Teringat pesan akhi...
mungkin ujian tu nak mengingatkan diri kita... muhasabah diri... Mungkin selama ni kita 'terlalu' menyayangi makhlukNya sehingga kita lupa padaNya yang mencipta rasa cinta, kasih dan sayang ni...
Mungkin juga sebagai peringatan pada kita... yang dah semakin lalai dan leka dengan cinta manusia sehingga lupa tanggungjawab kita sebagai hamba padaNya

Firman Allah:
Katakanlah: “jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNYA dan dari berjihad di jalan NYA, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA“. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
(surah At-Taubah: 24)

Jom muhasabah diri... perbetulkan balik amal2 soleh yang terlopong di sana sini. Solat... puasa... qiamullail... tutup aurat... amal jariah... dakwah... semuanya...
kerana... Jika kita mencintai Allah, maka Dia akan mencintai kita, dan memerintahkan SELURUH makhluk-Nya untuk mencintai kita.

Seronoknya jika seluruh makhluk, baik makhluk yang tampak mahupun makhluk ghaib yang tak kelihatan, semuanya mencintai diri kita. (bukan maksudnya cinta' yang tangkap angau tu ea... huhu... cinta kat sini bermaksud rasa sayang sesama makhluk , sentiasa ingin berbuat baik dengannya dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya, wallahu'alam...) Semuanya akan mencintai kita jika berhak dimuliakan lantaran kita mencintai Allah, Tuhan kita dan Tuhan seluruh makhluk itu.

Dahsyatnya cinta suci ini dibenarkan Rasulullah SAW:

Ketika Allah mencintai seorang hamba, Allah menyeru kepada malaikat Jibril, “Hai Jibril, sungguh Allah mencintai si Fulan, maka cintailah ia olehmu!” Jibril pun mencintainya. Kemudian Ia menyeru kepada seluruh penduduk langit, “Sungguh Allah mencintai si Fulan, maka cintailah ia oleh kalian!” Ia pun dicintai oleh penduduk langit. Setelah itu, ia diterima di muka bumi.

Ketika Allah membenci seorang hamba, Allah menyeru kepada malaikat Jibril, “Hai Jibril, sungguh Allah membenci si Fulan, maka bencilah ia olehmu!” Jibril pun membencinya. Kemudian Ia menyeru kepada seluruh penduduk langit, “Sungguh Allah membenci si Fulan, maka bencilah ia oleh kalian!” Ia pun dibenci oleh penduduk langit. Setelah itu, kebencian diletakkan baginya di muka bumi”

(HR Muslim dari Abu Hurairah RA).


Jom tingkatkan rasa cinta padaNya, insyaallah setiap masalah dapat diatasi dengan rasa tenang dan redha... =D

Wassalam~

.: AN :.

Thursday, November 25, 2010

Manusia datang dengan pakejnya

Assalamualaikum

Mungkin dia seorang lelaki hartawan TETAPI dia juga kaki perempuan
Mungkin dia seorang lelaki yang bijak dan bergaji tinggi TETAPI dia juga si penipu dan suka berbohong
Mungkin dia seorang lelaki yang kacak lagi segak TETAPI dia juga kaki pukul
Mungkin dia seorang lelaki yang miskin TETAPI dia ringan tulang dan suka membantu orang lain
Mungkin dia seorang lelaki yang hodoh TETAPI dia sangat menghormati orang tua
Mungkin dia seorang lelaki yang hanya bekerja kampung TETAPI dia kuat imannya


Atau...

mungkin dia seorang lelaki yang kaya, kacak, baik hati dan berjawatan profesional... TETAPI hidupnya sentiasa sibuk. Kurang masanya untuk diri juga keluarganya

Atau...

mungkin dia seorang lelaki yang buruk rupa lagi pemalas. Tetapi cukup pandai mengambil hati dan menyusun kata-kata manis yang bisa mencairkan hati



Masyaallah...
sukarnya mencari lelaki sejati!
Lelaki yang lengkap pakejnya...
Lelaki idaman Malaya!



Istighfar...
Ingat kembali kejadian diri
Kerana...

Tiada manusia yang dilahirkan sempurna serba serbinya...



Hua... hua...

Hm..


