FOLLOWERS

Sunday, November 14, 2010

Hanya kerana saya 'rendang'...

Assalamualaikum

Maksud perkataan 'rendang' di sini bukan untuk menceritakan tentang sejenis makanan yang dihidang ketika hari raya... atau sejenis lauk yang dimakan bersama ketupat atau lemang (mentang2 la dah nak raye haji yer...)

Rendang di sini bermaksud... er... 'cute'... atau omputeh kate 'petite'.. (hah! taknak ngaku pendek!) hua!hua!!!


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Ok... ni sempadan untuk anda berhenti menggelakkan saya. Sebab lepas ni saya nak cerita tentang.... satu impian... yang hanya tinggal kenangan...


sebelum tu, jom layan gambar ni
(sila fokus pada kain sahaja)







cantik kan? kan? saya pernah veeerrrrrangan... mahukan kain seperti itu ketika hari pernikahan. Tapi, setelah berbincang dengan orang yang menjahit baju nikah... Dengan berat hatinya dia memberitahu saya...

'Design kain tu kurang sesuai dengan saiz badan awak... bla... bla... blaaaa..... awak comel, kalau pakai design kain macam tu, nanti badan awak nampak tenggelam.... bla... bla... blaaaaaa...'


ade la dekat 4-5 minit die explain pasal kain ja...


haha... kesian betul kat cik tukang jahit. bersusah payah nak mencari ayat yang sesuai.

kalau ayat paling senang nak faham...


'an, ko pendek. kalau pakai design kain tu, nanti nampak macam pokok bonzai bergerak'

hoho...

ok, nak cerita tu ja...

konklusi?
ukur baju di badan sendiri! (eh... sesuai tak? hah... hentam sajalah labu!)

wassalam~

.: AN :.

Friday, November 12, 2010

Teaser baju nikah =D

Assalamualaikum

Teaser baju nikah (ahaha.. teaser la sangat... )



Bila bincang ngan akhi, kami sepakat untuk pilih warna krim. Design baju an wat kebarung moden. Simple. Sebab manik dah agak sarat di bahagian hadapan. Kain an wat bentuk A-line ja... Baju akhi pun memang cari yang kosong saja tanpa jahitan kerawang di lengan dan leher. Lepas nikah insyaallah boleh pakai lagi baju tu. Tak lah segan sangat n nampak macam 'baju kawen'

Alhamdulillah... selesai baju nikah + veil. Tudung an tak beli lagi. Masih kompius... Kalau boleh nak cari jenis kain chiffon (eh... betul ke chiffon ea? huu....) bentuk selendang. Macam selendang pink yang Datuk Siti pakai ni...

pss... sila fokus pada slendang pink shj ea... baju an tak se'vogue ini... huhu...



An nak cari warna krim...


setakat ni tak jumpa lagi... rasanya... lagi susah nak cari tudung berbanding bajunya... uhuhuuuuu.... hmm... ada sesiapa yang tau... kat mane boleh cari selendang tu warna krim ea?


Wassalam~

.: AN :.

Tuesday, November 9, 2010

Persiapan majlis kahwin vs persiapan berumahtangga

Assalamualaikum

Kebiasaannya
Berbulan-bulan malah bertahun-tahun memikirkan persiapan majlis perkahwinan
Baju Kahwin, Barang Hantaran, Kad Jemputan, Doorgift, Katering, Pelamin… etc….
Cari-cari… survey-survey…
Nak pastikan dapat barang dan servis yang teeeeerrrrrrrrbaik tapi harga mesti berpatutan (berkualiti tapi murah... haa... mane nak cari tuh? Huhu...)
Status persiapan majlis kahwin?
Erm... 40% kot... alhamdulillah... (tp sebenarnya an cuak sebab banyak benda tak selesai lagi!! uh~)

Ok...
Selesai satu perkara

Jom tengok persiapan berumahtangga pula
Camne persiapan bertukar status menjadi seorang isteri? Dan ibu?
Dah ade contoh checklist ‘isteri’ dan ‘ibu’?
(aisy... bab2 tettttt xmau cerita kat blog umum ni ea... =p)

Tugas lain?
Takkan nampak tugas masak, basuh baju, kemas rumah, beranak, jage anak ja kot?

