FOLLOWERS

Friday, July 30, 2010

Al-Kisah... Baju Nikah dan Walimah

Assalamualaikum…

Memandangkan an tak jumpa butik/kedai Pengantin yang menyediakan khidmat sewa baju pengantin yang menepati ‘piawai’ diri, jadi an ambil keputusan untuk tempah baju nikah dan baju Majlis Walimah. Awalnya an berfikir… ‘nampak gayanya, kenalah berbelanja lebih sedikit jika tempah baju 1st hand ni’. Sebab setakat yang an survey, kebanyakan pakej yang menyediakan kelengkapan baju pengantin lelaki dan perempuan bermula dari harga RM1K keatas! Tu pun baju untuk satu majlis sahaja. Kalau 3 majlis? Takkan RM3K? Duh…

Mungkin ada yang pelik…

‘haih… berkira betul si an ni. Kahwin kalau boleh sekali seumur hidup… Takkan benda ni pun nak berkira…’

hm.. senyum… Sebenarnya kalau boleh… an cuba untuk bersederhana… Sebab bagi an, RM3K tu jika kita streeeeeeeeeeeeetch sepanjang yang boleh, cukup baaaaaannnyaaaak benda yang boleh dilakukan dengan $ sebanyak itu. Tapi… itula… benda ni sekadar jadi angan2 an sahaja, di samping doa yang tidak putus2 agar Allah permudahkan urusan ni.

Sehinggalah satu hari, an terbaca iklan promosi ‘dios astana’ dalam majalah Pesona Pengantin edisi Julai 2010 (gambar Acha). Teruja tengok harga baju Melayu pengantin (berpesak) dan seluar slack=RM150. Sampin, bengkung dan tanjak pula RM 50. Dan yang an lebih teruja… set baju songket lelaki dan perempuan serta sampin, bengkung dan tanjak (complete set) serendah RM 350. An tak fikir panjang, hujung minggu terus singgah ke dios astana@puchong prima.

Alhamdulillah… 3 jam di situ (sampai pening kepalo den nak pilih design baju.. huhu…) an tempah 3 baju:

1) Baju nikah (P) : harga tempah = RM 200 (kain an beli sendiri. 2 pieces, baju & kain + chiffon beaded & satin )
2) Baju Majlis Walimah (L) beserta set sampin, tanjak dan bengkung = rm 150 + RM 50 = rm200
3) Baju Majlis Walimah (P) : harga tempah = RM 180 (kain lace an beli sendiri, satin provided. 2 pieces, baju & kain + lace beaded & satin)

JUMLAH PERBELANJAAN DI DIOS ASTANA = RM 580.


Hehe… yup… simple aje design baju an. Mesti ramai yang dah pernah lihat baju Sabrina masa Majlis Walimahnya kan? An sukakan idea kain berombak (betulkan an kalau an salah eh… an main ikut ja cakap tukang jahit yang amik ukuran baju an tu.. tak tahu apa nama jenis jahitannya tu.. huu.. )


Sumber: sabrina

Scatch baju nikah tu, lupa plak nak ambil gambar. Hua2…

Kesemuanya persalinan yang akan dipakai ketika majlis di sebelah pihak an. Asalnya berminat untuk beli set baju songket tu, tapi… akhi minta agar majlis di sebelah pihak dia, biarlah dia dan keluarganya yang uruskan. Hm.. salah an juga, sebab sebelum ni memang kami dah buat keputusan sebegitu. Maafkan an… hm…

Ok, rasanya cukup setakat ni. Harap2nya baju tu menepati ‘QS’... ngee...

Wassalam~

.: AN :.

10 comments:

  1. Kadang2 harga butik mmg mahal banding harga pemborong macam Dios tu (rasanya Dios tu kategori pemborong). Memang lagi murah, terus kepada pemborong kan?

    ReplyDelete
  2. Betul tu... Dios ni kategori pemborong. kbykn pelanggannye = mak/pak andam. An sempat gak borak2 ngn staf kat situ. Die kate kebanyakn mak andam pun tempah baju kat production(tempat jahit baju) DIOS. So kalau kite sndiri trus ke sana... boleh la dpt harga murah sket berbanding kite amik ngn mak andam =)

    ReplyDelete
  3. hi an!
    murah nyee kat dios ni!
    tailor kat dios tu ckp kain berombak yer?
    saya baca kat blog lain, ada yg kata kain potong 8.nak lagi berombak-ombak, potong 16.
    bila tanya kat tukang jahit, rmi yg tak tau jenis potongan kain ni.tapi, bila describe, baru mereka faham.haha.bape meter yer an kalau nak buat kain yg mcm sab ni?

    ReplyDelete
  4. tu la... kalau tgk tmptnya... org akan fikir tmpt tu tmpt mahal... dios ni pn rasanye dah ade byk cawangan =) kain tu ea... ok, kalau ikut saiz an = 3 meter

    ReplyDelete
  5. wahh, murahnya... and sgt worth it!! coz kalau kita sewa pon, tak semestinya dpt cm design yg kita nk, pastu harga confirm jauh lebih mahal drpd harga yg u bayar kt Dios tu..

    Good job dear!
    Nanti bebile free, i pon nk pg melawat la Dios tu, boleh pg tempah baju melayu nikah ke.. heheh..
    And thanks for the info! :)

    Btw, i follow ur blog eh. Boleh kan? :)

    ReplyDelete
  6. hm... betul tu.tp kan.. an pn xbrani nk komen lebih, sb baju an pn xsiap lg. bile bc blog B2B yg lain ttg kisah tragis baju kawen.. rase mcm 'goyang' gak... hurm... hrp2 semuanya ok la kan? huhu...
    eh, sila2! sgt dialu2kn. em, maaf eh. an follow blog sya sakura, tp xminta izin lak... er... blh kan? =D

    ReplyDelete
  7. heheh.. takpe, coz tempah awal, boleh slalu datang kedai tanye2 progress, kalau ade pape x puas ati, paksa je dia alter balik.. hahah..

    Tp ni Dios Astana yg kt Puchong tu ek? I think it will turn out fine kot, insyaAllah.. coz bakal kakak ipar ppn tempah baju tunang dia kat situ jugak kalau x silap, and her baju turns out pretty good..

    Anyway, mestilah blh follow jugak, amat dialu2kan.. boleh tambah kawan ramai2 kn best.. heheh..

    ReplyDelete
  8. hope so... hurm... thnks ya! =D

    ReplyDelete
  9. Hai An,
    Saya google2 nak tau siapa pernah tempah baju kat dios and terkeluar la blog awak. Walaupun dah bertahun entry ni tapi nk tanya jugak. Ok tak tempah baju kt dios? Design dia ikut tak macam yang kita nak? Really appreciate your testimoni sebab saya plan nk tempah baju kt dios utk wedding saya nanti tp before tu nak tau dulu comment org yang dh pernah tempah kt situ. :)

    ReplyDelete
  10. Sy pun tgh nak cari tailor trbaik utk baju wedding sy nnti. Hope harga DIOS ni masih sama. 2010 punya entry, sjrg dh 2015. Xtahulah harga sama ker x. Huhu.....

    ReplyDelete