Allah tidak akan beri apa yang kita mahu
Tetapi
Allah akan beri apa yang kita perlukan


"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.
dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu),
sedang kamu tidak mengetahuinya. "

Al-Baqarah:216



Ketika ini mungkin ada yang sedang diuji untuk membuat pilihan jodoh yang terbaik



Istikharah... berdoa... mintalah pada Allah sepuas-puasnya.... fimanNya:


“Dan apabila hamba-hambaKu bertanyakan engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk
Surah Al-Baqarah ayat 186



Subhanallah... Allah sangat2 baik kan?
DIA ada pada setiap waktu susah dan senang kita...
TAPI...
jangan lupa...
laksanakan segala suruhanNya... tinggalkan segala laranganNya...

Insyaallah...
Akan ada jawapannya =D


Wassalam~

.: AN :.

Tuesday, November 9, 2010

Persiapan majlis kahwin vs persiapan berumahtangga

Assalamualaikum

Kebiasaannya
Berbulan-bulan malah bertahun-tahun memikirkan persiapan majlis perkahwinan
Baju Kahwin, Barang Hantaran, Kad Jemputan, Doorgift, Katering, Pelamin… etc….
Cari-cari… survey-survey…
Nak pastikan dapat barang dan servis yang teeeeerrrrrrrrbaik tapi harga mesti berpatutan (berkualiti tapi murah... haa... mane nak cari tuh? Huhu...)
Status persiapan majlis kahwin?
Erm... 40% kot... alhamdulillah... (tp sebenarnya an cuak sebab banyak benda tak selesai lagi!! uh~)

Ok...
Selesai satu perkara

Jom tengok persiapan berumahtangga pula
Camne persiapan bertukar status menjadi seorang isteri? Dan ibu?
Dah ade contoh checklist ‘isteri’ dan ‘ibu’?
(aisy... bab2 tettttt xmau cerita kat blog umum ni ea... =p)

Tugas lain?
Takkan nampak tugas masak, basuh baju, kemas rumah, beranak, jage anak ja kot?

Emm.. ape lagi ea??
Err... aaa... emm.... BLURR!!


Realitinya…
Majlis kahwin tu hanyalah 2-3 hari saja SEDANGKAN berumahtangga tu kalau boleh seumur hidup!

Jadi... Mana yang sepatutnya kita perlu dahulukan?

Ok, soalan tu takde skema jawapan... Masing-masing ada pandangan tersendiri kan...

Hm… Bila tengok ticker tu makin menyusut… rasa makin gelabah memikirkan apa lagi persiapan yang tak selesai, kan? Ok, Kali ni tak mau update ‘persiapan majlis kahwin’. Insyallah nak update ‘persiapan menuju alam rumahtangga’… mungkin secara ringkas ja. Saye tak khatam ilmu rumahtangga lagi… (sampai bila2 pun takkan abis belajar ilmunya...kan...) huu…

Camne nak tahu persiapan yang sepatutnya sebelum berumahtangga?
Mungkin kita boleh bertanya pendapat, berkongsi kisah/tips/panduan dari orang yang sudah berumahtangga… Mugkin dengan cara baca buku yang berkenaan… kalau nak lebih santai, mungkin boleh follow blog mereka yang sudah berumahtangga. Hm.. ade cara lain tak ea?

Alhamdulillah an dapat banyak info hasil dari cara-cara tu. buat masa ni an sedang cuba habiskan beberapa buah buku berkenaan alam rumahtangga. An lebih suka buku-buku yang berkonsepkan penceritaan, kronologi… lagi best kalau diselitkan dengan dalil al-Quran dan hadis juga fakta yang berkaitan dengan kisah tu.


Alhamdulillah, akhi pun suka hadiahkan buku dan cadangkan baca beberapa buah buku yang bagus. Banyak membantu an mencari dan membaca buku-buku yang bersesuaian. Harap dapat habiskan baca buku-buku ni sebelum walimah, insyaallah.

Ok, xberniat nak wat sinopsis bagi setiap buku yang an baca. Cuma an berminat nak kongsi 1 petikan dari buku 'Denyut Kasih Medik' ni:


"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami

dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami

dan tetapkanlah pendirian kami,

dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

( Surah 'Ali-Imran : 147 )

Wassalam~

.: AN :.