Emm.. ape lagi ea??
Err... aaa... emm.... BLURR!!


Realitinya…
Majlis kahwin tu hanyalah 2-3 hari saja SEDANGKAN berumahtangga tu kalau boleh seumur hidup!

Jadi... Mana yang sepatutnya kita perlu dahulukan?

Ok, soalan tu takde skema jawapan... Masing-masing ada pandangan tersendiri kan...

Hm… Bila tengok ticker tu makin menyusut… rasa makin gelabah memikirkan apa lagi persiapan yang tak selesai, kan? Ok, Kali ni tak mau update ‘persiapan majlis kahwin’. Insyallah nak update ‘persiapan menuju alam rumahtangga’… mungkin secara ringkas ja. Saye tak khatam ilmu rumahtangga lagi… (sampai bila2 pun takkan abis belajar ilmunya...kan...) huu…

Camne nak tahu persiapan yang sepatutnya sebelum berumahtangga?
Mungkin kita boleh bertanya pendapat, berkongsi kisah/tips/panduan dari orang yang sudah berumahtangga… Mugkin dengan cara baca buku yang berkenaan… kalau nak lebih santai, mungkin boleh follow blog mereka yang sudah berumahtangga. Hm.. ade cara lain tak ea?

Alhamdulillah an dapat banyak info hasil dari cara-cara tu. buat masa ni an sedang cuba habiskan beberapa buah buku berkenaan alam rumahtangga. An lebih suka buku-buku yang berkonsepkan penceritaan, kronologi… lagi best kalau diselitkan dengan dalil al-Quran dan hadis juga fakta yang berkaitan dengan kisah tu.


Alhamdulillah, akhi pun suka hadiahkan buku dan cadangkan baca beberapa buah buku yang bagus. Banyak membantu an mencari dan membaca buku-buku yang bersesuaian. Harap dapat habiskan baca buku-buku ni sebelum walimah, insyaallah.

Ok, xberniat nak wat sinopsis bagi setiap buku yang an baca. Cuma an berminat nak kongsi 1 petikan dari buku 'Denyut Kasih Medik' ni:


"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami

dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami

dan tetapkanlah pendirian kami,

dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

( Surah 'Ali-Imran : 147 )

Wassalam~

.: AN :.

Monday, November 8, 2010

Surat Terdenda

Assalamualaikum

Bulan kenduri kawen sudah bermula! (hah... macam wat promosi le plak! huhu...) Rasanya hujung minggu bulan 11 dan 12 ni dah mula penuh dengan jemputan kenduri... kan? Kad kawen pun dah mula datang secara pukal! huhu...

Tapi kan...
Baru2 ni an ade dapat satu notis...

SURAT TERDENDA...
'Satu surat beralamat kepada tuan/puan (cik ea...hihi...) yang terdenda sebanyak 60sen ada tersimpan di pejabat pos yang tersebut di atas. Bla... bla... tempoh menuntut surat... bla.... bla...
Sekian, terima kasih'

Agak2nya... surat ape ea? An rasa... kad kahwin ni... nampaknya an tak boleh nak tuntut surat tu... sebabnya... masa hari bekerja, an di rumah sewa. hujung minggu ja baru balik rumah mak abah. rasa kesian kat pengirim... penat2 dia siapkan kad... tapi... tak dapat sampai pada penerima...

Jadi... buat B2B... pasni dah kena ambil perhatian ea... harga pos dah naik. mungkin tak jadi masalah untuk penerima bayar denda tu... cuma... adakalanya kita tiada masa nak luangkan masa pergi menuntutnya. Iyala... masing2 ada kekangan tersendiri... kan?

Kalau anda fikir nak berjimat dan mengharapkan pejabat pos boleh 'lepaskan' kad anda... fikir2kan juga risiko kad anda bakal terperap di situ... kan? peringatan untuk diri an juga...

Wassalam~

.: AN :.

