FOLLOWERS

Thursday, September 30, 2010

Kira2 jumlah tetamu???

Assalamualaikum

Saja nak kongsi satu info. Kawan an yang ajar cara wat pengiraan ni. Pengiraan apa? Ok, pengiraan tetamu yang akan hadir semasa majlis perkahwinan kita. Suka an tengok masa majlis dia. Tetamu memang sangat ramai. Tapi habis je kenduri, makanan memang cukup-cukup sampai ke malam tu ja... Tak la sedey sebab membazir makanan... Seronok kan?

Pengiraan ni relevan untuk majlis perkahwinan masa cuti sekolah. Sebab, kebiasaannya masa ni banyak kenduri kahwin kan. Kadang2 kita terima 3-4 jemputan pada hari yang sama. Kebarangkalian jemputan tu dapat hadir ke majlis kita adalah 70-80%.

Juga untuk majlis perkahwinan yang kedua dalam keluarga. Sebab biasanya kalau pertama kali adakan majlis, tetamunya agak ramai berbanding yang majlis yang seterusnya.

Cara pengiraan berdasarkan jumplah kad yang dihantar.

Jumlah kad yang diedar x 80% x 2 x 80% = Jumlah tetamu yang hadir

Contoh:
2000 kad x 80% =1600
1600 x 2 (bawa pasangan) = 3200
3200 x 80% = 2560 orang

Kalau tak bawak pasangan pun, jumlah tu akan cover tetamu yang datang sekeluarga. Jumlah ni dapat bantu kita masa nak wat tempahan catering, doorgift n etc. Cam kate kawan an...

'kita mesti lagi suka kalau lagi ramai tetamu yang dapat hadir kan... insyaallah makin ramai yang mendoakan kebahagiaan untuk rumah tangga yang bakal dibina. Cuma dari sudut lain, kita juga kena fikirkan, bagaimana cara untuk meminimakan pembaziran semasa majlis tu nanti.'


Hm.. betul jugak kan?
Ni setakat yang an tau la. B2B ade cara lain?


** kalau menjemput guna FB @ friendster @ laman sosial? Ohoho... pernah tak dengar cerita.. bila jemput kat FB... kes kawan bawak kawan... bawak kawan lagi... kol 1pm makanan dah abis! huhu... kalau kes camni... an tak pasti nak wat camne... B2B... ade idea??

Wassalam~

.: AN :.

Tuesday, September 28, 2010

Sujud syukur @ solat sunat nikah?

Assalamualaikum

Biasanya kita lihat camni...





Sebenarnya boleh juga seperti ini....

sumber



Tu tengah wat ape ea?

Namanya SUJUD SYUKUR. Kalau ikutkan gambar di atas, ia dilakukan selepas akad nikah. Istimewanya kerana itulah aktiviti pertama yang dilakukan selepas bergelar suami isteri... =)


Tapi... bukan ke ada solat sunat selepas nikah?

(Tidak ada solat khusus yg dinamakan solat sunat nikah. Cuma ada hadis Ibn Mas'ud (HR Ibn Abi Syaibah dgn isnad hasan) yg menyatakan sunat solat dua raka'at bersama isteri di malam pertama di mana suami menjadi Imam kepada isteri. Tujuan solat itu memohon keberkatan Ilahi supaya terhadap perkahwinannya. WaLlahu a'alam) sumber

juga... ulasan dari Dr. Asri Zainal Abidin



Owh... camtu rupanya... Em... camne cara nak wat sujud syukur ea? Ape niatnya?

Cara Mengerjakan Sujud Syukur:

Sujud syukur ini hanya dilakukan di luar sembahyang kerana ia tidak berhubungan dengan soal sembahyang. Syaratnya sama seperti sujud tilawah iaitu:
1. Suci dari segala najis di badan, pakaian dan tempat.
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat

Rukunnya pula ialah :
1. Berniat untuk sujud syukur
2. Membaca takbiratul ihram, ketika sujud
3. Satu kali sujud
4. Memberi salam sesudah duduk
sumber

niat dan bacaan:

(klik gambar untuk besarkan imej)


Ertinya: “Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya,
yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta”



Alhamdulillah... dah faham tentang sujud syukur kan? Harapnya lepas ni kita boleh amalkan sama-sama! =D

Wassalam~

.: AN :.

Monday, September 27, 2010

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?

Assalamualaikum

sumber: iluvislam


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

.: AN :.

Sunday, September 26, 2010

Barang dapur jadi bunga telur

Assalamualaikum

Quick Update! =D

Siang tadi berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan saudara an di kampung. Dari jauh lagi dah dengar bunyi gamelan yang dimainkan sepanjang majlis.




Ok, ni satu lagi yang menarik perhatian an. Bunga telur... tapi buat dari kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga. telur = telur burung puyuh!





Unik kan? =D


** mabruk nawal dan firdaus! semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat... insyaallah... =D

ok, wassalam~

.: AN :.

Friday, September 24, 2010

DJ dan PA System

Assalamualaikum

Nak cerita tentang DJ+PA System lak. Tapi... tak melibatkan sebarang sesi karaoke dan yang sewaktu dengannya. Insyaallah untuk DJ & PA System, an akan guna perkhidmatan AFE @ Alunan Firdausi Entertainment.

Pakej Walimatul Urus

* Juruhebah Sepenuh Masa
* Pengerusi Majlis Rasmi ( MC )
* Sistem Siar Raya ( 1 Mixer + 4 Speakers + 3 Mic )
* Koleksi Lagu Nasyid
* Koleksi Hadis Sahih

Selama ni fenin gak nak cari DJ & PA System yang bersesuaian. Lagu lak banyak untuk karaoke ja. Tapi bila jumpa AFE, alhamdulillah rasa lega sket. Suka ngan pakej 'Hiburan Mendidik Jiwa' ni. Tapi kalau kita nak request lagu lain pun, diorang tak kisah. Selagi mana tak bertentangan dengan dengan syarak. Sesiapa yang berminat, boleh tengok kat blog AFE, k?

Wassalam~

.: AN :.

Silver Paper Box... katne nak cari ea?

Assalamualaikum

Ada sesiapa yang tau... kat mana boleh beli silver paper box secara pukal ea? Harganya? Contoh macam kat bawah ni





Sesiapa yang tau, nnti tlg roger2 ea.. Terima kasih!

Wassalam~

.: AN :.

Thursday, September 23, 2010

Mesin Melipat Baju

Assalamualaikum

Maaf, xde kaitan ngn persiapan B2B. cuma... mungkin persiapan M2B (Mother to be) tu pn lame lagi kot sebelum budak besar panjang camni... huhu... Pernah tengok 'teknologi' yang boleh membantu kita melipat baju?

Ok, jom klik gambo kat bawah ni


Haha! Best kan? Sesiapa yang dah jadi mak orang tu, boleh la praktikkan bende ni kat rumah. Sambil 'main', sambil boleh tolong mak lipat baju kan nak... Bapak budak pun boleh join skali. ngee...

Wassalam~

.: AN :.