Wednesday, October 13, 2010

Kerana dia si penjual burger

Assalamualaikum

Rasanya dah ramai B2B yang tengok youtube ni kan... Saja link kat blog an ni. Peringatan untuk diri... Jangan sombong + bongkak + lupa daratan... Nauzubillah... minta dijauhkan...




Rasulullah bersabda:

"Barangsiapa yang menikahkan (putrinya) karena silau akan kekayaan lelaki meskipun buruk agama dan akhlaknya, maka tidak akan pernah pernikahan itu dibarakahi-Nya, Siapa yang menikahi seorang wanita karena kedudukannya, Allah akan menambahkan kehinaan kepadanya, Siapa yang menikahinya karena kekayaan, Allah hanya akan memberinya kemiskinan, Siapa yang menikahi wanita karena bagus nasabnya, Allah akan menambahkan kerendahan padanya, Namun siapa yang menikah hanya karena ingin menjaga pandangan dan nafsunya atau karena ingin mempererat kasih sayang, Allah senantiasa memberi barakah dan menambah kebarakahan itu padanya."(HR. Thabrani).

Wassalam~

.: AN :.

Tuesday, September 14, 2010

Raya terakhir...

Assalamualaikum

Hua hua... laaaamenye tak update blog ni. Bercuti menyambut 10 malam terakhir di bulan ramadhan + cuti raya. jadi... blog pun 'dicutikan' gak ea... =D

Ok... masih lagi dalam mood raya. Cuma... ada tambahan sket...

raya terakhir sebagai orang bujang (insyaallah....)

rasanya B2B yang lain pun rasa benda yang sama kan? macam... ada sedikit perasaan lain kan? lebih2 lagi bila ramai yang menyakat...

'ni raya terakhir awak jadi anak dara ea...'

atau...

'tahun depan beraya kt mana?'

kadang2 rasa seronok bila mengenangkan lepas ni, akan ada 'orang baru' dalam hidup kita... harapnya boleh melengkapkan lagi kehidupan kita... insyaallah... tapi... kadang2 rasa sedih gak... sedih sebab... perkahwinan itu tanggungjawab... perlu bersiap sedia dengan pelbagai perkara kesan dari perubahan status tu... lepas ni perlu belajar bertukar2 hidup dalam' zon selesa' + 'zon tak selesa' pada bila2 masa...teringat 1 quote ustaz hasrizal @ saifulislam:
Perkahwinan itu bukan saya atau awak tetapi KITA
harap semua dipermudahkanNya, insyaallah...

pasni... mesti an akan rindukan saat2 menyambut hari raya sebagai orang bujang ni. terutamanya adegan syahdu syahdan di pagi raya... selepas solat sunat eidulfitr... masa bersalam-salaman dengan keluarga, saudara mara... kalau rasa tak banyak buat salah, cukup la 'skluputanku ngapuro seng akeh2 yo'... kalau sebaliknya? huh... tu yang ada adegan tangkap leleh tu... huhu...

juga... mesti rindu nak gi beraya rumah kawan2 secara konvoi... tahun lepas je sampai pukul 1 pagi! tu pun sebab ada kereta kawan yang tetiba rosak tengah jalan... haha.. klakar bila ingat balik peristiwa tu. mungkin juga ni raya terakhir an dapat main mercun & dapat duit raya! hua... hua... sangatla macam budak2! hii....

Ok... tak mau sedeh2 lagi... Harapnya Allah panjangkan umur an untuk menyambut raya bersama 'suami' pada tahun hadapan... insyaallah...

Wassalam~




** raya ni, pertama kali an dan keluarga datang ziarah ke rumah keluarga akhi. dup.. dap.. dup.. dap.. huhu...

** jom kita sambung puasa-6 di bulan syawal ni. pahalanya seperti puasa setahun! jom! jom! =D


.: AN :.

Wednesday, September 1, 2010

Entri Memujuk Diri...