Friday, November 5, 2010

Nota pokok

Assalamualaikum

Biasanya orang buat dalam bentuk buku kan? kalau gantung je kat pokok? ha.. jom layan gambar2 ni...






nak meriah lagi?
owh.... ade je....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

huhu

Wassalam~

.: AN :.

Thursday, November 4, 2010

Blogger Award

Assalamualaikum...

Segan sebenarnya... sebab blog ni tak seberapa... tapi... kalau orang nak bagi, kite amik aje la... kan? huhu...

Trimas kat:

Aya (http://thepansyprincess.blogspot.com/)

Lala (http://hanyakisahkita.blogspot.com/)

sebab sudi bagi award ni...


wink ! wink!

Alkisah... sebenarnya award ni diberi pada 'Dalam Hati Ada Taman'... Tapi... dengan tak malunye... Walimahpedia menggatal nak tolong claim... huhu...

Ok, Syarat-syarat award ni:

1) Thanks the person who give you this award- done
2) Link that person at your blogroll- done
3) Spread to 15 blogger which you think awesome- nak bagi kat semua orang yang baca entri ni... tak kira... nak gak! =D

4) Tell 7 things about yourself:

- Boleh panggil saya an... =D
- Pendiam... tapi... kalau ngn B2B... jadi peramah lak
- FB an makin bersawang sejak dua menjak bergiat aktif ngan blog2 kawen ni
- Blogwalking kat blog2 B2B + wifey + mommy... hobi baru an!
- Selalu bersemangat waja nak DIY barang kawen! semangat2! owh... silap2... an tulun bagi semangat kat mak untuk tolong siapkan DIY tu... uhuhu... (rindu banget kat mak abah... huk.. huk..)
- Tak suka kasut tumit tinggi. seyes tak suka... tapi, mase B2B's wed... boleh lak malam tu menggagahkan diri beli sepasang & sarung masa pegi majlis ha...
- Tak gemar warna pink... boleh ngantuk kalau dok tgk je... tapi... entah camne ntah... baju kawen an warna pink!

Memangla fasa ke alam perkahwinan ni benar2 mengubah diri an! huhu...

Wassalam~

.: AN :.

Pindah Blog... ++ Majlis Walimah Xora & Zaila

Assalamualaikum

Alhamdulillah… usai berpindah ke url baru… http://walimahpedia.blogspot.com/

Gerun jap bila senarai blog B2B saye hilang! Uhh… mula la proses jejak kaseh… ni pun ade gak url B2B yang an dah tak jumpa… =( Jika sudi… harapnya url blog B2B yang tiada dalam senarai blog list an dapat tinggalkan url blog kat sini ea… trimas! =D )


Sekitar majlis Xora







Sekitar majlis Zaila








balik je dari majlis, terus singgah pameran buku karangkraf. diskaun 30-60%!



Buku yang diborong +++ dapat novel percuma!
total? bawah RM 100 =D



Alhamdulillah.. walaupun penat... tapi menyeronokkan! seronok sangat dapat jumpa pengantin & B2B + exB2B! Harap2nya lepas ni kita boleh berjumpa lagi!


*** Maaf eh… rasanya an yang paaaaaaaaling lambat update cerita tentang majlis Xora & Zaila… Tu la… orang lain update cerita baru… an lak sibuk2 nak tukar url baru… hua… hua…

** Adoi… tak tenang kalau tak bagitau B2B… Ok… bukak cite yang sebenar. Sebab tukar url?

Saye segan okei… satu masa nanti blog ni bakal kantoi ngan
encik bakal suami@keluarga@kawan2 realiti saye…

Hah?? An? ‘Dalam Hati Ada Taman’???
Err.. gulp!!

Abisla ilang macho saye… Boleh bayangkan dah muka2 sape yang akan gelak guling2 depan an ha… Gugu… boleh ‘jadi bahan’ seumur hidup tu… okey… tengah sengal jap… abaikan
.
.
.
.
.

Ha…. Haip! Tak mo gelak! Nak gelak, gi jauh-jauh sket… gugu…
.
.
.
.

Babai Dalam Hati Ada Taman!

Ehem2… ‘Saya an… dari walimahpedia.blogspot…. awak??’ haha!

Wassalam~

.: AN :.