Assalamualaikum

Ada perkara yang kita cuba buat sebaik mungkin
kita usaha habis-habisan untuk pastikan hasilnya adalah yang terbaik
tapi... bila tiba masanya... hasilnya tidak seperti yang kita harapkan

Ada perkara yang kita tak expect pun akan berjaya
kita fikir usaha kita tidak seberapa
tup tap hasilnya benar2 buat kita rasa seronok dan gembira
Senang-senang je Allah mudahkan

Ada benda yang kita sangka kita dah dapat, tapi silap
rupa-rupanya kita tak pernah dapat pun

Ada benda yang kita fikir kita belum dapat
tapi sebenarnya kita dah lama memiliki benda tu
cuma kita tidak menyedari kehadirannya

semua yang terjadi ni... kerana...
DIA LEBIH TAHU...
apa yang terbaik untuk kita...

boleh jadi ada yang kamu benci baik untuk kamu, dan boleh jadi apa yang kamu sukai tetapi itu mungkin membawa mudarat bagi kamu.
Allah lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Surah al Baqarah 2: 216)


juga... nukilan Prof Dr. K.H. Muhibbuddin Waly dalam bukunya Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf:

“Sebab kadang-kadang Allah memperlambat dalam memperkenankan doa mereka kerana Allah sangat sayang dan cinta mendengar suara doa yang selalu diucapkan oleh hamba-Nya itu kepada-Nya.”






Subhanallah....





Hm... apa pun terjadi... bersyukur dan redha adalah jalan yang terbaik

Lagi banyak kita syukur, lagi banyak nikmat yang Dia akan beri untuk kita

lagi banyak kita sombong, lagi hebat kita berlagak,
maka akan bertambah kufur kita pada Dia

Astaghfirullah

Kalau setiap hari dapat bertaubat, beringat untuk menyucikan diri macam ni,
alangkah bagusnya!





** sedang memujuk diri... Insiden dengan 'satu vendor' ni buat an sedih... entah di mana silapnya... 'kami' tak boleh berkomunikasi dengan baik. Mungkin sebab kerja tu dah bertukar tangan pada orang lain sebab orang yang asal dah resign dari tempat tu...
Sampai satu tahap, dia pulak yang tinggi suara. Haih, aku customer ke... dia customer? Padahal bukan bos pun... senior assistant kat tempat tu ja. Udahnya an minta orang lain yang selesaikan. Memang mencabar kesabaran an masa bulan2 puasa ni. An harap an masih boleh bersabar. An percaya... ada benda yang Allah nak an belajar dari insiden tu... Jom muhasabah diri... mungkin 'maqam' sabar saya perlu dipertingkatkan lagi... huhu...

** 23 Ramadhan...
Buat si pemburu lail al-Qadr... jom tingkatkan amalan di 10 malam terakhir ramadhan ni!


Wassalam~

.: AN :.

Friday, August 27, 2010

Hantaran Al-Quran

Assalamualaikum

Sekarang ni kerap kita lihat bakal pengantin menjadikan Al-Quran sebagai barang hantaran. Alhamdulillah.... masyarakat kita semakin ada kesedaran untuk membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian. Rasanya ramai yang dah pernah baca kisah 'hantaran al-Quran' ni kan?

Harap2nya Al-Quran yang dibeli itu bukan kerana eksklusif atau cantiknya fizikal al-Quran... atau warnanya sama seperti warna tema perkahwinan kita... Tapi kita membelinya kerana kita sedar... pentingnya membaca al-Quran dalam kehidupan seharian kerana ia sumber makanan jiwa dan rohani kita.

Secara peribadi... an sukakan Al-Quran yang ada terjemahan. Samada bahasa Melayu atau Inggeris, terpulang pada citarasa individu. Jika kita tiada wudhu’, kita masih lagi boleh memegangnya. Lebih memudahkan jika ia bersaiz kecil (saiz diari). Mudah untuk dibawa kemana2.


Selain tu, kalau di pasaran sekarang sudah ada Al-Quran beserta hukum tajwid, index berdasarkan surah, asbab nuzul (sebab ayat tersebut diturunkan) malah ada juga al-Quran yang telah diterjemahkan perkata! Jadi, mudahlah bagi golongan yang tidak memahami bahasa Arab menjiwai isi kandungan al-Quran.



Selain tu, ada juga dalam bentuk digital. Terkini... al-Quran beserta pen digital (e-qalam) yang boleh membaca Al-Quran berkod yang dialunkan oleh Qari terkenal, antaranya Imam Masjidil Haram, Syeikh Saad Said Al-Ghamidi. Ia membantu kita membaca al-Quran dengan cara yang betul.


Tanggungjawab kita terhadap al-Quran bukan setakat meletakkannya di tempat yang tinggi semata-mata, tapi apabila sudah dibeli maka mestilah dibaca. Jika ada lebih dari sebuah al-Quran, maka tanggungjawab kita untuk membaca setiap al-Quran tersebut. Janganlah al-Quran itu dibeli kerana menganggapnya sebagai ‘pendiding’ tanpa membaca atau mengamalkannya. Lebih malang lagi jika ia sekadar perhiasan... sehingga berhabuk tanpa kita membukanya.

Jika ramadhan sebelum ini kita berazam untuk mengkhatamkan bacaan al-Quran, tahun ni kita cuba target untuk mentadabur (memahami) isi kandungan al-Quran. Mungkin mengambil masa... tetapi sedikit masa yang diperuntukkan untuk membaca terjemahan al-Quran boleh memberikan kesan yang besar pada jiwa dan rohani kita, insyaallah.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:

Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

Salam Nuzul Quran. Semoga taman rohani kita semakin subur dengan qalamNya, insyaallah...

Wassalam~

.: AN :.


Friday, August 20, 2010

Kahwin vs Duit

Assalamualaikum

(**pss... post kali ni panjang berjela... harap mentalnya bersedia.. ngee...)

Bila ingat kahwin... mesti ingat duit
Kalau duit tak cukup? Alamat tak boleh kahwin la... waa!!!
Bukan sikit2 duit nak pakai untuk kahwin woo~
Hm... okie


Jom kita tengok kehidupan seharian kita
Berapa gajet yang kita ada?
Telefon? Ipod? Laptop?
GPS? Kamera digital eh... DSLR?
Pompuan ade yg suke PS2 tak? Kalau ada tu, kira sekali la... hehe...
Benda dah jadi fenomena... orang lain ada... kita pun kena ada gak, kan?
Pastu... kena la pilih yang branded... sebab yang branded tu berkualiti...
Kalau takde duit pun, mesti kena ada gak...
Sanggup la kumpul duit gaji bulan2

Kalau masih belajar, duit pinjaman/biasiswa la jadi sasaran
Takpe kalau tak beli buku... boleh pinjam kat perpustakaan
Tapi gajet harus ade... hokei~


Ok... Jom tengok almari/rak kat rumah plak
Handbag, shawl, baju, aksesori, kasut...
Make-up, toiletries, perfume...
Tengok2... belek2... Eh, ade lagi yang tak pernah pakai?
Bukan saje tak nak pakai kan...
Masa beli nampak ok, tapi bila sampai rumah, takde lak yang matching...
Owh~

Hujung minggu mesti keluar pergi SHOPPING... kan?
Awalnya niat nak ‘window shopping’
Sampai rumah, ade la 3-4 plastik barang yang kita beli... ngee...



Hm.... okay....


Tarik nafas jap...


Hummmph.... haaaaahh...


Relax~





Jom sambung balik
kalau mase2 tengah ‘insaf’ la kan...
Mesti kita terfikir.. kenapalah aku membeli ikut kehendak, bukan ikut keperluan...
Lebih mengikut nafsu melebihi dari pertimbangan akal...



Rasanya kalau kita wat kira2...
Berapa banyak duit yang sudah kita habiskan untuk beli dan bela barang2 ni ea?
Ada sesiapa yang pernah kira ea?


Kadang2 terfikir...
Agak2nya la...

Jumlah wang yang telah kita leburkan untuk melayan hobi2 kita ni...
Rasanya dah boleh mencecah 5 angka
Lagi frust kalau barang2 tu kita tak guna sampai sekarang... adoi~

Lagi sakit ati kalau teringat zaman2 masuk MLM+duit dah habis beribu lemon+tapi MLM tak menjadi = hampeh!



Mood..... menyesal~~ =(



Pastu baru terfikir...

Kan bagus kalau duit tu guna untuk perkara2 bermanfaat...
Dipendekkan cerita...
Salah satunya... belanja untuk kahwin la kan...


Huh... chop!

Dah nak raye ni...
Ingat2 sket bajet duit2 raye budak2 kecit yang beratur depan awak mase pagi raye k...
Waaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



**** Haha! ****


Realitinya... duit sentiasa menghantui diri... kan?


Bagi sesiapa yang sedang merancang untuk berkahwin... barakallah... teruskan perncangan anda
Semoga pernikahan itu menjadi kenyataan insyaallah
Bagi sesiapa yang masih ragu2...
(Kahwin = duit) menjadi isu utama


Ingatlah...
Nikah itu fitrah
Seperti mana anda memerlukan makan untuk hidup
Anda juga perlu bernikah untuk meneruskan fitrah hidup manusia
Yang perlukan hidup berpasangan berlainan jantina

Bukankah perkahwinan itu perlu ada kewangan yang cukup?
Belanja rumah, belanja anak, beli rumah, pendidikan anak...

Ya... memang banyak belanja


Tapi...

Bila waktunya duit kita akan CUKUP ea?
Kenapa kita tidak seiringkan kedua2 matlamat tu?
Bernikah sambil mencari nafkah...


Firman Allah SWT:

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."

An-Nur: 32


Allahuakbar

Terpukul rasanya dengan firman Allah ni

Maknanya Allah dah kata...
Akan ada lorong2 rezeki setelah bernikah
Sebelum tu... kena la buka pintu masuknya dengan cara menikah... kan...


Abu Bakar Ash-Shidiq ketika menafsirkan ayat itu berkata,

“Taatilah Allah dengan menikah. Allah akan memenuhi janjinya dengan memberimu kekayaan yang cukup.”


Al-Qurthubi berkata,

“Ini adalah janji Allah untuk memberikan kekayaan bagi mereka yang menikah untuk mencapai ridha Allah, dan menjaga diri dari kemaksiatan.”

(lihat Tafsirul Quthubi, Al Jami’ liahkamil Qur’an juz 12 hal. 160, Darul Kutubil Ilmiah, Beirut).


Rasulullah saw. pernah mendorong seorang sahabatnya dengan berkata,

“Menikahlah dengan penuh keyakinan kepada Allah dan harapan akan ridhaNya, Allah pasti akan membantu dan memberkahi.”
(HR. Thabarni).


Dalam hadits lain disebutkan: Tiga hal yang pasti Allah bantu, di antaranya:

“Orang menikah untuk menjaga diri dari kemaksiatan.”
(HR. Turmudzi dan Nasa’i)


Subhanallah...
Allah itu sangat2 baik kan...
Kita selalu risau ngn sesuatu perkara yang tak pasti...
Sedangkan Allah sentiasa ‘menawarkan pertolongan’ untuk kita...


Manusia akan marah kalau kita selalu meminta2 darinya
Tapi Allah sangat suka jika hambaNya selalu meminta2 dan berdoa kepadaNya...


Yang paling penting adalah kesiapan mental dan kesungguhan untuk memikul tanggungjawab tersebut secara maksima...


Ok... salah satu tip untuk dipermudahkan rezeki? klik sini

Buat B2B atau sesiapa yang membaca blog ni (walaupun an tau, blog cikai an ni tiade hape2... huhu...) jom kita renew niat. Minta agar Allah permudahkan urusan ini. Minta Allah jauhkan kita dari perkara2 maksiat yang boleh buat Allah murka + tak redha pada kita. Moga pernikahan ini sentiasa diberkatinya sehingga ke syurga, insyaallah...


Wassalam

.: AN :.

Wednesday, August 18, 2010

Pembuka Rezeki

Assalamualaikum

Selalu kita dengar orang mengeluh... (bukan orang lain je... kita pun sama... huhu!) '

'Duit keringla bulan ni'...

'Sorry beb, aku tak dapat join la... bajet bulan ni takde'...

'Mane la nak dapat duit lebih ni ea...'

dan... macam2 lagi la yg seangkatan dengannya... Baik yang dah berkahwin... mahupun yang bujang @ anak dara.... masalah duit sentiasa menghantui + buat kita mengigau.... huaaa....

Ok... agak2nya la.... ada tak cara yang dianjurkan oleh Islam agar rezeki kita dimudahkan? Ada tak ibadah yang dapat membantu kita untuk mempermudahkan rezeki?

ada atau... tiada?

jawapannya....











ADA

iaitu..









SOLAT SUNAT DHUHA


Kenapa solat dhuha dikatakan pembuka pintu rezeki?


Rasulullah bersabda di dalam Hadis Qudsi:

“Allah SWT berfirman:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat solat dhuha, kerana dengan solat tersebut, Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
(HR Hakim dan Thabrani)

Hadis Rasulullah SAW berkaitan solat dhuha antara lain :

“Siapapun yang melaksanakan solat dhuha dengan berterusan, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu sebanyak buih lautan.”
(H.R Turmudzi)

Hadis Nabi :

"Allah berfirman :
Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang ( Solat Dhuha ) nescaya pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir harinya ”
( HR.Hakim dan Thabrani )

kalau sekarang ni, waktu dhuha masuk pada pukul 7.41 am hingga sekitar 12pm. (waktunya berubah2 juga ea... cara nak tau masuk waktu dhuha = 20 minit selepas waktu syuruk) Cara Melaksanakan Solat Dhuha :

Solat Dhuha sekurang-kurangnya dua rakaat dan paling banyak ialah dua belas rakaat, dilakukan secara Munfarid ( tidak berjemaah ), caranya seperti berikut:

1. Niat dalam hati berserta dengan Takbiratul Ihram

2. Membaca doa Iftitah
3. Membaca surat al Fatihah
4. Membaca satu surah di dalam Al-quran. Afdhalnya rakaat pertama surat Asy-Syams dan rakaat kedua surat Al-Lail, tapi jika tak hafal, baca mana2 surah/ayat Qur’an lain pun boleh
5. Ruku’ dan membaca tasbih tiga kali
6. I’tidal dan membaca bacaanya
7. Sujud pertama dan membaca tasbih tiga kali
8. Duduk diantara dua sujud dan membaca bacaannya
9. Sujud kedua dan membaca tasbih tiga kali
10. Setelah rakaat pertama selesai, lakukan rakaat kedua sebagaimana cara diatas, kemudian Tasyahhud akhir. Setelah selesai maka membaca salam dua kali. Rakaat-rakaat selanjutnya dilakukan sama seperti contoh diatas.

Alhamdulillah... dah tau satu fadhilat solat sunat dhuha. Tapi... Bila solat... janganlah kita meletakkan target... 'kalau aku solat dhuha, pasti dapat banyak duit.' jangan camtu ea... harapnya kita dapat lakukannya dengan ikhlas TANPA syarat.

Sebabnya... jika Allah uji kita dengan tidak dipermudahkan rezeki walaupun sudah solat dhuha... takut2 kita putus asa dan menyalahkan amalan sunat itu tidak memberi apa impak. Sebab... mungkin dari sudut yang lain, Allah tidak kayakan kita dengan nikmat duit atau wang, tapi mungkin kita dikayakan dengan nikmat kesihatan, nikmat masa lapang, nikmat kasih sayang keluarga rakan2.... dan yang PALING PENTING... nikmat Iman dan Islam yang tak terhitung nilainya...

Jadi... BERSYUKURLAH atas semua nikmatNya... =D

Ok... sempena bulan ramadhan ni, jom kita tambah lagi 1 amalan sunat iaitu solat sunat dhuha. Semoga kita istiqamah (konsisten) dengan perkara2 yang disukaiNya, insyaallah...

Wallahu’alam.


.: AN :.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Dua Zaman

Assalamualaikum

Alhamdulillah... Allah S.W.T masih lagi panjangkan umur kita untuk bertemu dengan Ramadhan. Jika secara analoginya... pada bulan inilah Allah memberikan PROMOSI PEMBERIAN PAHALA SECARA BESAR-BESARAN kepada hamba-hambaNya... =D Jadi... dari awal lagi dah kena pasang niat... Insyaallah Madrasah Ramadhan kali ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin...

Bila sebut tentang Ramadhan ni juga, an teringat 1 lagu nasyid yang pernah dinyanyikan kumpulan The Zikr... tapi diberi 'nafas baru' oleh Nazrey (ex-Raihan) dan In-team... Rasa syahdu sangat bila dengar nasyid ni... Betapa jauhnya beza antara ramadhan kita dan Ramadhan zaman para anbia' dan sahabat terdahulu... T_T



Artis: Nazrey (Raihan) & In-Team / The Zikr

Lagu/Lirik: Ramadan Dua Zaman

Ramadan
Satu nasib tak serupa
Peluangnya sama, natijah berbeza

Ramadhan mereka
Gemilang cemerlang, mukmin berjasa
Di awal zaman

Ramadhan kami, malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergiannmu

Malam mereka meriah disimbah Nur Al-Quran
Tapi malam kami pulang bertemu dangdut
Mereka berlumba mengejar ruang-ruang

Tapi kami, lesu diburu nafsu
Hati mereka,bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka, takbir kemenangan
hadiah mujahadah..sebulan Ramadan
Takbir kami, lesu tak bermaya

adakala lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

Di kesempatan ini, an juga ingin memohon ampun dan maaf jika an pernah melakukan salah dan silap atau pengisian dalam blog ni pernah menimbulkan rasa kurang senang pada yang lain. Semoga persiapan kita berdepan dengan Madrasah Ramadhan ini sehebat... malah LEBIH HEBAT dan LEBIH MERIAH berbanding persiapan kita (B2B) untuk majlis perkahwinan masing-masing... Insyaallah... =D


Ahlan ya Ramadhan! May we graduate from 'Madrasah Ramadhan' with Honours! Insyaallah...

Wassalam~

.: AN :.

Wednesday, July 28, 2010

Walimatul Urus... antara syariat vs adat

Assalamualaikum...

An pernah rasa buntu dalam usaha menyediakan kelengkapan untuk Walimatul Urus ni... Kenapa buntu? Hm... antaranya, buntu memikirkan...

1)Bagaimana suasana Walimatul Urus an nanti? Adakah ianya lebih tertumpu pada persiapan semata-mata, berbanding hikmah pembinaan Baitul Muslim itu sendiri?
2)Bagaimana mahu berlapang dada jika berdepan dengan situasi kita wajib mendahulukan syariat, tetapi dalam masa yang sama mahu meraikan adat dan pendapat sanak saudara, sahabat-sahabat dan mereka yang banyak memberi makna dalam hidup ini?
3)Bagaimana busana pengantin an nanti?
4)Kat mana nak sewa baju pengantin yang benar-benar 'lulus' ujian menutup aurat dengan sempurna?
5)Ada tak DJ yang menyediakan pakej yang benar-benar menepati syariat... tiada sesi karaoke, tarian2... atau sebarang konsep yang boleh membawa lagha?
6)Adakah an juga akan terjebak dengan sikap membazir lagi berlebih-lebihan dalam perlaksanaan majlis ni?


dan... macam-macam lagilah soalan yang menerjah pemikiran an. Rasanya topik berkenaan 'perlaksanaan Majlis Perkahwinan' ini seringkali menjadi topik hangat. Kerana realitinya... industri 'Majlis Perkahwinan' di Malaysia penuh dengan lambakan adat dan fesyen yang... kebanyakkannya tidak menepati piawaian syariat Islam.

Sedih rasanya bila melihat.. terutamanya ikhwah dan akhwat yang 'terpaksa' akur dengan kehendak semasa... Jujur an katakan, sebenarnya an tidak berani untuk berkata lebih... kerana an masih tidak selesai melalui fasa persiapan ini. Namun... dalam hati... an mengharapkan, semoga Allah memperkenankan permintaan hambaNya ini yang mendambakan sebuah perkahwinan yang diredhaiNya... yang mana seharusnya... ia bermula dari persiapan yang berlandaskan syariatNya... malah persiapan pembinaan individu Muslim juga harus berjalan seperti kehendakNya...

Buat bakal pengantin@B2B yang lain... adakah anda juga merasakan apa yang an rasa?? Apa yang anda lakukan? Harap ada yang sudi berkongsi hujah, pendapat, idea... atau apa-apa saja dengan an... =)

.: AN :.